*عَنْ عَبْدِ اللَّهِ ابنِ مسْعُودٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ كَانَ يَقُولُ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى*
Daripada 'Abdullah bin Mas’ud رضى الله عنه daripada Nabi صلى الله عليه وسلم bahwasanya Baginda pernah berdoa :
"Ya Allah... Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu petunjuk, ketaqwaan, al-iffah (terhindar daripada perbuatan yang tidak baik) dan al-ghina (kecukupan dan tidak meminta-minta)".
(HR Muslim)
(HR Muslim)
Keterangan :
1. Rasulullah صلى الله عليه وسلم mengajar kita berdoa agar dikurniakan petunjuk, memiliki sifat taqwa, dikurniakan sifat ‘afaf dan ghina.
2. Hidayah ialah petunjuk dan bimbingan daripada Allah Ta’ala. Tiada seorang pun yang mendapat hidayah melainkan hanya Allah saja yang memberikannya.
3. Setiap orang perlu meminta hidayah kepada Allah, agar dibimbing untuk mengukuhkan keimanannya, meningkatkan amal solehnya dan tutur bicaranya serta akhlak yang baik dalam menghadapi pelbagai masalah dunia dan akhirat.
4. Imam Nawawi رحمة الله تعالى dalam Syarah Shohih Muslim mengatakan :
"Afaf atau ‘iffah bermakna menjauhkan dan menahan diri dari perkara yang tidak diperbolehkan.
Sedangkan al ghina adalah hati yang selalu merasa cukup dan tidak perlu kepada apa yang ada di sisi manusia."
Sedangkan al ghina adalah hati yang selalu merasa cukup dan tidak perlu kepada apa yang ada di sisi manusia."
5. Jika seseorang yang menginginkan agar dirinya diberi hidayah untuk menjadi seorang Muslim yang baik, bertaqwa, dapat menjalani kehidupan ini dengan baik, selamat, hati yang damai dan terhindar daripada perbuatan yang buruk, maka mintalah hanya kepada Allah Ta’ala, bukan kepada yang lain.
6. Marilah kita mengamalkan doa ini :
*اللَّهُمَّ إنِّي أسْألُكَ الهُدَى والتُّقَى والعَفَافَ والغِنَى*
Artinya : "Ya Allah, sesungguhnya aku meminta pada-Mu petunjuk dan ketakwaan, serta diberikan sifat ‘afaf dan ghina."
Rasulullah صلى الله عليه وسلم mengajarkan kita agar meminta empat perkara dalam doa ini :
1. Al-Huda yaitu petunjuk dalam ilmu dan amal.
2. Al-Taqwa iaitu sentiasa berwaspada dan berhati-hati agar melaksanakan perintah Allah dan menjauhi larangan.
3. Al-Afaf atau ‘iffah iaitu agar dijauhkan dari perkara yang diharamkan seperti zina dan yang seumpamanya.
4. Al-Ghina iaitu dicukupkan oleh Allah dari apa yang ada di sisi manusia dengan sifat qona’ah, selalu merasa cukup ketika Allah memberinya harta sedikit atau pun banyak.
No comments:
Post a Comment