1. Rasullullah صلى الله عليه وسلم bersabda :
( خيركم من تعلم القرآن وعلمه )
صحيح البخاري 5027
"Sebaik-baik kalian adalah orang yang mempelajari Al Qur'an dan mengajarkannya."
(HR. Bukhari 5027 )
2. Rasullullah صلى الله عليه وسلم bersabda :
( خياركم أحاسنكم أخلاقا )
صحيح البخاري 6035
"Sebaik-baik kalian adalah orang yang paling baik akhlaknya."
(HR. Bukhari 6035)
3. Rasullullah صلى الله عليه وسلم bersabda :
( خيركم أحسنكم قضاء )
أي عند رد القرض .
صحيح البخاري رقم 2305
"Sebaik-baik kalian adalah orang yang paling baik dalam membayar (mengembalikan hutang)."
(HR. Bukhari 2305)
4. Rasullullah صلى الله عليه وسلم bersabda :
( خيركم من يُرجى خيره ويُؤمٓن شره )
صحيح الترمذي / 2263
"Sebaik-baik kalian adalah orang yang paling boleh diharapkan kebaikannya dan aman dari keburukannya."
(HR. Tirmidzi 2263)
5. Rasullullah صلى الله عليه وسلم bersabda :
( خيركم خيركم لأهله )
صحيح ابن حبان / 4177
"Sebaik-baik kalian adalah orang yang paling baik terhadap ahli keluarganya."
(HR. Ibnu Hibban : 4177)
6. Rasullullah صلى الله عليه وسلم bersabda :
( خيركم من أطعم الطعام وردَّ السلام )
صحيح الجامع / 3318
"Sebaik-baik kalian adalah orang yang memberi makan (kepada orang lain) dan menjawab salam."
(Shahih Al Jami' 3318)
7. Rasullullah صلى الله عليه وسلم bersabda :
( خياركم ألينُكم مناكب في الصلاة )
الترغيب والترهيب 234/1
أي: يفسح لمن يدخل الصف في الصلاة .
"Sebaik-baik kalian adalah orang yang paling baik dalam meluaskan tempat (bagi orang masuk dalam saf) dalam solat."
(Targhib wa Tarhib 1/234)
8. Rasullullah صلى الله عليه وسلم bersabda :
( خير الناس من طال عمره وحسن عمله )
صحيح الجامع 3297
"Sebaik-baik manusia adalah orang yang panjang umurnya dan baik amal perbuatannya."
(Shahih al Jami' 3297)
9. Rasullullah صلى الله عليه وسلم bersabda :
( خير الناس أنفعهم للناس )
صحيح الجامع 3289
"Sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi orang lain."
(Shahih al Jami' 3289)
10. Rasullullah صلى الله عليه وسلم bersabda :
( خير الأصحاب عند الله خيركم لصاحبه، وخير الجيران عند الله خيركم لجاره )
صحيح الأدب المفرد/84
"Sebaik-baik sahabat di sisi Allah adalah orang yang paling baik terhadap sahabatnya. Sebaik-baik tetangga di sisi Allah adalah orang yang paling baik terhadap tetangganya."
(Shahih Adabul Mufrod : 84)
11. Rasullullah صلى الله عليه وسلم bersabda :
( *خير النَّاس ذو القلب المَخْمُوم واللِّسان الصَّادق* ) قالوا : صدوق اللسان نعرفه ، فما مخموم القلب ؟ قال :
( *هو النقي ، التقي ، لا إثم عليه ، ولا بغي ، ولا غل ، ولا حسد* ) .
صحيح الجامع / 3291
"Sebaik-baik manusia adalah orang yang memiliki hati yang makhmum dan lisan yang jujur."
Para sahabat bertanya : "Lisan yang jujur kami faham, maka apa yang dimaksud dengan hati yang makhmum?"
Baginda صلى الله عليه وسلم bersabda : "Orang yang memiliki hati bersih dan bertakwa, tidak ada dosa, tidak berbuat zalim, serta tidak ada kebencian dan hasad."
(Shahih al Jami' 3201)
جعلني الله واياكم من خير الناس
Semoga Allah Ta'ala menjadikan kita semua sebagai orang yang terbaik... Aamiin.
Nafsu adalah ibarat kuda liar, sukar dikawal, merbahaya dan boleh memudaratkan.
Walau bagaimanapun dengan latihan yang betul, ia boleh dijinakkan, dikawal dan memberi banyak manfaat.
Seorang cendekiawan Islam berkata,
"Beruntunglah orang yang menjadikan akalnya sebagai pemimpin dan nafsu sebagai tawanan dan celakalah orang yang menjadikan nafsunya sebagai pemimpin dan akalnya sebagai tawanan."
Imam Al-Ghazali رحمة الله تعالى mengatakan,
"Kalau nafsu menguasai akal maka hina manusia itu lebih daripada haiwan dan kalau akal menguasai nafsu maka mulia manusia itu lebih daripada Malaikat."
Imam Al-Ghazali رحمة الله تعالى juga mengatakan,
"Antara tanda kecintaan hamba kepada Allah ialah dia mengutamakan perkara yang disukai Allah daripada kehendak nafsu serta peribadi, sama ada dalam aspek zahir atau batin."
Di dalam kitab "Al-Asas fit Tafsir", Said Hawa pernah berkata,
"Secara dasarnya melawan hawa nafsu bermaksud menundukkan hawa nafsu supaya ia mengikut kehendak Allah dalam setiap perkara."
Imam Ahmad bin Hanbal رحمة الله تعالى (wafat 241 H) adalah seorang fuqaha yang tidak asing lagi bagi kita. Pada mulanya beliau tidak menyukai ahli-ahli tasawwuf dan selalu menasihati anak lelakinya yang bernama Abdullah supaya menjauhkan diri dari ahli tasawuf.
Salah seorang ahli tasawwuf yang sangat tak disenangi oleh beliau ialah Syeikh Syubbán al-Rá'ie رحمة الله تعالى (guru Imam Syafie رحمة الله تعالى dalam bidang tasawwuf). Imam Ahmad bin Hanbal menyangka bahawa Syeikh Syubban al-Ra'ie itu seorang yang jahil yang bercakap dengan istilah-istilah tasawwuf yang payah difahami yang direka-reka sahaja.
Pada suatu hari Imam Ahmad bin Hanbal bertanya satu soalan sukar dijawab kepada Syeikh Syubban al Ra'ie. Disangkakan Syeikh Syubban al Ra'ie tidak akan dapat memberikan jawapannya. Soalan itu ialah mengenai seorang yang telah meninggalkan satu solat dari solat fardu 5 waktu tetapi orang tersebut tidak tahu solat apakah yang dia tinggalkan itu, zohor atau asar atau subuh atau isyak atau maghrib? Bagaimanakah orang ini harus menyelesaikan masalahnya?
Syeikh Syubban al Ra'ie رحمة الله تعالى menjawab : "Orang itu ghaflah (lalai), maka wajiblah dia mendidik dirinya supaya ghaflah itu hilang." Mendengar jawapan itu Imam Ahmad jatuh pengsan. Selepas beliau sedar dari pengsan itu maka beliau segera memeluk Syeikh Syubban al Ra'ie. Peristiwa itu menginsafkan Imam Ahmad sehingga beliau segera belajar ilmu tasawwuf daripada Syeikh Abu Hamzah al Baghdadi رحمة الله تعالى, seorang ahli tasawwuf yang terkenal pada zaman itu.
Selepas Imam Ahmad bin Hanbal رحمة الله تعالى mempelajari tasawwuf maka nasihat-nasihat yang diberikan kepada anak lelakinya, Abdullah adalah berlainan dari yang pernah diberikan pada masa sebelumnya. Nasihat-nasihatnya sesudah beliau belajar dan mendampingi ahli-ahli tasawwuf. Antara nasihatnya itu :
"Hai anakku, wajiblah di atas engkau mendampingi ahli-ahli tasawwuf itu, kerana mereka itu boleh menambahkan banyaknya ilmu kita, menambahkan sifat takut kita kepada Allah, sifat kasih kita kepada Allah, taqwa kita dan keazaman kita (dalam bermujahadah di jalan Allah)."
[ Risalah al Qusyairiyyah : Syeikh Abu Qasim al Qusyairi رحمة الله تعالى ]
Telah datang seorang ahli sufi di hadapan rumah seorang lelaki. Ahli sufi itu terkejut apabila mendapati lelaki itu sedang memukul seekor kucing. Ahli sufi bertanya kepada lelaki tersebut, "Kenapa kamu pukul kucing yang lemah ini??"
Jawab lelaki tersebut, "Aku telah menjumpainya di sebuah lorong ketika ia dalam keadaan yang tersangat lemah dan kesejukan, kemudian aku mengambilnya dan memberinya makanan serta minuman. Aku pelihara sehingga ia benar-benar sehat, tetapi apabila sehat, ia membuang najis di merata tempat di rumahku."
Kemudian berkatalah ahli sufi, "Ini sebenarnya peringatan dan tamsilan antara kita dengan ALLAH.
DIA telah memelihara kita sejak dari kecil yang tersangat lemah dan dhaif, lalu ALLAH beri kita makan, pakaian dan segala-galanya tetapi setelah begitu banyak kebaikan dan nikmat ALLAH yang kita kecapi, kita durhaka kepada-NYA. Lihatlah betapa baiknya dan rahmatnya ALLAH, walaupun kita durhaka kepada-NYA, Dia masih belum menyiksa atau memukul kita dengan azab-NYA."
Kemudian beredarlah ahli sufi dan beristighfarlah lelaki tersebut kerana mengenangkan dosa-dosanya terhadap ALLAH. Jika ia lambat diperingatkan oleh ahli sufi itu, sudah tentu dipertanggungjawabkan atas kesalahannya di mahkamah ALLAH kelak kerana percubaan mendera kucingnya.
- Renunglah diri kita... berapa banyakkah kita sudah membuang "najis" di bumi-Nya ?...
Marilah kita sama-sama bermuhasabah dan menginsafi diri kita serta mensyukuri segala nikmat pemberian-NYA... Aamiin...
Seluruh ulama-ulama Ahlus-Sunnah Wal Jamaah berpendirian adalah WAJIB bagi setiap muslim mengamalkan tasawwuf. Tasawwuf adalah ilmu yang membicarakan tentang ahwal hati, segala penyakit-penyakit hati, sifat-sifat yang tercela dan sifat-sifat terpuji, sekalian syirik khafi serta menunjukkan jalan membaiki hati tersebut melalui zikrullah dan mujahadah. Seluruh Ilmu ini adalah bersumberkan Al-Qur'an dan Hadis Nabi صلى الله عليه وسلم .
Ilmu Tasawwuf yang wajib diamalkan ada diterangkan di dalam kitab-kitab ulama Ahlus-sunnah seperti Ihya Ulumuddin, Minhajul Abidin, I'anatut-Talibin, Sirrus-Salikin dan Hidayatus-Salikin.
Berkata Imam Ghazali رضي الله عه :
"Bermula ilmu tentang qalbu dan mengenal penyakitnya berupa iri hati, riya' dan semisalnya adalah fardhu 'ain."
Seseorang muslim tidak akan dapat menjadikan dirinya sebagai hamba Allah dengan hanya mengamalkan ilmu fiqh semata-mata. Malah wajib baginya menghimpunkan kedua-duanya; iaitu ilmu fiqh dan ilmu tasawwuf untuk kesejahteraan zahir dan batin. Seperti kata Imam Malik رضي الله عه :
"Sesiapa yang mengamalkan fiqh tanpa tasawwuf, maka dia fasiq. Sesiapa mengamalkan tasawwuf tanpa fiqh, maka dia zindiq. Mengimpun keduanya itulah yang haq."
Al-Imam Hasan Al-Basri رحمة الله تعالى mengatakan,
“ Sungguh, kami telah melihat beberapa kaum lebih memilih bagian mereka yang disegerakan (di dunia) daripada yang diakhirkan (di akhirat). Akhirnya, mereka menjadi hina, binasa, dan terkenal (keburukannya).”
[ Mawa’izh al-Imam al-Hasan al-Bashri, halaman 57-58 ]
Tatkala Khalifah Harun Ar-RasYid mendekati ajalnva, dia berkata kepada orang-orang yang ada di sekitarnya, “Bawalah aku ke kuburku, agar aku bisa melihatnya!”
Maka mereka pun membawanya. Ketika dia melihatnya dan menyaksikan ruangannya yang sempit, maka dia pun menangis tersedu-sedu dan membaca ayat :
“Hartaku sekali-kali tidak memberi manfaat kepadaku. Telah hilang kekuasaanku dari diriku.” (QS. Al-Haqqah:28-29)
Kemudian dia berkata, “Duhai Tuhan yang kerajaan-Nya tidak akan hilang, kasihanilah orang yang telah kehilangan kerajaannya.”
[ Shahih Washaya Ar-Rasul, 1/129 ]