Tuesday, January 17, 2023

JIWA MANUSIA IBARAT CERMIN

"Jiwa manusia itu ibarat cermin yang memantulkan bayangannya. Kebaikan akan membuat jiwa itu bercahaya, sedangkan keburukan akan membuatnya gelap."

[ Hujjatul Islam Al-Imam Al-Ghazali رحمة الله تعالى ]


DICABUT KEBERKAHAN

"Orang orang zaman sekarang, tatkala mereka saling berselisih, saling mendengki, saling membenci satu sama lain, maka musibah dan cobaan akan menimpa mereka, dan akan dicabut keberkahan dari mereka."

[ Al Habib Al Imam Al Quthb Abubakar Bin Muhammad As Seggaf رضى الله عنه ]

Dari kitab Da'wah Ila Kulli Syar'in Waf Bi Lisan Ibnil Asyraf (Majmu' Kalam Al Habib Al Imam Al Quthb Abubakar Bin Muhammad As Seggaf R.a), Karya & Kumpulan : Al Habib Muhammad Bin Hud As Seggaf R.a, Halaman : 107.


Monday, January 16, 2023

SHALAT ITU MUNAJAT DAN PEMBERSIHAN KALBU


الصلاة محل المناجاة ومعدن المصافات تتسع فيها ميادين الاسرار وتشرق فيها شوارق الانوار

"Shalat adalah tempat munajat dan wahana pembersihan kalbu. Di dalamnya hamparan rahasia begitu luas dan kilauan cahaya bersinar." 

- Syeikh Ibnu Atha'illah As-Sakandari, Al-Hikam.

Menurut Syeikh Abdullah Asy-Syarqawi, munajat berarti keintiman dan percakapan lembut seorang hamba dengan Tuhannya. Shalat adalah media munajat bagi seorang hamba kepada Allah. Dengan munajat itu, Allah menampakkan sifat-sifat-Nya yang indah sebagai rahmat-Nya kepada para hamba dan seluruh alam semesta.

Dengan munajat tersebut Dia memasukkan ke dalam batin seorang hamba ilmu-ilmu laduni dan rahasia-rahasia pengetahuan. Shalat juga menjadi sarana komunikasi dan pertemuan, serta waktu melepas rindu seorang hamba kepada Tuhannya. Melalui shalat, seorang hamba menghadap Allah dengan segenap jiwa dan raga, mendatangi-Nya secara lahir dan batin sehingga dalam relung batinnya tak ada yang tersimpan sesuatu pun selain selain Dia.

Dengan shalat, Allah membersihkan hamba-Nya, yakni dengan memberinya kemampuan syuhud (penyaksian) dan mencurahkan karunia dan kebaikan-Nya. Inilah pembersihan yang paling tinggi. Semakin seseorang mendekati-Nya, maka Allah pun akan semakin lebih mendekatinya lagi. Di dalam shalat, ruang hati menjadi luas sehingga bisa menerima rahasia-rahasia yang berlimpah.

Seorang yang melakukan shalat akan diterangi dengan cahaya yang bersinar terang. Jika cahaya menyinari hati, maka hati itu akan menjadi lapang dan terbuka menerima berbagai ilmu dan makrifat. Itulah buah dari munajat dan pembersihan jiwa dalam shalat.

[ Syeikh Ibnu Atha'illah As-Sakandari, Al-Hikam, syarah Syeikh Abdullah Asy-Syarqawi ]


Saturday, November 12, 2022

JAUHI PERDEBATAN

Seorang yang gemar berdebat, biasanya kurang dalam beramal. Sebaliknya, seorang yang gemar beramal, biasanya tidak suka berdebat. Salah satu tanda kebaikan seorang hamba, manakala Allah membukakan pintu amal dan menutup pintu perdebatan baginya.

Syeikh Ma'ruf Al-Karkhi رحمة الله تعالى berkata :

إذا أراد الله بعبد شرًّا، أغلق عنه باب العمل، وفتح عليه باب الجَدَل.

"Apabila Allah menghendaki kejelekan kepada seorang hamba, maka Dia (Allah) akan menutup pintu amal dan membuka pintu perdebatan baginya."

[ Nuzhatul Fudhala : 2/714 ]

Berkata Imam Ghazali رحمة الله تعالى,

"Maka sesiapa yang selalu bergaul dengan ulama Su' ini pasti dia akan menjadi orang yang suka bertengkar dan suka berdebat dan susahlah dia untuk berdiam kerana ulama Su' telah mengatakan bahawa bertengkar itu adalah satu perbuatan yang terpuji dan kemampuan mengemukakan hujah-hujah dalam perbincangan itu satu perkara yang sangat baik.

Maka hendaklah engkau lari daripada ulama Su' seperti engkau lari daripada harimau dan ketahuilah bahawa pertengkaran itu adalah salah satu di antara sebab yang menurunkan kemurkaan Allah Ta'ala dan kemarahan manusia."

[ Kitab Bidayatul Hidayah Karangan Imam Ghazali رحمة الله تعالى]


AHLI MAKRIFAT

Berkata Al-Habib Umar bin Hafidz :

Ahli makrifat memahamkan kepada kita bahawa seseorang yang meningkat tinggi dalam perjalanan menuju Allah hendaklah tidak terlalu agresif untuk memaksa dirinya dalam pertarungan hawa nafsunya, bahkan hendaklah secara bijak mengendalikan hawa nafsu tersebut, jika tidak, hatinya berkemungkinan menjadi buta (bosan dan muak) kerana kejutan tersebut.

Seandainya ada perkara yang boleh merehatkan nafsu tersebut dari keletihan bermujahadah melawan nafsu, maka perkara tersebut diperbolehkan selagi mana ianya tidak haram di sisi syariat. Hal demikian dilakukan adalah bagi memberi ruang kepada hatinya untuk menguatkan perasaan kehadiran dengan Allah (hudhur) dan perasaan kebersamaanNya (mai'yyah).

Meskipun begitu, untuk orang yang baru saja bermula perjalanan rohaninya (al-mubtadi) hendaklah dia memiliki azam yang jitu dan semangat yang tinggi dalam menekan hawa nafsunya. Kerana tanpa semangat yang kuat dalam melawan hawa nafsunya, maka dia akan terperdaya dan terbuai dengan godaan hawa nafsunya untuk memuaskannya dari satu perkara yang kecil kepada perkara yang lebih buruk.

Lalu jika seseorang memiliki pembimbing rohani, maka panduan dalam menambahkan amalan-amalan dengan lebih banyak adalah berdasarkan bimbingan guru tersebut agar pengembara menuju Allah meniti fasa demi fasa, peringkat demi peringkat dalam keterbukaan mata hatinya (basirah) dan tersingkapnya hijab-hijab hati (raf'ul hujub).


Tuesday, June 28, 2022

BASAHI LIDAH DENGAN ISTIGHFAR

Tidak perlu menunggu banyak dosa baru beristighfar, tapi beristighfarlah selalu kerana pada dasarnya kita sudah terlalu banyak dosa dengan sering melupakan dan meninggalkan Diri-Nya.

Berapa banyak maksiat yang kita lakukan dalam sehari? Yang kadang kita tidak menyedari atau berpura-pura tidak menyedari kemaksiatan yang sudah kita kerjakan. Selalulah memohon ampunan kepada Dzat yang Maha Pengampun yaitu Allah سبحانه وتعالی .

[ Habib Hud Al-Atas ]


Wednesday, March 9, 2022

TANDA CINTA YANG TULUS

Berkata Uwais al-Qarni رضى الله عنه

الدُّعَاءُ بِظَهْرِ الْغَيْبِ أَفْضَلُ مِنَ الزِّيَارَةِ وَاللِّقَاءِ، أَيْ لِأَنَّ الرِّيَاءَ قَدْ يَدْخُلُهُمَا

Mendoakan saudara, kerabat, teman, secara diam-diam (tanpa sepengetahuannya), itu lebih utama dari mengunjunginya atau menemuinya. Sebab bisa saja hal itu (berkunjung dan menemuinya) dirusak oleh riya'.