Tuesday, August 31, 2021
RENUNGAN BUAT DIRI
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ ، الحَمْدُلِلّٰهِ رَبِّ اْلعٰالَمِيْنَ ، اللَّهُمَ صَل ِعَلَى سَيدِنـَا مُحَمَّدٍ الفاتـِح ِلِمَا أُغلِقَ وَالخاتمِ لِمَا سبقَ نَاصِرِالْحَقِ بِالْحَق ِوَالهـَادِي إلىَ صِراطِكَ المُسْتَـَقـِيم وَعَلىَ آلِه حَقَّ قـَدْرِه وَمِقـْدَارِهِ العـَظـِيم
Terkadang sebahagian orang menilaimu sebagai orang yang bertaqwa, sementara ada sebahagian lain menilaimu sebagai orang jahat.
Terkadang sebahagian orang menilaimu sebagai orang yang berakhlak mulia, sementara ada sebahagian lain menilaimu sebagai orang yang tak bermoral.
Akan tetapi apapun penilaian orang lain terhadapmu, engkau lebih mengetahui dirimu daripada orang lain.
Satu-satunya rahsia yang tak diketahui oleh seorangpun kecuali dirimu adalah :
*RAHSIA HUBUNGANMU DENGAN ROBBMU*
Maka jangan kau tertipu dengan para pemujamu dan jangan kecewa atau putus asa atau marah pada orang yang berbuat jahat atau menghinamu.
Allah Ta'ala berfirman :
بَلِ ٱلۡإِنسَٰنُ عَلَىٰ نَفۡسِهِۦ بَصِيرَةٞ
Bahkan manusia menjadi saksi atas dirinya sendiri,
-Surat Al-Qiyamah, Ayat 14
Di antara perkara yang paling berbahaya dalam kehidupan adalah antara ta'at dan maksiat, kerana engkau tidak tahu mana di antara keduanya yang akan menjadi akhir hayatmu.
Lakukanlah perbuatan ta'at dengan ikhlas bukan hanya untuk menyelamatkan diri, jagalah perbuatan sunnah untuk mendekatkan diri pada Allah Ta'ala bukan untuk mencari kemuliaan.
Demi Allah, engkau sangat memerlukan perbuatan ta'at sementara Robb-mu tidak memerlukannya.
Jangan terlalu fokus untuk mencari kecintaan manusia, kerana hati manusia selalu berbolak-balik, terkadang hari ini ia mencintaimu boleh jadi besok hari ia justeru membencimu.
Jadikanlah fokusmu bagaimana agar Allah Ta'ala mencintaimu? Kerana jika Allah Ta'ala mencintaimu, IA akan menjadikan hati manusia mencintaimu.
Perkara haram tetaplah haram meskipun semua orang melakukannya.
Jangan pernah mengalah dari prinsipmu. Biarkan mereka berbicara tentang dirirmu, jangan pernah berubah dari prinsipmu.
Kerana di akhirat kelak engkau akan di perhitungkan dan mempertanggung jawabkan semua perbuatanmu sendirian...
Oleh kerana itu istiqomahlah dalam berbuat baik sebagaimana yang telah diperintahkan bukan menurut keinginanmu...
Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan dan bimbingan Allah Ta'ala, selalu mawas diri, diberi istiqomah dalam berbuat ta'at dan memberi manfa'at sampai mati dalam keadaan husnul khotimah. Aaamiiin...
Monday, April 19, 2021
TAQWA
Asy-Syeikh Al-Arifbiilah Dhiyauddin Ahmad bin Musthafa Al-Kamashanawi Al-Naqsyabandi قدس الله سره berkata
"Taqwa terbagi tiga tingkatan :
1. Taqwanya orang awam dengan lisan, yaitu lebih mendahulukan menyebut Allah daripada menyebut makhluk.
2. Taqwanya orang khawas, dengan anggota tubuh, yaitu lebih mendahulukan melayani Allah daripada melayani makhluk.
3. Taqwanya orang khawasul khawas, dengan hati, yaitu lebih mendahulukan cinta kepada Allah daripada cinta kepada makhluk."
[ Kitab: Jami' A-Ushul fi Al-Auliya
Dar Al-Kutob Al-ilmiyah Beirut hal 96 ]
Dar Al-Kutob Al-ilmiyah Beirut hal 96 ]
Wednesday, February 17, 2021
ZIKIRULLAH MENGGAPAI MA'RIFATULLAH
Kita, sama ada mengetahui atau tidak, mempercayai atau tidak, menyedari atau tidak, sentiasa berhubungan dengan Allah سبحانه وتعالی dengan erti, kita sentiasa tertakluk dengan sifat-sifat ketuhananNya yang Maha Sempurna seperti Qudrat, Iradat, Ilmu dan sebagainya.
Tiada satu makhluk pun, sama ada kecil atau besar, nyata atau tersembunyi, yang terlepas dari taklukan sifat-sifatNya. Hakikat inilah yang perlu diketahui, difahami, diyakini dan disedari oleh setiap mukmin.
Mengetahui, memahami, meyakini, menyedari dan merasai hakikat-hakikat ketuhanan inilah yang dinamakan ma'rifat. Abah (Syeikh Ahmad Sohibul Wafa Tajul Ariffin) menjelaskan, menurut kadar ma'rifat terhadap hakikat-hakikat ketuhanan inilah yang menjadi ukuran tahap hubungan manusia dengan Tuhannya, sama ada dekat atau jauh, bukannya hubungan diri makhluk dengan Dzat Tuhan, kerana Allah سبحانه وتعالی itu bersifat "mukhalafah" (bersalahan/tidak menyerupai segala yang baharu).
Menurut Abah, hubungan itu merupakan hubungan iman (kepercayaan), yaqin (keyakinan), mahabbah (kasih/kecintaan), pergantungan hati, kecenderungan hati, kehadiran/ingatan hati, mencari keredhaanNya, mengutamakanNya dari yang lain, dsb.
Ma'rifat inilah yang perlu diusahakan untuk dicapai menerusi pengamalan zikir jahr dan khafi.
[ Ustaz Prof Madya Dr Abdul Manam Mohamad ]

DOA MAKRIFAT DARI AL-IMAM ASY-SYEIKH IBNU ATHA’ILLAH AS-SAKANDARI قدس الله سره
“Ya Rabb, inilah kehinaanku yang nyata di depan-Mu dan inilah keadaanku yang tidak tersembunyi dari-Mu. Kepada-Mu aku memohon agar sampai kepada-Mu. Dengan-Mu aku mencari petunjuk tentang-Mu, maka berilah kepadaku petunjuk dengan cahaya-Mu untuk sampai kepada-Mu. Tegakkanlah aku dalam kesungguhan pengabdian di hadapan-Mu.
Ya Rabb, ajarkanlah kepadaku ilmu-Mu yang masih tersembunyi dalam perbendaharaan-Mu. Periharalah aku dengan rahasia nama-Mu yang tetap terpelihara.Ya Rabb, berilah kepadaku tingkat hakikat yang diraih orang-orang Muqarrabin (yang dekat kepada-Mu) dan jalankanlah aku di jalan orang-orang yang majdzub (yang ditarik kepada-Mu).
Ya Rabb, puaskanlah aku dengan aturan-Mu daripada aturanku sendiri. Puaskan aku dengan pilihan-Mu daripada dengan pilihanku sendiri. Dudukkanlah aku di tempat-tempat keperluanku yang sesungguhnya.
Ya Rabb, keluarkanlah aku dari kerendahan diriku dan bersihkanlah aku dari keraguan dan syirik sebelum masuk ke lubang kuburku. Hanya kepada-Mu aku meminta bantuan, maka bantulah aku. Kepada-Mu aku berserah diri maka jangan beratkan bebanku. Hanya kurniaan-Mu yang kuharap, maka jangan Engkau menolaknya. Kepada-Mu aku mendekat, maka jangan Engkau menjauhkan aku. Di pintu-Mu aku berdiri, maka jangan Kau usir aku.”
[ Syeikh Ibnu Atha’illah dalam kitab Al-Hikam, dengan syarah oleh Syeikh Abdullah Asy-Syarqawi ]
MENJAGA HATI
"Menjaga hati sama pentingnya dengan menjaga lisan. Sebab seseorang jika hatinya baik, maka akan keluar dari lisannya perkataan baik. Lisan mencerminkan kebersihan hati seseorang."
[ Al-Habib Ali Zainal Abidin bin Abdurrahman Al-Jufri ]
SUNGGUH ALLAH MAHA PENYAYANG, PERBANYAKKANLAH BERTAUBAT
Al-Imam An-Nawawi رحمة الله تعالى berkata ;
"Seandainya dosa itu berulang seratus kali atau seribu kali, bahkan lebih, lantas pelakunya selalu bertaubat setiap kali melakukan dosa, niscaya akan diterima taubatnya. Akan gugur dosa-dosanya. Seandainya ia bertaubat dari semua dosanya dengan satu kali taubat saja setelah semua dosanya; tetap sah taubatnya."
[ Sumber: Syarh Shahih Muslim, Jilid 17, Hlm. 75 ]
LISAN
"Lisan adalah salah satu kurnia istimewa yang Allah berikan kepada manusia.
Meskipun kecil bentuknya, namun sangat besar peranannya.
Dengan lisan, seseorang dapat menyatakan keimanannya.
Namun, dengan lisan pula, seseorang dapat ingkar kepada Allah.
Melalui lisan, seseorang dapat menyeru kepada Allah, dan melalui lisan juga, seseorang boleh menyeru kepada syaitan.
Dengan lisan pula seseorang dapat masuk syurga, dengan lisan pula seseorang dapat terjerumus ke dalam neraka."

[ Al Habib Umar Bin Hafidz ]
Subscribe to:
Posts (Atom)