Showing posts with label Mutiara Hadith. Show all posts
Showing posts with label Mutiara Hadith. Show all posts

Monday, January 27, 2025

Ujian Penghapus Dosa

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا يَزَالُ الْبَلَاءُ بِالْمُؤْمِنِ وَالْمُؤْمِنَةِ فِي نَفْسِهِ وَوَلَدِهِ وَمَالِهِ حَتَّى يَلْقَى اللَّهَ وَمَا عَلَيْهِ خَطِيئَةٌ

Daripada Abu Hurairah رضى الله عنه berkata: Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Ujian (bala) akan sentiasa menimpa orang mukmin sama ada lelaki mahupun perempuan, pada dirinya, anak dan hartanya hingga ia bertemu Allah dengan tidak membawa satu kesalahan (dosa) pun atasnya.” (HR Tirmizi No: 2323) Hadis Hasan Sahih.

Pengajaran:

1. Setiap ujian (bala) atau musibah yang dihadapi oleh orang mukmin sama ada pada dirinya, harta serta ahli keluarganya adalah sebagai pengampun dosa-dosanya.

2. Al-Baghawi menyatakan: "Tidak ada satupun musibah yang menimpa seorang hamba, demikian pula musibah yang lebih besar (dan luas) darinya, kecuali kerana sebab dosa yang Allah mengampuninya hanya dengan (cara menimpakan) musibah tersebut (kepadanya) atau Allah hendak mengangkat darjatnya (kepada suatu darjat kemuliaan) hanya dengan (cara menimpakan) musibah tersebut (kepadanya).” (Tafsir Al-Baghawi: 4/85)

3. Ada Muslim di hari akhirat nanti diampunkan semua dosanya ketika bertemu Allah kerana kesabaran dan ketabahan menghadapi ujian berbentuk musibah semasa di dunia.

4. Antara tujuan utama Allah سبحانه وتعالی menimpakan ujian kepada hamba-Nya adalah untuk mengetahui siapakah di antara mereka yang baik amalannya. Firman Allah سبحانه وتعالی:

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلً

“Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya.” Al-Mulk: 2

Moga kita bersabar dengan setiap ujian yang dilalui agar ia menjadi penghapus dosa-dosa kita. Aamiin...

Friday, October 18, 2024

Pentingnya memohon Hidayah, Taqwa, ‘Afaf dan Ghina

Rasullullah صلى الله عليه وسلم bersabda :

*عَنْ عَبْدِ اللَّهِ ابنِ مسْعُودٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ كَانَ يَقُولُ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى*

Daripada 'Abdullah bin Mas’ud رضى الله عنه daripada Nabi صلى الله عليه وسلم bahwasanya Baginda pernah berdoa :

"Ya Allah... Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu petunjuk, ketaqwaan, al-iffah (terhindar daripada perbuatan yang tidak baik) dan al-ghina (kecukupan dan tidak meminta-minta)".
(HR Muslim)

Keterangan :

1. Rasulullah صلى الله عليه وسلم mengajar kita berdoa agar dikurniakan petunjuk, memiliki sifat taqwa, dikurniakan sifat ‘afaf dan ghina.

2. Hidayah ialah petunjuk dan bimbingan daripada Allah Ta’ala. Tiada seorang pun yang mendapat hidayah melainkan hanya Allah saja yang memberikannya.

3. Setiap orang perlu meminta hidayah kepada Allah, agar dibimbing untuk mengukuhkan keimanannya, meningkatkan amal solehnya dan tutur bicaranya serta akhlak yang baik dalam menghadapi pelbagai masalah dunia dan akhirat.

4. Imam Nawawi رحمة الله تعالى dalam Syarah Shohih Muslim mengatakan :

"Afaf atau ‘iffah bermakna menjauhkan dan menahan diri dari perkara yang tidak diperbolehkan.
Sedangkan al ghina adalah hati yang selalu merasa cukup dan tidak perlu kepada apa yang ada di sisi manusia."


5. Jika seseorang yang menginginkan agar dirinya diberi hidayah untuk menjadi seorang Muslim yang baik, bertaqwa, dapat menjalani kehidupan ini dengan baik, selamat, hati yang damai dan terhindar daripada perbuatan yang buruk, maka mintalah hanya kepada Allah Ta’ala, bukan kepada yang lain.

6. Marilah kita mengamalkan doa ini :

*اللَّهُمَّ إنِّي أسْألُكَ الهُدَى والتُّقَى والعَفَافَ والغِنَى*

Artinya : "Ya Allah, sesungguhnya aku meminta pada-Mu petunjuk dan ketakwaan, serta diberikan sifat ‘afaf dan ghina."

Rasulullah صلى الله عليه وسلم mengajarkan kita agar meminta empat perkara dalam doa ini :

1. Al-Huda yaitu petunjuk dalam ilmu dan amal.

2. Al-Taqwa iaitu sentiasa berwaspada dan berhati-hati agar melaksanakan perintah Allah dan menjauhi larangan.

3. Al-Afaf atau ‘iffah iaitu agar dijauhkan dari perkara yang diharamkan seperti zina dan yang seumpamanya.

4. Al-Ghina iaitu dicukupkan oleh Allah dari apa yang ada di sisi manusia dengan sifat qona’ah, selalu merasa cukup ketika Allah memberinya harta sedikit atau pun banyak.

Friday, December 22, 2023

Sifat Malu

Rasûlullâh صلى الله عليه وسلم bersabda :

الحياءُ شُعبةٌ مِنَ الإيمان (رواه الإمام أحمد)

"Malu adalah salah satu cabang dari iman." (HR Imam Ahmad).

Maksudnya, sifat malu akan mencegah pemiliknya melakukan perkara-perkara haram, sebagaimana iman mencegah pemiliknya melakukan perkara-perkara haram.

Malu ada dua macam :

1. Malu terpuji, seperti yang kami sebutkan di atas.

2. Malu tercela. Yaitu malu yang mencegah pemiliknya berbuat kewajiban, seperti malu dalam melakukan nahi munkar.

Friday, November 3, 2023

Jauhi Syubahat Agar Jiwa Tenang


عَنْ أَبِي محمد الْحَسَنِ بْنِ عَلِيٍّبن أبي طالب رضي الله عنهما قَالَ :حَفِظْتُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :دَعْ مَا يَرِيبُكَ إِلَى مَا لَا يَرِيبُكَ فَإِنَّ الصِّدْقَ طُمَأْنِينَةٌ وَإِنَّ الْكَذِبَ رِيبَةٌ

Daripada Abi Muhammad Al Hasan bin Ali bin Abi Talib رضى الله عنه katanya: Aku telah menghafal daripada Rasulullah صلى الله عليه وسلم: "Tinggalkanlah apa yang meragukanmu kepada sesuatu yang tidak meragukanmu kerana kebenaran atau kejujuran itu ketenangan dan sifat dusta itu mendatangkan keraguan." 
(HR Tirmizi No: 2518) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Maksud perkataan الريبة adalah meninggalkan apa yang mendatangkan syak (keraguan) dalam hati pada sesuatu perkara dan berpegang kepada sesuatu yang tidak mendatangkan syak (keraguan) pada perkara tersebut.

2. Tinggalkan sesuatu yang syubahat atau meragukan agar jiwa kita sentiasa tenang.

3. Galakan untuk bersifat benar kerana itu adalah sumber kepada kebaikan dan peringatan untuk menjauhi sifat dusta kerana itu adalah punca bagi setiap keburukan.

4. Hendaklah seseorang itu menjauhi perkara yang mendatangkan syubahat (keraguan) kepadanya dan berpegang kepada perkara yang jelas lagi nyata kerana sesiapa yang menjauhi perkara syubahat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Sebaliknya sesiapa yang terjatuh dalam perkara syubahat, maka dia telah jatuh dalam perkara yang haram.

5. Dalam setiap perkara sama ada dalam urusan keduniaan atau akhirat, seseorang itu hendaklah setiap individu berpegang dengan hukum asal yang diyakini dan menghilangkan syak serta ragu-ragu yang mengganggu fikiran.

6. Berusahalah memastikan sesuatu itu yang benar dan soheh bukan yang meragukan apatah lagi yang palsu atau penipuan scammer.

Friday, June 2, 2023

Bersifat Jujur

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " اشْتَرَى رَجُلٌ مِنْ رَجُلٍ عَقَارًا لَهُ فَوَجَدَ الرَّجُلُ الَّذِي اشْتَرَى الْعَقَارَ فِي عَقَارِهِ جَرَّةً فِيهَا ذَهَبٌ ، فَقَالَ لَهُ : الَّذِي اشْتَرَى الْعَقَارَ خُذْ ذَهَبَكَ مِنِّي إِنَّمَا اشْتَرَيْتُ مِنْكَ الْأَرْضَ وَلَمْ أَبْتَعْ مِنْكَ الذَّهَبَ ، وَقَالَ : الَّذِي لَهُ الْأَرْضُ إِنَّمَا بِعْتُكَ الْأَرْضَ وَمَا فِيهَا فَتَحَاكَمَا إِلَى رَجُلٍ ، فَقَالَ : الَّذِي تَحَاكَمَا إِلَيْهِ أَلَكُمَا وَلَدٌ ، قَالَ : أَحَدُهُمَا لِي غُلَامٌ ، وَقَالَ : الْآخَرُ لِي جَارِيَةٌ ، قَالَ : أَنْكِحُوا الْغُلَامَ الْجَارِيَةَ وَأَنْفِقُوا عَلَى أَنْفُسِهِمَا مِنْهُ وَتَصَدَّقَا "

Daripada Abu Hurairah رضى الله عنه meriwayatkan bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: Ada seorang lelaki membeli daripada seorang lelaki yang lain sebidang tanah yang ada rumah. Lelaki si pembeli itu kemudiannya terjumpa di dalam rumah tersebut sebuah bejana yang mengandungi emas. Dia lalu berkata kepada lelaki yang menjual tanah tersebut, "Engkau ambillah emasmu ini. Aku hanya membeli daripadamu sebidang tanah ini, bukan aku membeli emas daripadamu." Si lelaki penjual pula berkata, "Aku sudah menjual kepadamu tanah ini berserta segala apa yang ada di dalamnya sekali." Mereka berdua lantas bertemu seorang lelaki yang lain untuk dihakimi. Lelaki yang diminta menjadi hakim ini lalu bertanya, "Adakah kamu berdua mempunyai anak?" Salah seorang lelaki itu berkata, "Aku ada anak lelaki". Lelaki kedua pula berkata, "Aku ada anak perempuan." Lelaki yang menjadi hakim itu berkata, "Kahwinkahlah anak-anak kamu itu, dan infaqkanlah emas ini kepada mereka, di samping bersedekahlah juga." (HR Muslim No: 3246) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Pentingnya kejujuran di dalam menuntut hak. Orang yang jujur tidak akan rugi kerana sifat jujur membawa keberkatan.

2. Seorang hakim yang baik perlu bijak membuat keputusan penghakiman. Di dalam kisah ini, si hakim bukan hanya melihat bagaimana memutuskan emas tersebut menjadi hak siapa, tetapi beliau memikirkan bagaimana kes tersebut dapat diselesaikan dengan menghasilkan kebaikan serta kesejahteraan kepada kedua-dua pihak.

3. Dalam memberi pandangan atau nasihat, berusahalah seberapa boleh untuk membantu mengukuhkan persaudaraan, lebih daripada menentukan hak seseorang ke atas yang lain.

4. Orang yang beriman perlu sentiasa bersifat: lebih takut terambil hak orang lain daripada menuntut hak sendiri.

Gambaran Orang Sombong Di Akhirat

عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يُحْشَرُ الْمُتَكَبِّرُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَمْثَالَ الذَّرِّ فِي صُوَرِ الرِّجَالِ يَغْشَاهُمْ الذُّلُّ مِنْ كُلِّ مَكَانٍ فَيُسَاقُونَ إِلَى سِجْنٍ فِي جَهَنَّمَ يُسَمَّى بُولَسَ تَعْلُوهُمْ نَارُ الْأَنْيَارِ يُسْقَوْنَ مِنْ عُصَارَةِ أَهْلِ النَّارِ طِينَةَ الْخَبَالِ

Daripada Amru bin Syu'aib dari ayahnya dari datuknya dari Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda : 

"Orang-orang sombong dikumpulkan pada hari kiamat seperti semut bermuka manusia, mereka diliputi kehinaan dari segala penjuru, mereka diiring menuju penjara di neraka jahanam yang bernama Bulas, di atas mereka ada api paling panas, mereka diberi minum muntahan dan darah penduduk neraka yang namanya thinatul khabal." (HR Tirmizi No: 2416) Status: Hadis Hasan

Pengajaran :

1. Sombong adalah sifat Iblis yang merasa dirinya lebih mulia dan lebih baik serta merendahkan orang lain.

وَإِذۡ قُلۡنَا لِلۡمَلَٰٓئِكَةِ ٱسۡجُدُواْ لِأٓدَمَ فَسَجَدُوٓاْ إِلَّآ إِبۡلِيسَ أَبَىٰ وَٱسۡتَكۡبَرَ وَكَانَ مِنَ ٱلۡكَٰفِرِينَ ٣٤

"Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat : Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; dia enggan dan takbur dan menjadilah dia dari golongan yang kafir." (Surah al-Baqarah: 34).

2. Orang yang sombong tidak akan masuk syurga. Sabda Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم :

لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ

“Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya ada sebesar zarah perasaan sombong”. (HR Muslim No:51)

3. Orang yang sombong akan dikumpulkan pada hari kiamat seperti semut bermuka manusia, mereka diliputi kehinaan dari segala penjuru.

4. Orang sombong akan diiring menuju ke neraka jahanam yang bernama Bulas, di atas mereka ada api paling panas.

5. Orang yang sombong akan diberi minum muntahan dan darah penduduk neraka (nanah) yang namanya thinatul khabal (lumpur kebinasaan).

6. Sikap sombong merupakan satu sikap yang amat dilarang keras dalam Islam. Firman Allah سبحانه وتعالی :

وَلَا تَمْشِ فِي الأرْضِ مَرَحًا إِنَّكَ لَنْ تَخرِقَ الأَرْضَ وَلَنْ تَبْلُغَ الْجِبَالَ طُولًا

“Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang”. (Surah al-Israa’ ayat: 37)

Marilah kita bersifat RAHMAH dengan menjauhi sifat sombong. Sifat sombong itu apabila merasa dirinya lebih baik dari orang lain malah memperlekeh atau merendahkan mereka.

Thursday, May 25, 2023

ULAMA' YANG PALING DIBENCI OLEH ALLAH

وقال صل الله عليه وسلم : (سيكون من بعدي أمراء يكذبون ويظلمون فمن صدقهم بكذبهم وأعانهم على ظلمهم ليس مني ولست منه ولم يرد على الحوض)

Rasulullah صل الله عليه وسلم bersabda :

"Akan ada dari sebagian umara' (penguasa) yang pembohong dan dzolim, maka barangsiapa yang membenarkan dengan kebohongannya dan membantu atas kedzolimannya, maka dia tidak termasuk dari golonganku dan aku bukan termasuk darinya dan dia tidak akan mendapat telaga Haudh ku.”

وروى أبو هريرة رضي الله عنه انه قال صل الله عليه وسلم : (أبغض القراء إلى الله تعالى الذين يزورون الأمراء)

Dan diriwayatkan oleh Abu Hurairah رضي الله عنه bahwa sesungguhnya Rasulullah صل الله عليه وسلم bersabda : 

"Ulama' yang paling dibenci oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala ialah yang mendatangi penguasa.”

وفي.الخبر: (خير الأمراء الذين يأتون العلماء وشر العلماء الذين يأتون الأمراء). (١)

“Paling baiknya Penguasa adalah yang mendatangi Ulama' (untuk bimbingan Akhirat), dan paling buruknya Ulama' adalah yang mendatangi penguasa (mengharap duniawi).” <¹>

وفي الخبر: (العلماء أمناء الرسل على عباد الله مالم يخالطوا السلطان فإذا فعلوا ذالك فقد خانو الرسل فاخذروهم واعتزلوهم) رواه أنس رضي الله عنه.

“Ulama' adalah penyampai amanah Para Rasul kepada hamba Allah, dengan catatan dia (ulama') tidak berkerumun (bergaul) dengan penguasa, apabila mereka melakukan demikian (bergaul dengan pejabat/penguasa) ia telah mengkhianati para Rasul, maka berhati-hatilah kepada mereka dan tinggalkanlah mereka.”

[ Ihya' 'Ulumuddin ]


Tuesday, May 23, 2023

TIGA GOLONGAN YANG IBADAHNYA TIDAK DITERIMA


والحاكم قال ﷺ :ثلاثَۃٌ لَا يَقبَلُ ﷲ مِنهُم يَومَ القِيَامَۃ صَرفًا وَلَا عَدلًا عَاقٍ وَمَنَّانٍ وَمُكَذِّبٍ بالقَدرِ

Diriwayatkan oleh Imam Hakim, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda :

Ada tiga golongan, yang ibadah fardhu dan sunahnya tidak diterima oleh Allah di hari kiamat kelak ;

1 . Orang yang durhaka terhadap orang tua.
2 . Orang yang suka mengungkit sedekah atau kebaikan.
3 . Orang yang tidak percaya akan takdir.


[ KITAB IRSYADUL 'IBAAD ]


Monday, May 22, 2023

3 ORANG SOLAT MEREKA TIDAK DITERIMA ALLAH


Sabda Nabi صلى الله عليه وسلم; 

"Tiga orang solat mereka tidak akan melepasi telinga mereka (yakni tidak diangkat kepada Allah);

1. Hamba yang melarikan diri dari tuannya selagi dia tidak pulang,

2. Isteri yang membiarkan dirinya berada dalam kemarahan suami sepanjang malam, dan

3. Seorang yang mengimamkan (solat bagi) satu kaum sedangkan dia tahu mereka membencinya."


(Sunan al-Tirmizi; 360, dari Abu Umamah رضى الله عنه. Kata al-Tirmizi; hadis hasan).

Menurut ulamak; ancaman tersebut adalah bagi orang yang melakukannya tanpa alasan. Jika ada alasan seperti hamba yang melarikan diri kerana dizalimi tuannya atau isteri yang menimbulkan kemarahan suami kerana menuntut haknya atau suami memarahinya tanpa sebab, mereka tidaklah tergolong dalam hadis tersebut, kerana Allah Maha Adil untuk menghukum hamba-Nya tanpa sebab dari mereka.

Begitu juga, maksud imam yang dibenci itu ialah yang dibenci masyarakat kerana suatu alasan yang benar, seperti dia seorang yang fasik, atau zalim atau merampas jawatan imam, tidak ada kelayakan menjadi imam, buruk akhlak dan sebagainya. Menurut ulamak; orang yang mengetahui dia tidak disukai majoriti masyarakat, makruh dia tampil mengimamkan mereka dalam solat. Sebaiknya dia hendaklah menyerahkan jawatan imam itu kepada orang lain. Namun jika dia berdegil, masyarakat tidaklah makruh solat di belakangnya. Hukum makruh itu dia yang menanggungnya, bukan masyarakat. Dia mungkin akan tergolong dalam hadis di atas.

[ Rujukan; Mirqaat al-Mafatih; 1122. al-Qaul al-Taam Fi Ahkam al-Makmum wa al-Imam (Abil Fath al-Aqfahasyi), hlm. 129.]


Tuesday, February 28, 2023

Jangan Menangguh Untuk Bersedekah


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ الصَّدَقَةِ أَعْظَمُ أَجْرًا قَالَ: أَنْ تَصَدَّقَ وَأَنْتَ صَحِيْحٌ شَحِيْحٌ تَخْشَى الْفَقْرَ وَتَأْمُلُ الْغِنَى وَلَا تُمْهِلْ حَتَّى إِذَا بَلَغَتِ الْحُلُقُومَ قُلْتَ: لِفُلاَنٍ كَذَا وَلِفُلاَنٍ كَذَا وَقَدْ كَانَ لِفُلاَنِِ

Daripada Abu Hurairah رضى الله عنه dia berkata : "Seorang lelaki datang kepada Nabi صلى الله عليه وسلم dan bertanya; “Wahai Rasulullah, sedekah apakah yang paling besar pahalanya?”. Baginda صلى الله عليه وسلم menjawab : “Kamu bersedekah ketika kamu dalam keadaan sihat dan ketika itu kamu berasa kedekut (kikir) dan takut menjadi miskin dan berangan-angan untuk menjadi orang kaya. Oleh itu, janganlah kamu menunda-nunda untuk bersedekah sehingga ruh sampai di kerongkongmu, maka, kamu baru berkata, "Ini untuk si fulan dan itu untuk si fulan, padahal harta itu sudah menjadi milik si fulan." (HR Bukhari no: 2748) Hadis Sahih.

Pengajaran :

1. Sedekah yang paling besar pahalanya ialah ketika kita sihat dan berasa sayang dengan harta tersebut malah kita bimbang harta akan berkurang apabila bersedekah dan kita pula berhasrat dengan mengumpul harta itu akan menjadi kaya.

2. Bersedekah jangan ditunda kerana bimbang kematian menjemput kita

3. Segera bersedekah, jangan tunggu nyawa sampai di halkum. Bila kita mati, harta yang ditinggalkan akan menjadi harta waris untuk difaraidkan, bukan milik kita. Bila ia menjadi hak orang lain, ia tidak mendatangkan manfaat kepada si mati.


Thursday, February 16, 2023

Penyebab Ramai Masuk Syurga Atau Neraka


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ سُئِلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا أَكْثَرُ مَا يُدْخِلُ الْجَنَّةَ قَالَ التَّقْوَى وَحُسْنُ الْخُلُقِ وَسُئِلَ مَا أَكْثَرُ مَا يُدْخِلُ النَّارَ قَالَ الْأَجْوَفَانِ الْفَمُ وَالْفَرْجُ

Daripada Abu Hurairah رضى الله عنه dia berkata ; Nabi صلى الله عليه وسلم pernah ditanya ; "Perkara apa yang banyak menyebabkan orang masuk syurga?" Baginda menjawab : "Taqwa kepada Allah dan akhlak yang mulia." Baginda ditanya lagi ; "Perkara apa yang banyak menyebabkan orang masuk neraka?" Baginda menjawab : "Dua rongga yang terbuka iaitu mulut dan kemaluan." (HR Ibnu Majah No: 4236) Hadis Hasan

Pengajaran :

1. Bertaqwa kepada Allah dan memiliki akhlak yang mulia antara perkara yang banyak menyebabkan orang masuk syurga dengan rahmat Allah.

2. Dua perkara yang banyak menyebabkan orang masuk neraka ialah dua rongga yang terbuka iaitu mulut dan kemaluan.

3. Syeikh Abdullah al-Talidi dalam Jawahir al-Bihar menyatakan : maksud mulut di dalam hadis adalah orang yang tidak menjaga serta berusaha untuk menjaga daripada dosa-dosa mulut seperti mengucapkan ucapan kufur, laknat, qazaf, mengejek, menipu, mengumpat, mengadu domba, persaksian palsu dan sebagainya. Selain itu, makna kemaluan pula adalah orang yang tidak menjaga kemaluannya daripada zina, liwat, tidak menjaga auratnya di hadapan selain daripada mahramnya seperti isterinya dan sebagainya.

4. Syeikh al-Mubarakfuri dalam Tuhfah al-Ahwazi menyatakan : makna mulut di dalam hadis ini ialah menjaga lidahnya kerana menjaga lidah boleh menyelamatkan keseluruhan urusan agamanya dan memakan yang halal kerana itu adalah penghulu kepada ciri ketaqwaan.

Jadilah orang yang bertaqwa dan memiliki akhlak yang mulia. Peliharalah mulut dan kemaluan.


Tuesday, February 14, 2023

Kekayaan Hakiki


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيْسَ الْغِنَى عَنْ كَثْرَةِ الْعَرَضِ وَلَكِنَّ الْغِنَى غِنَى النَّفْسِ

Daripada Abu Hurairah dari Nabi صلى الله عليه وسلم Baginda bersabda : "Bukanlah kekayaan itu kerana banyaknya harta, akan tetapi kekayaan itu adalah kaya hati (selalu merasa cukup)." (HR Bukhari No: 5965) Hadis Sahih

Pengajaran :

1. Kekayaan dalam Islam bukan dilihat kepada pemilikan harta yang banyak.

2. Kekayaan hakiki seorang Muslim ialah apabila ia memiliki kaya hati (sifat merasa cukup dengan setiap rezeki yang dimiliki).

3. Berapa ramai orang kaya yang memilii harta namun sentiasa merasa masih kurang. Hatinya tidak merasa puas dengan rezeki yang dianugerah Allah. Ia masih terus mencari apa yang belum diraih. Hatinya masih belum puas dengan apa yang ada. Itu bermakna ia sentiasa miskin kerana ingin mencari dan mencari lagi.

4. Imam An Nawawi رحمة الله تعالى berkata : “Kaya yang terpuji adalah kaya hati, hati yang selalu merasa puas dan tidak tamak dalam mencari kemewahan dunia. Kaya yang terpuji bukanlah dengan banyaknya harta dan terus menerus ingin menambah dan terus menambah."


Saturday, February 11, 2023

BERPEGANG TEGUHLAH PADA SUNNAH

Sabda Nabi صلى الله عليه وسلم :

فانه من يعش منكم فسيرى اختلافا كثيرا، فعليكم بسنتي وسنة الخلفاء الراشدين المهديين، تمسكوا بها وعضوا عليها بالنواجذ.

"Sesungguhnya di antara kalian yang berumur panjang akan melihat sangat banyak perbezaan pendapat maka berpegang teguhlah pada sunnahku dan sunnah Khulafa' Ar-Rasyidin Al-Mahdiyyin, gigitlah kuat-kuat dengan geraham kalian."

Maka erti ( الرشد ) di sini adalah sifat عدالة dan erti ( الهداية ) adalah amal soleh yang ditautkan dengan benarnya pengambilan ilmu dan sanad (yang bersambung kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم).


Sunday, February 5, 2023

Manusia Yang Dibenci Allah


عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَبْغَضُ الرِّجَالِ إِلَى اللَّهِ الْأَلَدُّ الْخَصِمُ

Dari Aisyah رضي الله عنها, ia mengatakan; Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Manusia yang paling dibenci Allah adalah yang keras kepala dan suka membantah (suka bermusuh).” (HR Bukhari No: 6651) Hadis Sahih

Pengajaran :

1. Keras kepala adalah sifat yang beriringan dengan sifat sombong, bongkak, takbur dan ego. Kesemua sifat-sifat mazmumah ini amat dibenci oleh Allah سبحانه وتعالی dan merupakan sifat Iblis.

2. Iblis menjadi kufur akibat dari sifat keras kepala dan sombong dengan merasakan dia lebih baik dari orang lain.

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ

Dari Abdullah رضى الله عنه, Nabi 
صلى الله عليه وسلم bersabda : “Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi dari kesombongan.” (HR Muslim No: 133) Hadis Sahih

3. Orang yang suka membantah adalah mereka yang suka bertengkar dan suka menegakkan pendapatnya sendiri walaupun salah. Ia akan menjadikannya seorang yang angkuh dan sombong. Baginya dia sahaja yang betul dan orang lain semuanya salah. Dia sukar untuk berbincang dengan cara baik kerana dia menganggap pendapat orang lain rendah dan pendapatnya sahaja yang baik dan perlu diutamakan. Akhirnya mewujudkan ketidaksefahaman dan permusuhan.

Marilah kita menjauhi sifat keras kepala dan suka membantah. Bukalah minda kita untuk menerima teguran dan nasihat. Allah memberikan kepada kita akal untuk berfikir. Jika ada pandangan dan fakta yang lebih baik maka terimalah dengan berlapang dada. Jangan sekali-kali berkeras dan sombong dengan apa yang kita milik.

Ya Allah lembutkanlah hati kami untuk menerima yang hak dan kebenaran. Jauhilah kami dari sifat keras kepala dan suka bermusuh.

Aamiin Yaa Rabbal 'Alaamiin...


Saturday, February 4, 2023

KITAB LUBABUL HADIS BAB 20 - FADHILAT ISTIGHFAR


الباب العشرون: في فضيلة الاستغفار

قال النبي صلى الله عليه وسلم: لِكُلِّ دَاءٍ دَوَاءٌ وَدَواءُ الذُّنوبِ الاسْتِغْفَارُ
Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda : “Setiap penyakit ada obatnya, dan obatnya dosa-dosa adalah istighfar.”

وقال صلى الله عليه وسلم: لِكُلِّ شَيْءٍ حِلْيَةٌ وَحِلْيَةُ الذُّنُوبِ الاسْتِغْفَارُ
Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda : “Setiap sesuatu ada perhiasannya dan perhiasan dosa-dosa adalah istighfar.”

وقال صلى الله عليه وسلم: مَنِ اسْتَغْفَرَ غَفَرَ الله لَهُ وإنْ كَانَ فارّا مِنَ الزَّحْفِ
Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda : “Barangsiapa beristighfar maka Allah mengampuninya walaupun pernah kabur dari medan perang.”

وقال صلى الله عليه وسلم: مَا أَصَرَّ مَنِ اسْتَغْفَرَ وإنْ عَادَ في اليَوْم سَبْعِينَ مَرَّةً
Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda : “Tidaklah tetap berdosa orang yang beristighfar, meskipun dia kembali berbuat dosa 70 kali dalam sehari.”

وقال صلى الله عليه وسلم: مَنِ اسْتَغْفَرَ بَعْدَ الذُّنُوبِ غَفَرَ الله لَهُ فَهُوَ لَها كَفَّارَةٌ
Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda : “Barangsiapa beristighfar setelah berbuat dosa, maka Allah mengampuniya karena istighfar sebagai penebus dosanya.”

وقال صلى الله عليه وسلم: إذا كَثُرَ عَلى أَحَدِكُمْ الذُّنُوب فَلْيَطْلُبِ المَغْفِرَةَ بالاسْتِغْفَارِ
Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda : “Ketika salah seorang dari kalian banyak berdosa maka mintalah ampunan dengan istighfar.”

وقال صلى الله عليه وسلم: إذَا كَثُرَتْ ذُنُوبُ أَحَدِكُمْ فَلْيَسْتَغْفِر الله
Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda : “Ketika dosa salah seorang dari kalian banyak maka mintalah ampunan kepada Allah.

وقال صلى الله عليه وسلم: الاسْتِغْفَارُ يَأكُلُ الذُّنُوبَ كَمَا تَأْكُلُ النَّارُ الحَطَبَ اليابِسَ
Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda : “Istighfar membakar dosa-dosa bagaikan api membakar kayu bakar yang kering.”

وقال صلى الله عليه وسلم: كَثْرَةُ الاسْتِغْفَارِ تَجْلُبُ الرِّزْقَ
Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda : “Memperbanyak istighfar bisa menarik rizki.”

وقال صلى الله عليه وسلم: أكْثِرُوا مِنَ الاسْتِغْفَارِ، فَمَنْ أَكْثَرَ مِنْهُ جَعَلَ الله لَهُ مِنْ كُلِّ غَمٍّ وَهَمٍّ فَرَجا وَرَزَقَهُ من حَيْثُ لاَ يَحْتَسِبُ
Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda : “Perbanyaklah beristighfar karena barangsiapa yang memperbanyak istighfar maka Allah akan menjadikan jalan keluar dari setiap kesedihan dan kesusahan dan memberikan rizki dari jalan yang tidak disangka-sangka.


Thursday, January 26, 2023

Tiga Harta Yang Paling Berharga di Dunia Ini


عَنْ ثَوْبَانَ رضي الله عنه، قَالَ:
لَمـَّا نَزَلَتْ: ((وَالَّذِينَ يَكْنِزُونَ الذَّهَبَ وَالْفِضَّةَ..)) قَالَ: كُنَّا مَعَ النَّبِيِّ صلى الله عليه وآله وسلم فِي بَعْضِ أَسْفَارِهِ، فَقَالَ بَعْضُ أَصْحَابِهِ: أُنْزِلَ فِي الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ مَا أُنْزِلَ، لَوْ عَلِمْنَا أَيُّ الْمـَالِ خَيْرٌ فَنَتَّخِذَهُ، فَقَالَ صلى الله عليه وآله وسلم: (( أَفْضَلُهُ لِسَانٌ ذَاكِرٌ، وَقَلْبٌ شَاكِرٌ، وَزَوْجَةٌ مُؤْمِنَةٌ تُعِينُهُ عَلَى إِيمَانِهِ ))


Daripada Thawbān رضي الله عنه, beliau berkata :

Tatkala turunnya ayat (al-Tawbah:34) :

“... Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, [maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya,” kami sedang berada bersama Baginda Nabi صلى الله عليه وآله وسلم di dalam permusafiran Baginda صلى الله عليه وآله وسلم].

Maka sebahagian daripada sahabat Baginda صلى الله عليه وآله وسلم berkata :

“Telah diturunkan ayat berkenaan emas dan perak sepertimana yang telah diwahyukan [dengan ancaman azab bagi mereka yang tidak membayar zakatnya]. Alangkah baiknya jika kami tahu apakah harta yang paling baik untuk kami memilikinya."

Baginda صلى الله عليه وآله وسلم bersabda :

“Harta yang paling baik ialah :

1. Lidah yang berzikir.
2. Hati yang bersyukur.
3. Isteri beriman yang membantu keimanannya.”


T: (al-Tirmidhī (279H): al-Jāmiʿ al-Kabīr (Sunan al-Tirmidhī)), No. 3094 [Lafaz di atas] dan beliau berkata: (هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ); (Ibn Mājah (273H): Sunan Ibn Mājah), No. 1856; (Aḥmad (241H): al-Musnad), No. 21886 & 21930; (al-Rūyānī (307H): Musnad al- Rūyānī), No. 620 & 623 dan lain-lain. [Status: Ṣaḥīḥ atau Hasan]

Dalam riwayat Ibnu Mājah, lafaznya berbunyi :

لِيَتَّخِذْ أَحَدُكُمْ قَلْبًا شَاكِرًا، وَلِسَانًا ذَاكِرًا، وَزَوْجَةً مُؤْمِنَةً تُعِينُ أَحَدَكُمْ عَلَى أَمْرِ الْآخِرَةِ

“Hendaklah setiap seorang daripada kamu [berusaha] untuk memiliki :

1. Hati yang bersyukur.
2. Lidah yang berzikir.
3. Isteri beriman yang membantu urusan akhirat[nya].”



Sunday, January 5, 2020

Belajar Kerana Habuan Dunia


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ تَعَلَّمَ عِلْمًا مِمَّا يُبْتَغَى بِهِ وَجْهُ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ لَا يَتَعَلَّمُهُ إِلَّا لِيُصِيبَ بِهِ عَرَضًا مِنْ الدُّنْيَا لَمْ يَجِدْ عَرْفَ الْجَنَّةِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يَعْنِي رِيحَهَا

Daripada Abu Hurairah رضى الله عنه ia berkata, "Rasulullah ﷺ bersabda : 
"Barangsiapa mempelajari suatu ilmu yang seharusnya kerana Allah Azza Wa Jalla, namun ia tidak mempelajarinya kecuali untuk mendapatkan habuan dari dunia, maka dia tidak akan mendapat bau Syurga pada Hari Kiamat." (HR Abu Daud No: 3179) Status: Hadis Sahih.

Pengajaran :

1. Belajar merupakan suatu tuntutan setiap Muslim.

2. Mempelajari ilmu mesti bermatlamat mencari keredaan Allah.

3. Orang yang belajar semata-mata untuk tujuan dunia seperti hanya untuk keperluan pangkat dan kedudukan, dia tidak akan memasuki Syurga.

*Ikhlaskan niat belajar untuk mencari keredaan Allah.*


Saturday, January 4, 2020

Jauhi Dosa Besar


عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي بَكْرَةَ عَنْ أَبِيهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَلَا أُنَبِّئُكُمْ بِأَكْبَرِ الْكَبَائِرِ قُلْنَا بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ الْإِشْرَاكُ بِاللَّهِ وَعُقُوقُ الْوَالِدَيْنِ وَكَانَ مُتَّكِئًا فَجَلَسَ فَقَالَ أَلَا وَقَوْلُ الزُّورِ وَشَهَادَةُ الزُّورِ أَلَا وَقَوْلُ الزُّورِ وَشَهَادَةُ الزُّورِ فَمَا زَالَ يَقُولُهَا حَتَّى قُلْتُ لَا يَسْكُتُ

Daripada Abdurrahman bin Abu Bakrah dari Ayahnya رضى الله عنه dia berkata; Rasulullah ﷺ bersabda: "Mahukah kalian aku beritahu sesuatu yang termasuk dosa besar? Kami menjawab; "Tentu wahai Rasulullah." Baginda 
 bersabda: "Menyekutukan Allah dan mendurhakai kedua orang tua." Ketika itu Baginda tengah bersandar, kemudian duduk lalu melanjutkan sabdanya: "Perkataan dusta dan kesaksian palsu, perkataan dusta dan kesaksian palsu." Baginda terus saja mengulanginya hingga aku mengira Baginda tidak akan berhenti." (HR Bukhari No: 5519) Hadis Sahih.


Pengajaran:

1. Menjadi kewajipan setiap Muslim menjauhi segala perkara dosa besar

2. Antara perkara yang termasuk dosa besar ialah:

a. Melakukan syirik

b. Mendurhakai kedua orang tua

c. Berdusta atau bercakap bohong

d. Menjadi saksi palsu


*Marilah kita berusaha menjauhi segala dosa besar.*


Berbakti Kepada Ibubapa


عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ سَمِعَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ الْوَالِدُ أَوْسَطُ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ فَأَضِعْ ذَلِكَ الْبَابَ أَوْ احْفَظْهُ

Daripada Abu Ad Darda رضى الله عنه dia mendengar Nabi ﷺ bersabda: "Orang tua ibarat penengah pintu-pintu syurga, oleh kerana itu letakkanlah ia atau jagalah ia baik-baik." (Sunan Ibnu Majah No: 3653) Hadith Sahih.


Pengajaran:

1. Ibu bapa ibarat pintu syurga bagi setiap anak.

2. Menjadi kewajipan kepada anak-anak untuk berbuat baik dan berbakti kepada ibu bapa nescaya Allah akan memberikan ganjaran syurga.

3. Al-Qadhi Baidhawi رحمة الله تعالى : Cara terbaik untuk masuk syurga, dan cara mendapatkan darjat yang tinggi di syurga adalah dengan mentaati orang tua dan berusaha mengasihi dan berbakti padanya. Ada juga ulama yang mengatakan, ‘Di syurga ada banyak pintu. Yang paling selesa untuk dimasuki adalah yang paling tengah. Untuk membolehkan masuk ke syurga melalui pintu tengah itu adalah dengan berbakti kepada orang tua.’ (Tuhfatul Ahwadzi, 6/21).

4. Anak-anak yang tidak berbakti dan berbuat baik kepada orang tua, akan terlepas peluang ke syurga.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَغِمَ أَنْفُهُ ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُهُ ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُهُ قِيلَ مَنْ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ مَنْ أَدْرَكَ وَالِدَيْهِ عِنْدَ الْكِبَرِ أَحَدَهُمَا أَوْ كِلَيْهِمَا ثُمَّ لَمْ يَدْخُلْ الْجَنَّةَ

Daripada Abu Hurairah 
رضى الله عنه dia berkata; Nabi  bersabda: "Dia celaka! Dia celaka! Dia celaka!" lalu Baginda  ditanya; "Siapakah yang celaka, ya Rasulullah?" Jawab Nabi : "Barangsiapa yang mendapati kedua orang tuanya (dalam usia lanjut), atau salah satu dari keduanya, tetapi dia tidak berusaha masuk syurga (dengan berusaha berbakti kepadanya dengan sebaik-baiknya)." (HR Muslim No: 4628) Hadith Sahih.

Berbaktilah sebaik mungkin kepada kedua ibu bapa sama ada mereka masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia (dengan mendoakannya).


Sunday, December 1, 2019

ERTI KEBAIKAN DAN DOSA

Dari An-Nawwas bin Sim'an Al-Ansari رضي الله عنه dia berkata; "Aku pernah bertanya kepada Rasulullah ﷺ tentang erti kebajikan (kebaikan) dan dosa. Sabda Baginda Nabi ﷺ :

"Kebajikan (kebaikan) itu ialah budi pekerti yang baik. Sedangkan dosa ialah perbuatan atau tindakan yang menyesakkan (menggelisahkan) dada, dan engkau sendiri benci jika perbuatanmu itu diketahui orang lain."

[ Hadith riwayat Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad ]