Wednesday, October 23, 2024

Tajarrud dan Zuhud

Zuhud iaitu hidupnya soleh dan tidak dikuasai oleh kemahuan dunia.

Tajarrud iaitu mengosongkan hati dari mencintai dunia.

Kita wajib bertajarrud dan berzuhud kerana dua perkara :

1. Supaya ibadat kita mantap, lurus dan banyak. Sebab gemar kepada dunia itu menyebabkan hidup kita SIBUK ZAHIR dan BATIN.

- Zahir sentiasa sibuk siang malam menuntut habuan dunia.
- Batin akan memendam keinginan terhadap dunia hinggakan menjadi tajuk percakapan hati.

(Kedua-duanya ini akan menghalang kita beribadat kerana sesungguhnya diri kita ini satu dan hati pun satu juga).

Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم : 

"Sesiapa yang mencintai dunia, nescaya memudaratkan akhiratnya. Sesiapa yang mencintai akhiratnya, nescaya memudaratkan dunianya, maka hendaklah kamu utamakan yang kekal daripada yang fana'."

2. Supaya akan memperbanyakkan nilai amalan kita serta memperbesarkan kadar kemuliannya.

- Kerana seorang 'alim lagi zuhud hatinya terlebih baik dan terlebih kasih akan Allah سبحانه وتعالی daripada ibadat orang yang tanpa ilmu dan zuhud. Meskipun mereka beribadat selama-lamanya.


DI ANTARA KELEBIHAN BERZUHUR DAN TAJARRUD :

1. Maka apabila kita berzuhud dan bertajarrud nescaya akan mudah bagi kita beribadat dan bahkan anggota-anggota kita akan menolong kita untuk beribadat.

2. Telah berkata Sayyidina Salman al Farisi رضى الله عنه : 

"Sesungguhnya seseorang hamba apabila ia zuhud pada dunia, nescaya hatinya bersinar dengan hikmah dan anggota-anggotanya akan menolong untuk kuat beribadat."

[ Kitab Minhajul Abidin
Imam al Ghazali رحمة الله تعالى ]

No comments:

Post a Comment