Saturday, January 5, 2019

Kebenaran al-Asy`ariyyah Dan Al-Maturidiyyah Disokong Oleh Al-Quran Dan Hadith

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ مَن يَرْتَدَّ مِنكُمْ عَن دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللّهِ وَلاَ يَخَافُونَ لَوْمَةَ لآئِمٍ ذَلِكَ فَضْلُ اللّهِ يُؤْتِيهِ مَن يَشَاءُ وَاللّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ) المائدة :54

Mafhumnya : "Wahai orang-orang yang beriman, sesiapa yang murtad daripada agamanya (Islam) maka Allah akan mendatangkan satu kaum yang mana Allah mencintai mereka dan mereka mencintai Allah, yang bersikap lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan bersikap tegas terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah dan tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah kurniaan Allah diberikan kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas pemberiannya lagi Maha Mengetahui". ( Al-Maidah : 54 ).

Al-Hafiz Ibn `Asakir رحمة الله تعالى di dalam kitabnya (تبيين الكذب المفتري) dan al-Hakim رحمة الله تعالى dalam al-Mustadrak meriwayatkan bahawasanya tatkala turun ayat ini, Rasulullah صلى الله عليه وسلم mengisyaratkan kepada Abu Musa Al-Asy`ari رضى الله عنه dengan bersabda :

هم قوم هذا

Mafhumnya : "Mereka (yang dimaksudkan di dalam ayat tadi) adalah kaum ini". Berkata Imam al-Qusyairi رحمة الله تعالى :

"Pengikut Abu al-Hasan al-Asy`ari رحمة الله تعالى adalah termasuk kaumnya kerana setiap tempat yang disandarkan perkataan kaum oleh Nabi صلى الله عليه وسلم ia membawa maksud pengikut. Perkara ini disebut oleh Imam al-Qurtubiy رحمة الله تعالى di dalam kitab tafsirnya (rujuk kitab tersebut jilid 6 halaman 220).

Berkata al-Hafiz al-Baihaqi رحمة الله تعالى :

"Perkara ini adalah kerana wujudnya kelebihan yang mulia dan martabat yang tinggi bagi Imam Abu al-Hasan al-Asy`ari semoga Allah meredhainya. Dia adalah daripada kaum Abu Musa dan anak-anaknya dianugerahkan ilmu pengetahuan, diberikan kefahaman secara khusus di kalangan mereka dengan menguatkan sunnah, membasmi bid`ah dengan mengeluarkan hujah dan membantah penyelewengan. Perkara ini disebut oleh al-Hafiz Ibn `Asakir رحمة الله تعالى di dalam kitab (تبيين الكذب المفتري).

Imam Bukhari رضى الله عنه, seorang yang berstatus Amir al-Mukminin dalam bidang Hadith menyebutkan di dalam sahihnya pada bab (باب قدوم الأشعريين وأهل اليمن). Baginda صلى الله عليه وسلم bersabda kepada Abu Musa رضى الله عنه :
هم مني وأنا منهم
Mafhumnya : "Mereka sebahagian daripadaku, aku pula sebahagian daripada mereka".

Sultan yang tersohor, Sultan Shalahuddin Al-Ayyubi رحمة الله تعالى berakidah mengikut jalanan Imam Abu Al-Hasan Al-Asy`ari رحمة الله تعالى. Pada zamannya seorang 'alim bernama Al-Faqih Muhammad Ibn Hibatillah Al-Makki رحمة الله تعالى mengarang sebuah risalah yang berjudul "حدائق الفصول وجواهر الأصول" yang kemudian terkenal dengan nama "قصيدة atau عقيدة ابن المكي". Seterusnya beliau menghadiahkannya pada Sultan Yusuf Shalahuddin semoga Allah merahmatinya.

Sultan menerima baik kitab tersebut dan mengeluarkan titah perintah agar kitab tersebut diajarkan kepada semua lapisan masyarakat sehingga kepada anak-anak di sekolah-sekolah. Oleh kerana sikap titik beratnya kepada penyebaran ilmu akidah di dalam kitab ini, akhirnya akidah tersebut tersebar dan terkenal dengan nama lain iaitu al-'Aqidah as-Shalahiyah.

Sultan Shalahuddin adalah seorang yang 'alim ahli feqah yang bermazhab Syafi'iyah, beliau memiliki pengetahuan yang luas dalam ilmu hadith dan beliau juga menghadiri majlis-majlis para ulama hadith serta beliau juga meriwayatkan hadith daripada mereka. Selain itu beliau juga menghafal kitab at-Tanbih, sebuah kitab yang membicarakan ilmu feqah dalam Mazhab Syafi'i.

Kita alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana sejak turun-temurun kita sudah berpegang dengan akidah ini, akidah Rasulullah صلى الله عليه وسلم, akidah para sahabat, para tabi`en. Rasullulah صلى الله عليه وسلم pernah memuji akidah ini serta orang yang berpegang teguh dengannya sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Ahmad رحمة الله تعالى di dalam musnadnya dan juga al-Hakim رحمة الله تعالى dalam kitab Mustadraknya dengan sanadnya yang sahih :

لتفتحنّ القسطنطينية فلنعم الأمير أميرها ولنعم الجيش ذلك الجيش

Mafhumnya : "Kota Konstantinopel itu benar-benar akan dibuka yang mana sehebat-hebat pemimpin adalah pemimpin yang membuka kota tersebut dan sehebat-hebat tentera adalah tenteranya itu." Kota bersejarah tersebut telah dibuka oleh seorang pemimpin terkenal selepas 800 tahun lamanya. Namanya adalah Sultan Muhammad Al-Fatih. Di dalam akidah, beliau adalah sunni mengikut landasan imam agung Abu Manshur Al-Maturidy رحمة الله تعالى. Beliau amat mencintai golongan sufi sejati dan bertawassul dengan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم.


Komen ulamak tentang akidah al-Asya`irah dan Al-Maturidiyyah

Ketahuilah bahawa Imam Asy`ari رحمة الله تعالى tidak membawa pandangan baru yang berbeza dengan akidah Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم dan sahabat Baginda, ini telah dijelaskan oleh Imam Al-Hafiz Tajuddin As-Subki رحمة الله تعالى dalam kitab Thabaqotnya yang bermaksud :

"Ketahuilah bahawa Imam Abu Hasan Al-Asy'ari رحمة الله تعالى tidak mendatangkan pandangan yang baru (yang bercanggah dengan Islam) dan tidak pula beliau membuat mazhab yang baru (yang bercanggah dengan Islam) akan tetapi beliau datang mempersetujui atau memperakui mazhab salaf (sebenar yang bukan wahhabi), yang selari dengan akidah para sahabat Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Disandarkan akidah tersebut kepada nama beliau kerana beliau telah mendatangkan penyusunan hujah yang cukup hebat bagi mempertahankan akidah yang sebenar."

Sheikh `Izzuddin bin Abdus Salam رحمة الله تعالى berkata dalam karangan akidah beliau :

"Dan akidah Asy`ari semoga Allah meredhainya merangkumi apa yang ditunjukkan ke atas 99 nama-nama Allah".


Manakala menurut Ketua para Qadhi Tajuddin As-Subki رحمة الله تعالى :

"Dan golongan Hanafiyyah, As-Syafi`iyyah, Al-Malikiyyah dan ulama tersohor daripada Hanabilah kesemuanya dalam hal akidah seolah-olah berpegang dengan pandangan Ahlus-Sunnah Wal Jamaaah iaitu cara yang dipilih oleh As-Sheikh as-Sunnah al-Imam Abu Hasan Al-Asy`ary رحمة الله تعالى". Kata beliau lagi : "Dan secara umumnya akidah Asy`ari ini merupakan juga apa yang telah disampaikan oleh Imam Abu Ja`far At-Thahawi رحمة الله تعالى (as-Salafi) yang mana seluruh para ulama telah menerimanya."

Memadailah nukilan seorang ulama yang terkenal menunjukkan bahawa pendukung Ahlus Sunnah wa al-Jamaah adalah yang sealiran dengan Imam Abu Hasan Al-Asy`ary رحمة الله تعالى dan Imam Abu Mansur Al-Maturidy رحمة الله تعالى iaitu, As-Sheikh Muhammad Amin رحمة الله تعالى yang terkenal dengan gelaran Ibnu Abidin di dalam kitab terkenal beliau yang berjudul Rad Al-Muhtar `Ala Ad-Duraril Mukhtar :

أهل السنة والجماعة هم الاشاعرة والماتريدية

Maknanya : "Ahlus-Sunnah Wa al-Jamaah adalah Asy`ariyyah (pengikut Imam Abu al-Hasan Al-Asy`ari رحمة الله تعالى) dan Al-Maturidiyyah (pengikut Imam Abu Mansur Al-Maturidi رحمة الله تعالى)". Perkara yang sama juga disebut oleh al-Hafiz Murtadha az-Zabidi رحمة الله تعالى di dalam kitab Ithaf as-Sadah al-Muttaqin.

KISAH KEBERKAHAN MERAYAKAN MAULID NABI MUHAMMAD ﷺ

Disebutkan dalam kitab Targhibul Musytaqin halaman 4 :


وَقَالَ عَبْدُاللهِ بْنُ عِيْسَى الْأَنْصَارِيُ كَانَتْ بِجِوَارِيْ اِمْرَأَةٌ صَالِحَةٌ وَلَهَا وَلَدٌ صَالِحٌ فَكَانَتْ فَقِيْرَةً لَاشَيْئَ لَهَا إِلَّا دِيْنَارٌ وَاحِدٌ مِنْ ثَمَنِ غَزْلِهَا فَمَاتَتْ وَكَانَ ذَلِكَ الْوَلَدُ يَقُوْلُ: هَذَا مِنْ ثَمَنِ غَزْلِ أُمِيْ وَاللهِ لَا أَصْرِفُهُ إِلَا فِيْ أَمْرِ الْآخِرَةِ


Syeikh Abdullah bin 'Isa al-Anshari رحمة الله تعالى berkata : "Adalah tetanggaku seorang wanita yang sholehah. Dia mempunyai seorang anak lelaki yang sholeh. Wanita yang sholehah ini tidak mempunyai harta selain satu dinar hasil kerja tenunnya. Tatkala wanita tersebut meninggal dunia, anaknya yang sholeh tersebut berkata kepada dirinya : “Uang satu dinar ini adalah hasil kerja ibuku. Demi Allah, aku tidak akan membelanjakannya kecuali untuk perkara akhirat.”


وَخَرَجَ ذَاتَ يَوْمٍ فِيْ حَاجَةٍ لَهُ فَمَرَ بِقَوْمٍ يَقْرَؤُوْنَ الْقُرْآنَ وَعَمِلُوْا مَوْلِدَ النَّبِيِ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ َسَلَّمَ فِيْ رَبِيْعِ الْأَوَّلِ فَجَلَسَ عِنْدَهُمْ وَسَمِعَ ذَلِكَ


Pada suatu hari, pemuda anak perempuan sholehah tersebut keluar karena suatu keperluan, dia melewati satu perkumpulan orang sedang membaca al-Quran dan mengadakan Maulid Nabi ﷺ pada bulan Rabi`ul Awwal. Lalu dia pun duduk bersama mereka dan mendengarkan Maulid tersebut.


ثُمَّ نَامَ فِيْ لَيْلَتِهِ فَرَأَى فِيْ مَنَامِهِ كَأَنَّ الْقِيَامَةَ قَدْ قَامَتْ وَكَأَنَّ مُنَادِيًا يُنَادِيْ: أَيْ فُلَانُ ‌بْنَ فُلَانٍ يَذْكُرُ جَمَاعَةً فَسَاقَهُمْ إِلَى الْجَنَةِ وَذَلِكَ الشَّابُّ مَعَهُمْ وَقَالَ الْمُنَادِيْ: إِنَّ اللهَ جَعَلَ لِكُلٍّ مِنْكُمْ قَصْرًا فِي‌ الْجَنَّةِ فَدَخَلَ ذَلِكَ الشَّابُّ قَصْرًا لَمْ ‌يَرَ أَحْسَنَ منه وَالْحُوْرُ الْعِيْنُ فِيْهِ كَثِيْرَةٌ وَعَلَى أَبْوَابِهِ خُدَّامٌ وَبَاقِي الْقُصُوْرِ أَلْطَفُ مِنَ الْقَصْرِ الَّذِيْ دَخَلَ فِيْهِ فَأَرَادَ الدُّخُوْلَ فِيْهِ فَلَمَّا هَمَّ بِالدُّخُوْلِ قَالَ لَهُ الْخَادِمُ : لَيْسَ هَذَا لَكَ وَإِنَّمَا هُوَ لِمَنْ عَمِلَ مَوْلِدَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ َسَلَّمَ


Pada malamnya, pemuda tersebut bermimpi seolah-olah kiamat telah tiba dan seorang penyeru menyeru : "Di manakah si fulan anak si fulan", disebutnya nama-nama orang yang dalam satu rombongan lalu digiringlah mereka ke syurga. Dan pemuda tersebut ikut bersama mereka.


Si penyeru tadi berkata : "Sesungguhnya Allah telah memberi bagi setiap kamu sebuah istana di dalam surga." Dan masuklah si pemuda tadi ke dalam sebuah istana, tidak pernah dia melihat istana yang seumpamanya dari segi keindahannya, ia dipenuhi bidadari dan pada segala pintunya dijaga oleh khadam. Pemuda tersebut melihat bahwa ada istana lain yang lebih elok daripada istana yang ia masuki. Lalu dia pun berkehendak untuk memasukinya. Tatkala terbesit dihatinya untuk memasuki istana tersebut, berkatalah khadam kepadanya : "Ini bukanlah untukmu, sesungguhnya ini diperuntukkan bagi orang yang mengadakan Maulid Rasulullah ﷺ."


فَلَمَّا أَصْبَحَ ذَلِكَ الشَّابُّ صَرَفَ ذَلِكَ الدِّيْنَارَ عَلَى مَوْلِدِ النَّبِيِّ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ َسَلَّمَ فَرْحًا بِرُؤْيَاهُ وَجَمَعَ الْفُقَرَآءَ يَذْكُرُوْنَ اللهَ تَعَالَى وَيَقْرَؤُوْنَ الْقُرْآنَ وَمَوْلِدَ النَّبِيِّ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ َسَلَّمَ وَقَصَّ‌ عَلَى الْجَمَاعَةِ رُؤْيَاهُ فَفَرِحُوْا بِذَلِكَ وَنَذَرَ أَنْ لَايَقْطَعَ مَوْلِدَ‌ النَّبِيِّ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ َسَلَّمَ مَادَامَ حَيًّا


Keesokan harinya, pemuda tersebut menggunakan satu dinar (peninggalan ibunya) tersebut untuk mengadakan Maulid Nabi ﷺ kerana kegembiraannya dengan mimpinya itu. Dia pun mengumpulkan para faqir miskin untuk berzikir kepada Allah, membaca al-Quran dan membaca Maulid Nabi ﷺ. Dia juga menceritakan tentang mimpinya itu kepada mereka, dan mereka merasa gembira mendengar ceritanya itu. Pemuda tersebut bernazar untuk tidak akan meninggalkan mengadakan Maulid Nabi ﷺ selama hayatnya.


ثُمَّ نَامَ فَرَأَى أُمَّهُ فِي الْمَنَامِ فِيْ هَيْئَةٍ حَسَنَةٍ وَفِيْ حُلَلٍ مِنْ حُلَلِ الْجَنَّةِ وَلَهَا رَائِحَةُ الْجَنَّةِ وَقَبَّلَ يَدَهَا وَهِيَ قَبَّلَتْ رَأْسَهُ وَقَالَتْ : جَزَاكَ اللهُ خَيْرًا يَا وَلَدِيْ لَقَدْ أَتَانِيْ مَلَكٌ وَأَعْطَانِيْ هَذِهِ ‌الْحُلَلَ فَقَالَ لَهَا: مِنْ أَيْنَ لَكِ هَذِهِ الْكَرَامَةُ فَقَالَتْ: لِأَنَكَ قَدْ صَنَعْتَ بِالدِّيْنَارِ الَّذِيْ وَرِثْتَهُ مِنِّيْ مَوْلِدَ سَيِّدِ الْأَوَّلِيْنَ وَالْآخِرِيْنَ وَهَذَا جَزَاءُ مَنْ عَظَّمَ نَبِيَّهُ وَعَمِلَ مَوْلِدَهُ


Kemudiannya, si pemuda tidur. Dalam tidurnya dia bermimpi bertemu dengan ibunya. Ibunya berada dalam keadaan yang amat baik, berhias dengan segala perhiasan syurga dan berwangian dengan bau syurga. Pemuda tersebut mencium tangan ibunya dan ibunya mengecup kepalanya lalu berkata : "Semoga Allah membalasmu dengan kebaikan, wahai anakku, malaikat telah datang kepadaku membawa segala perhiasan ini." Si pemuda bertanya kepada ibunya : "Dari manakah ibu memperoleh kemuliaan ini?" Sang ibu menjawab : "Kerana engkau telah mempergunakan satu dinar yang engkau warisi dariku untuk mengadakan Maulid Junjungan orang-orang terdahulu dan orang-orang yang kemudian, dan inilah balasan bagi orang yang mengagungkan Nabinya dan mengadakan Maulid Baginda Nabi Muhammad ﷺ".


LIMA NASIHAT DARI NABI ﷺ

1. Jauhilah perbuatan haram niscaya engkau akan menjadi orang yang paling taat beribadah.

2. Redhalah atas apa yang diberikan Allah سبحانه وتعالی kepadamu, niscaya engkau akan menjadi orang yang paling kaya.

3. Berbuat baiklah kepada tetanggamu, niscaya engkau akan menjadi orang mukmin yang sejati.

4. Senanglah berbuat kebaikan kepada orang lain sebagaimana engkau senang orang lain berbuat baik kepadamu, niscaya engkau menjadi Muslim yang sempurna.

5. Dan janganlah banyak tertawa, kerana sesungguhnya tertawa itu dapat mematikan hati.

[ HR. Ahmad ]


APABILA MELIHAT AIB SAUDARA KITA


ابن المبارك قال كان الرجل إذا رأى من أخيه ما يكره أمره في ستر ونهاه في ستر فيؤجر في ستره ويؤجر في نهيه فأما اليوم فإذا رأى أحد من أحد ما يكره أستغضب أخاه وهيتك ستره

"Dahulu seseorang (para sahabat) apabila melihat pada saudaranya terdapat hal yang tidak ia sukai iapun memerintahkannya atau melarangnya dengan sembunyi, sehingga dia diberi pahala atas rahasia dan larangannya (dari sesuatu yang tidak disenangi).

Adapun hari ini, apabila seseorang melihat apa yang ia tidak sukai, ia membuat marah saudaranya dan ia sebarkan aibnya."

[ Roudhotul Uqola' hlm. 197 karangan Imam Abu Hatim Ibnu Hibban رضى الله عنه ]


EMPAT PERKARA

Baginda Rasulullah ﷺ bersabda : Ada 4 (empat) perkara, yang barangsiapa memilikinya, maka Allah سبحانه وتعالی akan membangunkan untuknya rumah di Syurga dan ia dalam naungan cahaya Allah Yang Maha Agung.

Keempat perkara tersebut adalah :

1. Apabila pegangannya adalah
La Ilaha Illallah.

2. Jika memperoleh kebaikan, maka ia
mengucapkan Alhamdulillah.

3. Apabila berbuat salah atau dosa,
maka ia mengucapkan
Astaghfirullah.

4. Apabila ia ditimpa musibah, maka
ia berkata Innalillahi wa Inna Ilaihi
Raji'un'.

[ HR. Ad-Dailami ]



LAHIRIAH ADALAH CERMIN BAGI BATIN

Apa yang disembunyikan hati akan terlihat jejaknya di wajah.
Apa yang tersimpan di kedalaman batin akan tampak pada penampilan lahir.

Makrifat dan cahaya Ilahiah yang ditetapkan Allah di dalam hati seseorang pasti akan muncul pada penampilan lahiriahnya, pada wajah dan anggota tubuh lainnya. Ini adalah tanda untuk mengenali keadaan seorang murid menuju Allah, kerana penampilan lahiriah adalah cermin dari keadaan batin. Bagi orang-orang yang ingin berteman dan berkumpul dengan seorang murid, penampilan lahirnya ini bisa menjadi pertanda.

[ Al-Imam Asy-Syeikh Ibnu 'Athaillah Askandari رضى الله عنه ]


JANGAN MENGGUNAKAN AGAMA UNTUK MENDAPATKAN DUNIA

Berkata Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid, 

Janganlah kamu wahai manusia menggunakan agama itu untuk mendapatkan dunia. Memperjudikan agama untuk mendapatkan habuan daripada dunia. Menggunakan medan agama ini untuk memuaskan hawa nafsu kamu kepada dunia.

Hiduplah kamu di atas muka bumi ini dengan hidupnya seorang hamba. Berjalanlah kamu di atas muka bumi ini dengan menundukkan pandangan dan jangan ada di antara kamu yang mendabik dada kesombongan. Malah aib kamu itupun ditutup oleh Allah سبحانه وتعالى, maka apa perlu kamu banggakan?.

Di akhirat kelak, Allah سبحانه وتعالى berfirman kepada manusia ; "Wahai fulan, apa yang telah engkau lakukan di dunia?" Lalu mereka yang berilmu dan membaca Al-Quran menjawab ; "Aku lakukan ini semua kerana Engkau ya Allah." Lalu Allah سبحانه وتعالى berfirman ; "Engkau dusta!" Malaikat juga berkata ; "Kamu dusta!" Allah سبحانه وتعالى berfirman ; "Engkau membaca kerana mahu orang katakan suaramu sedap dan orang pun sudah kata suaramu sedap. Lalu Allah سبحانه وتعالى perintahkan kepada Malaikat untuk mencampakkan golongan ini ke dalam Neraka.

Kerana Allah سبحانه وتعالى tahu apa yang ada di dalam hati manusia. Apa niat mereka dalam melakukan kebaikkan. Kerana orang pertama yang akan dicampakkan ke dalam Neraka adalah orang 'alim orang yang mengajarkan ilmu dan al-Quran hanya untuk disanjung dan dipuji, bukan kerana Allah سبحانه وتعالى .

Maka lihat semula, apakah kita menggunakan Al-Islam untuk memperolehi nikmat dunia? Menggunakan Allah dan Rasul untuk mendapatkan habuan dunia demi memuaskan hawa nafsu? Maka lihat di mana kedudukan kita dalam melakukan kebaikkan. Lihatlah diri kita ini di dalam sifat kehambaan.

Moga-moga Allah سبحانه وتعالى jauhkan di dalam hati kita sifat riya' bilamana melakukan suatu perkara kerana Allah سبحانه وتعالى dan dijauhkan daripada bala dan fitnah ilmu. Moga-moga Allah سبحانه وتعالى kabulkan permintaan kita.


Aamiin Ya Robbal 'Alaamiin...