"Musuh yang menyakiti hatimu atau menyiksa tubuhmu tetapi membuatmu semakin dekat kepada Allah, adalah lebih baik daripada teman yang menyenangkan hatimu atau memberimu sesuatu tetapi membuatmu semakin jauh dari-Nya."
[ Syeikh Abdul Wahab Asy-Sya’rani رحمة الله تعالى, al-Anwar al-Qudsiyah, hlm. 24 ]
Anugerah Allah yang sebenarnya adalah segala yang membuatmu semakin dekat dengan Allah.
ليس المهم أن تكون نجماً ، بل المهم أن يكون فيك من الضوء ما يكفي لأن ترى نفسك بكل وضوح.
Tidaklah penting kamu menjadi bintang, tetapi yang penting bahwa kamu memiliki cahaya yang cukup untuk melihat dirimu dengan jelas.
Saturday, June 27, 2020
RABITAH SYEIKH
Dalam ilmu tasawuf dan kerohanian, khususnya ilmu Thariqah. Rabitah Syeikh adalah sesuatu yang amat digalakkan semasa berzikir dan mempunyai faedah yang sangat besar. Rabitah bermaksud mengikat diri dengan syeikh dengan menghadirkan wajah syeikh semasa berzikir kepada Allah.
Banyak orang orang yang tidak menjalani latihan kerohanian selalunya menyalah anggap bahawa rabitah itu adalah sesuatu yang syirik. Ia bukanlah sesuatu yang syirik. Ia banyak disebutkan oleh ulama-ulama akan faedahnya seperti Imam Al Ghazali dalam Ihya Ulumuddin, Syeikh Daud Al Fathoni dalam kitab Dhiyaul Murid, Syeikh Abdus Samad Falimbani dalam Hidayatus Salikin, Syeikh Abdul Wahab As Sya'rani dalam kitabnya Madarijus Salikin dan banyak lagi ulama Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang menulis dalam kitab mereka. Untuk memahami ini kita perlu memahami cara masuk ke hadrat Allah سبحانه وتعالی.
Tujuan kita beramal adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah, namun untuk masuk terus kepada Allah, kita tidak dapat membayangkan rupa bentuk Allah, pintu masuk kepada Allah adalah melalui Sayyidina Rasulullah ﷺ. Pun begitu kita juga tidak dapat membayangkan wajah Rasulullah ﷺ kerana tidak pernah berjumpa dengan Baginda Rasulullah ﷺ. Oleh kerana tidak dapat membayangkan wajah Allah سبحانه وتعالی dan Rasulullah ﷺ, maka wajah yang boleh dibayangkan yakni dihadirkan rupanya adalah wajah Syeikh Mursyid kita sebagai Warisatul Anbiya' yang menjadi pintu masuk kepada Baginda Rasulullah ﷺ.
Kita tidak boleh melihat wajah Rasulullah ﷺ, maka dihadirkanlah wajah-wajah orang yang dicintai oleh Rasulullah ﷺ dari para salihin dan para auliya’, kerana hal itu akan mengingatkan kita kepada Allah, bukan membuat kita syirik tetapi membuat kita semakin taat, hanya saja syaitan tidak suka kerana syaitan terbakar jika melihat wajah-wajah mereka.
Diriwayatkan oleh Sayyidina Abdullah bin Mas’ud رضى الله عنه, Rasulullah ﷺ bersabda :
عن عبد الله بن مسعود قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :
“إن من الناس مفاتيح لذكر الله إذا رؤوا ذكر الله“
”Sesungguhnya ada daripada golongan manusia yang dijadikan oleh Allah سبحانه وتعالی sebagai kunci (pembuka) untuk berdzikir kepada Allah سبحانه وتعالی. Jika wajah mereka dipandang maka seketika akan mengingatkan kepada Allah سبحانه وتعالی... ”
Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Sayyidina Ibn ‘Abbas رضى الله عنه, bahwasanya seseorang telah bertanya kepada Rasulullah ﷺ :
يا رسول الله من أولياء الله؟ قال: ” الذين إذا رؤوا ذكر الله “
"Wahai Rasulullah ﷺ, siapakah mereka para wali Allah? Maka Baginda ﷺ bersabda : " Mereka adalah kaum yang ketika dipandang wajah mereka, maka akan langsung mengingatkan kepada Allah سبحانه وتعالی (dengan pandangan tersebut)."
Dan inilah yang dikatakan usaha sebagai wasilah atau jalan yang mendekatkan diri kepada Allah.
Allah سبحانه وتعالی berfirman :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَابْتَغُوا إِلَيْهِ الْوَسِيلَةَ وَجَاهِدُوا فِي سَبِيلِهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
“Hai orang-orang yang beriman bertaqwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan.” [Al-Maa-idah: 35]

Sucikan Hatimu
Syeikh Abu Turab al-'Askar bin al-Hushain an-Nakhsyabiy رضي الله عنه (meninggal 245 H), mengatakan :
"Apabila hati telah biasa menyimpang daripada Allah, maka ia akan ditemani sikap suka mencela orang yang akrab dengan Allah (ahlullah)."
Orang yang sentiasa mensucikan hatinya, insyaAllah akan sentiasa akrab dan mahabbah dengan ahlullah. Jadi, mana mungkin akan timbul desah benci, apalagi kebencian.
Sebaliknya, orang yang hatinya kotor dengan dosa, akan buta sanubarinya dan terhijab daripada nampak akan kebenaran jalan menuju Allah, termasuklah memusuhi para pembimbing menuju jalan Allah, yakni ahlullah.
Begitu juga, al-Imam al-Quthb al-Ghauts Abu al-'Abbas Ahmad bin Idris asy-Syarif al-Idrisi al-Hasani رضي الله عنه (meninggal 1253 H), pernah mengingatkan :
"Jangan sampai engkau menghina seorang Islam atau pun menyakitinya, kerana boleh jadi dia seorang wali Allah, dan engkau tidak mengetahuinya, nanti engkau akan masuk dalam kemurkaan Allah."
Bahkan, sesama Islam, orang awam biasa pun, mesti ada prasangka yang baik. Tidak boleh jahat sangka dalam apa keadaan yang tidak sepatutnya. Inikan pula terhadap awlia Allah; orang yang akrab dengan Allah, lebih lagi perlu dijaga adab zahir dan batin, supaya tidak tersalah langkah dan mengundang kemurkaan Allah.
- Semoga Allah membimbing kita menuju jalan petunjuk-Nya, dan mencintai serta bersahabat dengan mereka yang istiqomah berada di landasan tersebut, dengan keberkatan penghulu sekalian kejadian. Aamiin.

Friday, June 26, 2020
DI ANTARA DUA KEMULIAAN
Manakah yang lebih mulia, di antara Malaikat Jibril عليه السلام atau sandal Rasulullah ﷺ?
Malaikat Jibril عليه السلام tentu lebih mulia daripada sandal yang hanya dibuat dari kulit kambing, tapi kerana sandal tersebut dipakai pada kaki Sayyidina Muhammad ﷺ, walaupun terbuat dari kulit kambing bahkan menjadi mulia kerana dikaitkan dengan kaki Rasulullah ﷺ yang mulia.
Demikianlah juga sandal Rasulullah ﷺ itu ikut naik bersama Baginda ﷺ ke Sidratul Muntaha. Rasulullah ﷺ tidak diperintah Allah Taala untuk membuka kedua sandalnya.
Ini sebagai tanda kepada kita bahawa orang-orang yang terikat hatinya dengan Rasulullah ﷺ sangat dekat dengan Allah ﷻ dan memiliki kemuliaan. Kerana itu Allah ﷻ tidak memerintahkan apa-apa yang bersama Rasul ﷺ untuk dipisahkan, bahkan sandalnya juga tidak diperintah untuk dibuka.
Orang-orang yang mencintai Baginda ﷺ akan mendapatkan rahsia kemuliaan dari peristiwa isra’ wal mi’raj, dan kita seluruh ummat Baginda ﷺ tidak terlepas akan mendapat kemuliaan kerana hati yang terpaut pada Rasul, tidak akan sirna walau dengan apa jua keadaan sekalipun.
Buktinya iaitu saat kita solat, kita mengulangi kembali kalimah di antara Allah dengan Nabi Muhammad ﷺ.
Semoga Allah ﷻ mengurniakan kepada kita hati yang sentiasa terpaut kepada Nabi Muhammad ﷺ.
۞ﺍَﻟﻠّٰﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ۞
[ Habib Husin Baagil ]

ILMU TANPA AMAL DAN AMALAN TANPA ILMU
Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.
Di samping itu, ilmu yang ada juga masih belum mampu mendorong kita untuk taat kepada Allah سبحانه وتعالی. Ini kerana beramal dan taat kepada Allah itu datangnya daripada kesedaran diri bahawa ia akan menghadapi maut suatu hari nanti.
Seseorang itu juga tidak mampu menjauhkan dirinya daripada api neraka hanya dengan bergantung kepada pencapaian hidup dan ilmunya semata-mata.
Ia hendaklah diikuti dengan amalan yang didasari dengan ilmu yang telah dipelajarinya.
Apabila kita tidak beramal dengan ilmu yang ada pada diri kita, kita sudah tentu tidak dapat melepasi perhitungan Allah pada Hari Akhirat kelak.
Janganlah sampai kita menjadi orang yang menyesal dan meminta dikembalikan semula ke dunia, suatu perkara yang tidak mungkin terjadi. Sebagaimana firman Allah سبحانه وتعالی dalam surah as-Sajdah ayat 12 yang bermaksud :
"Wahai Tuhan kami, kami telah melihat kebenaran di hadapan mata kami, kami telah mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan perkara yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia agar kami mengerjakan perkara yang baik-baik. Sesungguhnya kami sekarang telah yakin."
Maka pergunakanlah masa di dunia ini sebaik-baiknya dengan menuntut ilmu dan beramal dengannya, dan jauhilah sikap hanya berbangga-bangga dengan amalan sedangkan ilmunya tiada.
Friday, June 5, 2020
HUKUM HADIAH AL-FATIHAH KEPADA ORANG YANG SUDAH MENINGGAL DUNIA
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Kami mendapat pertanyaan bagaimana hukum membaca Surah al-Fatihah kepada orang yang sudah meninggal dunia. Apakah ia berasal dari ajaran Islam?
Nabi Muhammad ﷺ membolehkan seseorang melakukan Haji untuk seseorang yang telah meninggal dunia. Melakukan Haji kepada seseorang yang telah meninggal dunia termasuk didalamnya membaca al-Quran. Dan termasuk juga melakukan solat seperti 2 rakaat tawaf (sunat) misalnya. Dan termasuk juga menginfakkan harta benda. Dan termasuk juga membayar pelbagai Kaffarah (denda). Dan termasuk juga berpuasa.
فَمَن لَّمْ يَجِدْ فَصِيَامُ ثَلَٰثَةِ أَيَّامٍ فِى ٱلْحَجِّ وَسَبْعَةٍ إِذَا رَجَعْتُمْ ۗ تِلْكَ عَشَرَةٌ كَامِلَةٌ
Tetapi jika ia tidak menemukan (binatang korban atau tidak mampu), maka wajib berpuasa tiga hari dalam masa haji dan tujuh hari (lagi) apabila kamu telah pulang kembali. Itulah sepuluh (hari) yang sempurna.
Surah al-Baqarah ayat 196
Dalam melakukan ibadah Haji buat orang yang telah meninggal dunia, didalamnya terdapat pelbagai amalan lain, dalam bentuk zikir, doa, membaca al-Quran, Thawaf, Saie, Wukuf, dan semua amal soleh tersebut akan sampai pahalanya kepada orang yang telah meninggal dunia tersebut.
Oleh kerana itu, semua amal kebajikan, apa pun itu pahalanya akan sampai kepada seseorang, yang telah meninggal dunia, melalui sisi doa. Amal soleh, pahalanya akan sampai kepada seseorang yang telah meninggal dunia dan doa merupakan ajaran islam dan Allah telah menegaskan kepada kita semua tentang hal ini.
Sesungguhnya kematian itu bukan kehancuran, akan tetapi perpindahan dari satu kehidupan menuju kehidupan yang lain. Insyaallah kita dapat berjumpa lagi dalam kesempatan yang lain.
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
Syaikh Dr. Ali Gomaa Mohamed Abdel Wahab
Mufti Mesir 2003-2013
SALAFIAH PENJENAMAAN BERMASALAH
Dr Mohd Hamidi Ismail
PENJENAMAAN digunakan bertujuan memberi identiti ke atas sesuatu perkara bagi membezakannya daripada yang lain. Dalam Islam, penjenamaan turut digunakan bagi membezakan antara mazhab akidah dan fiqah.
Antara penjenamaan yang biasa digunakan pada peringkat awal ialah al-salaf-salih, al-firqah al-najihah, ahl al-hadith wa al-sunnah, ahl al-athar, al-ta'ifah al-mansurah dan lain-lain lagi.
Pada hari ini, penjenamaan yang menarik perhatian ramai ialah 'salaf' atau 'mazhab salafiah'. Jika diteliti daripada sudut manhaj, pendekatan salaf dan Ahli al-Sunnah wa al-Jama'ah adalah sama bahkan sesiapa sahaja yang mengaplikasi pendekatan Ahli al-Sunnah wa al-Jama'ah dikategorikan sebagai orang yang mengimplimentasi pendekatan salaf.
Selain itu, menggunakan istilah 'salaf' bagi merujuk kelompok manusia yang hidup sesudah tiga kurun awal hijrah adalah tidak tepat berdasarkan leksikologi dan terminologi, malah jauh daripada menepati ciri-ciri golongan cemerlang salaf yang disebutkan di dalam hadis Rasulullah SAW bermaksud: "Sebaik-baik manusia adalah pada kurun ku..." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Memahami perkara inilah, Ahli al-Sunnah wa al-Jama'ah tidak mengguna pakai nama salafiah dan berpada mengaku sebagai khalaf. Apabila disebutkan Ahli al-Sunnah wa al-Jama'ah di sini, ia segera merujuk kepada Asha'irah dan Maturidiah dari segi akidah; Hanafiah, Malikiah, Shafi'ah dan Hanbaliah dari segi fiqah dan mazhab Junaid al-Baghdadi dari segi ilmu tasawuf.
Terdapat penjelasan lain mengapa Ahli al-Sunnah wa al-Jama'ah tidak menjenamakan diri mereka sebagai salafiah. Pendakwah terkenal, Dr Ali Jum'ah menjelaskan, mazhab Ahli al-Sunnah wa al-Jama'ah yang dipelopori Asha'irah tidak memerlukan penjenamaan itu kerana mereka tidak pernah menyalahi akidah dan syariat kalangan salaf tiga kurun awal hijrah.
Mereka hanya mengembangkan pendekatan bagi memahami akidah dan syariat kalangan salaf sesuai dengan perkembangan pemikiran dan demografi manusia.
Asha'irah tidak melakukan sebarang bidaah, mereka cipta akidah dan syariat baharu, mereka hanya memudahkan cara berakidah dan bersyariat kepada manusia berpandukan pendekatan salaf.
Adapun mereka dikenali sebagai Asha'irah kerana mengguna pakai manual yang digunakan Imam Abu Hasan al-Ash'ari, imam Ahli al-Sunnah wa al-Jama'ah, seperti mana kebiasaan pengikut mazhab dalam Islam seperti Shafi'iah, Hanbaliah, Tahawiah dan lain-lain.
Menurut Dr Ali Jum'ah lagi, mengenal pendekatan Ahli al-Sunnah wa al-Jama'ah dan ilmuwan salaf adalah cara sebenar mengenal persamaan antara mereka dan bukan mengenal penjenamaan semata-mata, seperti yang biasa difahami oleh mereka yang lemah akal dan orang awam.
Sebaliknya, ada kumpulan yang mewakili segelintir umat Islam menjenamakan diri mereka sebagai Salafiah sekali pun mereka menyalahi banyak perkara dikemukakan salaf dan Ahli al-Sunnah wa al-Jama'ah.
Seorang lagi pendakwah Islam terkenal iaitu Dr Ramadhan al-Buti menyifatkan kumpulan ini mereka cipta pendekatan baharu yang tidak ditemui daripada salaf ataupun khalaf.
Kumpulan ini cenderung kepada pemikiran dan pendekatan diambil Muhammad Abdul Wahab (m. 1206H), sewajarnya mereka menjenamakan diri mereka sebagai Wahabiah dan bukannya Salafiah.
Ada kalangan mereka yang cuba mengalihkan perhatian orang ramai, mengatakan Wahabiah adalah kumpulan dinisbahkan kepada Abdul Wahab Rustum, penganut fahaman Ibadhiah di Algeria sekitar kurun ke-2 Hijriah.
Cubaan ini meleset kerana tokoh besar Wahabiah seperti Bin Baz dan al-Albani sendiri memperakui Wahabiah dinisbahkan kepada Muhammad bin Abdul Wahab.
Jika tidak cukup dengan itu, dunia Barat turut mengenali Wahabiah. Dalam Encyclopedia Britannica, entri 'Wahabi' dicatatkan merujuk kepada pengikut Muhammad bin Abdul Wahab. Selain itu, pengkaji sejarah dunia terkemuka seperti CJ Burckhardt dan orientalis Sedillot merakamkan kewujudan Wahabiah dan penisbahan kumpulan itu kepada Muhammad Abdul Wahab.
Terdapat banyak faktor mengapa Wahabiah menjenamakan diri mereka sebagai salafiah dan tidak Wahabiah. Antara faktornya ialah, Wahabiah dikaitkan dengan sejarah kekejaman dan pembunuhan ke atas umat Islam di Semenanjung Arab serta persekongkolan dengan British untuk menjatuhkan kerajaan Islam Uthmaniah.
Wahabiah turut dikaitkan dengan salafi-jihadi dan anggota militan berkenaan mendukung ideologi wahabisme malah menjadi pengikut tegar tokoh-tokoh Wahabiah.
Oleh kerana pembongkaran seperti ini dan banyak lagi, Wahabiah berusaha mencari pelbagai helah bagi menafikan rekod hitam mereka demi kelangsungan propaganda dan politik dalam dunia Islam.
Penulis adalah Penyelidik di Unit Penyelidikan Sekretariat Kumpulan Penyelidikan Ahli Sunnah, Negeri Sembilan.

Subscribe to:
Posts (Atom)