Ia (Huwa/Hu : هُوَ : Dia) adalah ḍamīr (kata ganti nama yang ghaib) yang merujuk kepada “Allāh” Yang Maha Agung. Ianya membawa makna bahawa; Allāh sentiasa hadir dan tidak pernah ghaib.
Telah berkata sebahagian ᶜUlamā’ bahawa: “Hū” (هُوَ) disisi Ahli Ẓāhir (Ahli Syariat) adalah Al-Mubtada’ (subjek) yang tidak mempunyai Al-Khabar (prediket) untuk membentuk sebuah ayat yang sempurna.
Manakala disisi Ahli Al-Qulūb (Ahli Rūḥānī/Ahli Ṭarīqah Ṣūfiyyah), ianya tidak memerlukan kepada Al-Khabar kerana Huwa (هُوَ) itu-lah Al-Mubtada’ dan Huwa (هُوَ) itu juga-lah Al-Khabar.
Yakni sebahagian daripada mereka (Salafī/Wahhabī) ada mengatakan bahawa jika kamu menyebut di dalam zikirmu: “Allāh..Allāh” : (الله..الله..) itu adalah hukumnya tidak boleh.
Maka aku menjawab kepada mereka; Mangapa tidak boleh? Mereka (Salafī Wahhabī) mengatakan bahawa: Kerana “Allāh” itu adalah satu kalimah yang tidak memberikan makna yang sempurna, dan wajib mendatangkan bagi kalimah itu Al-Khabar (prediket).
Zikir Huwa (هُوَ : Dia) disisi Ahli Ẓāhir memerlukan kepada Al-Khabar contohnya; “ ُهُوَ الله ” sepertimana yang terdapat di dalam ayat Al-Qurān yang banyak antaranya:
هُوَ اللهُ الَّذِي لَآإلٰهَ إِلَّا هُوَ
Ertinya: Dia-lah Allāh yang tidak ada tuhan melainkan Dia. (Sūrah Al-Ḥashr : Ayat 22)
Tetapi disisi Ahli Hakikat mereka berkata bahawa; Zikir Hu (هُوَ) itu tidak memerlukan kepada Al-Khabar, kerana Hu (هُوَ) itu-lah sendiri menjadi Al-Mubtada’ (subjek) dan Al-Khabar (prediket) dalam masa yang sama, kerana kalimah (Hū) itu terus merujuk kepada Allāh.
Terjemahan daripada kalam Asy-Syaikh Dr Mohammed Rateb Al-Nabulsi (Born : Syria 1939)
Kesimpulannya; Zikir “Hū” dan zikir “Allāh” adalah benar dan diterima disisi Para ᶜUlamā’ Ahlus-Sunnah Wal-Jamāᶜah Al-Asy-ᶜAriyyah Al-Māturidiyyah.
Kredit : Ustaz Raja Mahadi Raja Ahmad
No comments:
Post a Comment