Tuesday, July 30, 2019

AKHLAK YANG SEMPURNA

"Kami diajarkan bahwa jika seseorang itu ingin merubahkan keadaan sekitarnya, ianya wajib merubah dirinya terlebih dahulu. Kerana kepemimpinan itu di dalam jiwanya sendiri, bukan harta, bukan takhta dan juga bukan senjata."

"Kita berjuang untuk Islam bukan hanya untuk dapat jawatan, pangkat, kerusi atau kuasa politik. Kita berjuang kerana Allah dan Rasul-Nya. Dan mesti mengikut segala-galanya contoh yang diajar oleh Rasulullah ﷺ. Sejarah membuktikan lebih lima puluh peratus orang bukan Islam memeluk agama Islam bukan kerana difahamkan dengan agama tetapi melalui akhlak yang ditonjolkan oleh orang Islam."

"Tertariknya mereka kepada Islam kerana bahasa lemah lembutnya kita. Tapi kalau kita memaki hamun orang. Di mana minat mereka untuk menyertai agama kita. Dakwah itu penting. Dakwah itu bukan sahaja dengan kata-kata tapi dengan tauladan. Dengan lemah lembut sepertimana Allah سبحانه وتعالى meminta Nabi Musa عليه سلم berkata lemah lembut dengan Firaun. Bukan mengejek, mengata orang, mencari salah orang lain. Semuanya adalah dengan cinta. Dakwah dengan cinta dengan kasih sayang."

"Akhlak adalah dakwah yang sempurna. Carilah perhimpunan-perhimpunan yang membawa kepada cinta Allah سبحانه وتعالى dan Rasulullah ﷺ. Hindarilah perhimpuan-perhimpunan yang membawa kepada perpecahan umat. Kita makhluk, jika Allah سبحانه وتعالى tidak turunkan sifat cinta-Nya, maka pasti kita tak ada rasa cinta."

"Kalam Allah سبحانه وتعالى, ambillah cinta dari orang yang aku cinta. Kita merayakan maulid, untuk mendapatkan cinta. Jika kita dah cintai rasul-Nya maka Allah سبحانه وتعالى akan beri kita cinta-Nya itu. Rasulullah ﷺ bersabda, cintailah Allah sebab semuanya nikmat dari Allah, cintailah Rasulullah 
, kerana cinta Allah سبحانه وتعالى itu diberi kepada Nabi ﷺ."

"Kita takkan dapat hidayah Allah سبحانه وتعالى tanpa melalui Nabi 
. Mengikuti Nabi ﷺ untuk merealisasikanya dengan menjaga sunnah Nabi , jaga amalan Nabi , berakhlak dengan akhlak Nabi ﷺ kita dapat menyaksikan kebesaran Allah سبحانه وتعالى. Dengan mengikuti, mencintai kepada Nabi ﷺ."

"Jika kita cinta kepada seseorang, sifat karekter orang itu kita akan cinta. Kita tak akan dapat apa saja dari Allah سبحانه وتعالى tanpa daripada Rasulullah ﷺ. Mengikuti itu mesti sepenuhnya. Kita tahu selesai Khulafa ar-Rasyidin, terjadi fitnah, kemudian, muncul berbagai firqah. Khawarij dan syiah. Islam ini umpama raja agung, jemaah yang selamat ini adalah anak yang sah."

"Yang sesat pula seperti anak yang derhaka kepada raja. Jika nak selamat ikutilah raja itu. Yang mana yang paling majoriti adalah ahlus sunnah wal-jamaah. Yang kerana masalah politik itu dulu terjadi adalah masalah firqah. Kemudian problem seterusnya adalah aqidah pula. Ilmu itu mesti diwarisi, diriwayatkan dan bersanad. Yang jika kita kaji majoriti rantaian sanad adalah daripada ulama-ulama ahlus sunnah wal jamaah."

[ Daripada Sheikh Rohimuddin An-Nawawi Al-Banteni ]



Menjaga Perasaan Orang Lain

Sheikh Abu Bakar bin Salim ialah seorang yang terkenal dengan sikap pemurahnya & suka melayan kepada para tetamu. Setiap hari beliau menyembelih seekor unta untuk menjamu para tetamunya. Suatu hari, datang seorang wanita tua ingin menghadiahkan beberapa cupak gandum kepada beliau.

Apabila wanita tersebut datang ke rumah Sheikh Abu Bakar bin Salim, pembantunya menanyakan apa hajat wanita tersebut. Diberitahukan dia ingin menghadiahkan gandum yang dibawanya. Pembantu tersebut mengatakan, "Tidakkah engkau tahu bawah Sheikh Abu Bakar bin Salim hari-hari menyembelih seekor unta dan menyediakan makanan yang banyak untuk para tetamunya? Dan kamu datang dengan beberapa cupak gandum ini sahaja?"

Maka wanita tersebut kecil hati dan pergi. Sheikh Abu Bakar bin Salim yang mendengar, turun dari rumahnya dan berlari memanggil kepada wanita tersebut dan ditanya apa hajatnya. Wanita tersebut memberitahukan hajatnya yang datang ingin memberikan hadiah berupa beberapa cupak gandum.

Maka Sheikh Abu Bakar bin Salim mengambil gandum tersebut, diletakkan di dalam serbannya, kemudian dicium gandum tersebut dan mengucapkan terima kasih serta mendoakan kepada wanita itu di atas pemberian hadiah tersebut. Beliau melakukan seperti itu semata-mata kerana ingin menghargai & menjaga perasaan wanita tersebut, walaupun pada zahirnya ianya sebuah pemberian yang kecil, akan tetapi menjaga perasaan orang lain adalah amat bernilai disisi ALLAH 
سبحانه وتعالی.

Wanita tersebut pun akhirya gembira dan pulang. Sheikh Abu Bakar bin Salim kemudian menegur pembantunya dengan berkata "Kami tidak sampai kepada kedudukan yang kami sampai di sisi ALLAH سبحانه وتعالی, kecuali dengan menjaga perasaan orang lain."

Menjaga perasaan orang adalah bahagian daripada karomah yang diberikan oleh ALLAH 
سبحانه وتعالی kepada hamba yang beriman kepada-Nya.

[ Kisah ini disampaikan oleh Sayyidil Al-Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid. ]


Dalil golongan Asya'riyyah Wal Maturidiyyah adalah Golongan Ahli Sunnah Waljama'ah yang benar.

Al Hakim رحمة الله تعالى meriwayatkan dalam al Mustadrak dan Al Hafiz Ibnu Asakir رحمة الله تعالى dalam Tabyin Kazib Al Muftari, ketika turun ayat Surah Al Maidah 5:54 :

فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ .

"Maka nanti Allah akan mendatangkan kepada mereka dengan satu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia..." Ketika itu Rasulullah 
, mengisyaratkan kepada sahabat Baginda, Sayyidina Abu Musa Asy Asya'ri dan bersabda, هم قوم هذا .

Mereka (yang dimaksudkan dalam ayat ini) adalah kaum orang ini (Abu Musa Asy Asya'ri).

Al Imam Qurtubi 
رحمة الله تعالى dalam tafsirnya, Al Jami' li Ahkam Al Quran, menjelaskan : "Al Qusyairi رحمة الله تعالى berkata: Pengikut Abu Hasan Asy Asya'ri (dipanggil al Asya'riyyah) adalah termasuk kaumnya...".

Al Imam Abu Hasan Asy Asya'ri 
رحمة الله تعالى, imam yang menjadi ikutan golongan Ahlussunnah Waljamaah aliran Asya'riyyah, adalah daripada keturunan Sayyidina Abu Musa Asy Asya'ri رضى الله عنه, sahabat Nabi ﷺ yang disebutkan... Penganut akidah Ahlussunnah Waljamaah aliran Asya'riyyah wal Maturidiyyah telah mendapat pujian daripada Rasulullah , seperti dalam Hadis, "Akan dibuka Kota Konstantinopel, sebaik-baik ketua perang adalah ketua perang (yang mengetuainya) dan sebaik-baik tentera, adalah tentera itu...”. [H.R. Ahmad bin Hanbal Al-Musnad 4/335]

Kota Konstantinopel (Istanbul) dibuka selepas 800 tahun oleh Sultan Muhammad Al Fateh yang berakidah Sunni aliran Imam Abu Hassan Asya'ri... Beliau sukakan sufi yang benar di samping juga bertawassul dengan Nabi 
ﷺ... Mustahil Rasulullah  memuji seseorang yang akidahnya tidak betul atau sesat... Demikian juga Imam Bukhari رحمة الله تعالى menyebutkan di dalam Sahihnya, bab Qudum Asy Asya'riyyah wa Ahl Al Yaman, Abu Musa Asy Asya'ri رضى الله عنه berkata, daripada Rasulullah  bersabda:

'هم مني وانا منهم..'

"Mereka daripadaku dan aku daripada mereka..."

Friday, July 26, 2019

Nabi Khidir Menurut Imam an-Nawawi

Menurut kebanyakan ulama Ahlis Sunnah wal Jama`ah, al-Khadhir atau al-Khadhr atau al-Khidhr atau yang biasa dan mudah di lidah kita Nabi Khidhir عليه سلم adalah seorang nabi yang dianugerahkan Allah Ta`ala dengan umur yang panjang sehingga dikatakan baginda hanya akan diwafatkan ketika al-Quran diangkat ke langit, iaitu ketika kiamat hampir tiba. Imam an-Nawawi رحمة الله تعالى dalam karya beliau Shahih Muslim bi syarhi an-Nawawi, syarah bagi Shahih Muslim turut menyentuh tentang Nabi Khidhir عليه سلم dalam juzuk ke-15, halaman 135 - 136, pada Bab Min Fadhail al-Khidhr عليه سلم, di mana beliau rahimahullah antara lain menjelaskan sebagai berikut:-

"Jumhur ulama (yakni majoriti ulama) berpendapat bahawasanya dia (yakni Sayyidina Khidhir 
عليه سلم) hayyun maujudun baina adzharina (hidup dan wujud, berada di kalangan kita, yakni masih hidup pada masa kita ini) dan pendapat ini telah disepakati oleh para shufi dan ahlush sholah wal ma'rifah (orang-orang ahli kebajikan dan ma'rifah). Kisah-kisah mereka melihat dan berjumpa dengannya serta mengambil pelajaran dan bersoal-jawab dengannya, juga kehadirannya di tempat-tempat mulia dan tempat-tempat kebajikan adalah terlalu banyak untuk dihitung dan terlalu masyhur untuk disembunyikan."

Dan telah berkata Syeikh Abu 'Umar bin ash-Sholah 
رحمة الله تعالى: "Dia (yakni Nabi Khidhir) hidup menurut jumhur ulama dan orang-orang sholeh dan orang awam adalah bersama mereka dalam perkara ini." Dia juga berkata: "Bahawasanya pendapat sebahagian ahli hadis yang mengingkari hidupnya Nabi Khidhir sehingga masa kini adalah satu pendapat yang syadz (yakni pendapat yang ganjil lagi lemah dibandingkan pendapat jumhur ulama tadi).......

Imam ats-Tsa'labi al-Mufassir 
رحمة الله تعالى menyatakan bahawa menurut pendapat kebanyakan ulama Nabi Khidhir adalah seorang nabi yang diberi umur panjang dan baginda dilindung daripada pandangan mata yakni daripada pandangan mata kebanyakan manusia sehingga mereka tidak dapat melihatnya. Dikatakan bahawa baginda tidak diwafatkan melainkan pada akhir zaman ketika al-Quran diangkat.

Imam ats-Tsa'labi juga menyatakan bahawa ada tiga pendapat mengenai permulaan hidup Nabi Khidhir. Pendapat yang pertama menyatakan bahawa baginda hidup sezaman dengan Nabi Ibrahim al-Khalil 
عليه سلم; Pendapat kedua pula menyatakan bahawa baginda dilahirkan tidak lama selepas zaman Nabi Ibrahim; Manakala pendapat ketiga menyatakan baginda dilahirkan setelah jarak masa yang panjang selepas zaman Nabi Ibrahim...

Kunyah Nabi Khidhir adalah Abul 'Abbas, nama baginda Balya ibnu Malkan atau menurut pendapat yang lemah nama bapanya adalah Kalyan. Imam Ibnu Qutaibah 
رحمة الله تعالى dalam al-Ma`arif menukil perkataan Wahb bin Munabbih  رحمة الله تعالى menyatakan bahawa nama penuh Nabi Khidhir adalah Balya ibnu Malkan ibnu Faaligh ibnu 'Aabir ibnu Syaalikh ibnu Arfakhasyad ibnu Saam ibnu Nuh. Dikatakan bahawa ayahanda baginda adalah daripada kalangan raja-raja.

Daripada penjelasan Imam Nawawi 
رحمة الله تعالى kita mengetahui bahawa JUMHUR ULAMA berpegang dengan pendapat bahawa Nabi Khidhir عليه سلم masih hidup dan belum lagi wafat. Macam mana dan bagaimana keadaan kehidupan baginda sekarang, Allah sahaja yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa. Hidup atau matinya baginda sekarang bukanlah perkara besar dan tidak harus dijadikan perbalahan sesama umat. Nak percaya baginda masih hidup, tidak ada masalah kerana itulah pendapat jumhur ulama dan yang nak percaya bahawa baginda telah wafat pun tidak menjadi masalah kerana sesetengah ulama dan ahli hadits berpendapat sedemikian seperti Imam al-Bukhari رحمة الله تعالى.


[ Halaman 135 - 136, "Syarah Muslim" - 
Imam an-Nawawi رحمة الله ]


REDHA ANDAI DI TAKDIRKAN KITA MISKIN

Apabila kita telah berusaha dan bekerja keras.

Apabila kita telah Solat lima waktu.

Apabila kita sudah melakukan Solat Dhuha, Tahajjud, Zikir, Selawat dan Doa.

Namun tetap miskin juga.


Tak perlu resah apalagi berburuk sangka kepada-NYA

Renung-renungkanlah perbualan ini...

Seorang anak bertanya kepada ibunya:

"Ibu, mengapa kita miskin?"

Dengan tenang Sang Ibu berkata:

"Nak, hidup ini seperti berjalan-jalan di Supermarket. Semua orang boleh memilih dan membawa barang apa saja yang ia inginkan."

"Siapa yang membawa sepotong roti, maka ia harus membayar harga sepotong roti,

"Siapa yang membawa tiga potong roti, iapun harus membayar tiga potong roti."

"Sementara kita tak mungkin membawa apa-apa. Kerana tak ada duit untuk membelinya."

"Di pintu depan pun kita tak akan diperiksa, dibiarkan jalan begitu saja."

"Begitu pula kelak di Hari Kiamat Nak."

"Saat orang-orang kaya sibuk menjalani pemeriksaan yang dipertanggung jawabkannya."

"Saat orang-orang kaya ditanya tentang:

Dari mana hartanya mereka peroleh?.

Dan kemana hartanya mereka gunakan?".

"Kita dibiarkan terus berjalan tanpa beban."

"Lebih enak bukan?".

"Apakah engkau masih juga belum menerima?"

"Anakku, jika kita memang ditakdirkan menjadi orang miskin...

"BERSABARLAH SEJENAK,"

Kerana setelah kematian, kemiskinan itu akan hilang."

"BERPIKIRLAH POSITIF"

"Barangkali, jika kita kaya belum tentu mampu lebih bertakwa."

"Mungkin juga, dengan kemiskinan kita akan lebih mudah meraih Syurganya."

"JANGAN KECEWA"

"Kerana kaya dan miskin bukanlah ukuran mulia dan hinanya manusia."

Tetaplah berprasangka baik kepada 
Allah سبحانه وتعالی.

Singkirkan rasa iri, cemburu dan buanglah tanda tanya,

Tentang Kehendak-NYA Pembagi Nikmat.

Mungkin bahagian buat kita masih tersimpan di Syurga.

Menunggu masa untuk kita menerimanya nanti...

Ingatlah apa yang disampaikan Rasulullah صلى الله عليه وسلم ... "Sesungguhnya kekayaan itu bukan terletak pada harta benda, melainkan pada ketenangan hati dan jiwa."

Semoga kita semua menjadi orang yang pandai mensyukuri akan nikmat dan kurnia yang Allah سبحانه وتعالی berikan.


Aamiiin Ya Rabbal 'Aalamiin...



BERUZLAH

Bismillah...


Al-Imam Ibnu Athaillah As-Sakandari رضى الله عنه dalam Syarah Hikam menyebutkan bahwa dalam diri manusia terdapat bahagian yang namanya Al-Qalbu (hati). Hati ini bisa membuat manusia sejahtera dan bisa pula membuat manusia sakit. Selanjutnya, dia mengatakan bahwa hati ini pula yang membuat tumbuhnya iman, tempat berseminya makrifat kepada Allah سبحانه وتعالی dan berkembangnya rasa keikhlasan.

Berkembangnya rasa keikhlasan manusia sangat dipengaruhi oleh gersang tidaknya hati manusia. Kegersangan hati manusia hanya bisa terubati oleh kedekatan dirinya pada Allah سبحانه وتعال. . Bagaimana untuk bisa terus mendekatkan diri kepada Allah سبحانه وتعالی ? Hanya ada satu cara, yaitu beruzlah. Menurut Imam Ibnu Athaillah, yang dimaksud dengan uzlah adalah menghadapkan hati secara terarah khusus kepada Allah سبحانه وتعالی .

Dengan demikian, menurut Imam, hati akan terbebaskan dari masuknya gambaran-gambaran lain selain Allah سبحانه وتعالی. Menurut Syeikh Ahmad Zarruq رضى الله عنه , orang yang beruzlah terbagi dalam tiga bahagian. Pertama, orang yang beruzlah dengan hatinya saja sementara badannya tidak. Kedua, orang yang beruzlah badannya saja sementara hatinya tidak. Ketiga, orang yang beruzlah baik badan maupun hatinya.

Orang yang beruzlah menurut kriteria pertama adalah orang yang dapat memelihara hatinya dari keadaan sekitar dia. Meski hidup di tengah kemaksiatan, ia tidak terpengaruh oleh keadaan sekitarnya. Orang yang beruzlah menurut kriteria kedua adalah orang yang terpengaruh oleh keadaan sekitarnya meskipun ia tinggal menyendiri. Sedangkan orang yang beruzlah menurut kriteria ketiga adalah orang yang benar-benar menjauhkan diri dari keadaan sekitarnya baik fizikal maupun hatinya.

Uzlah yang terbaik menurut Imam Ibnu Athaillah adalah uzlahnya Ahlun Nihayah atau manusia yang berada pada tingkat sempurna. Berdasar penjelasannya, orang yang berada pada tingkat ini, ciri-cirinya lebih dekat dengan pelaku uzlah yang masuk kelompok pertama. Orang yang masuk kriteria pertama ini hidupnya diibaratkan seekor ikan yang hidup di laut. Ikan laut tidak akan terasa masin walaupun ia hidup di air laut yang begitu masin. Begitulah hidup orang yang beriman, sangat dekat kepada Allah سبحانه وتعالی. Ia tidak terpengaruh oleh keadaan sekitarnya yang penuh kemungkaran. Dia justeru terus melawan kemungkaran itu.

Dakwah baginya merupakan kewajiban dalam rangka mencegah kemungkaran dan menegakkan yang makruf (QS Ali Imran: 104, 110). Tentu saja dakwah yang dilakukan adalah dakwah yang sesuai dengan perintah Allah سبحانه وتعالی dan tuntunan Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Dakwah yang mengajak manusia untuk beriman kepada Allah سبحانه وتعالی dengan cara memberi hikmah, memberi teladan yang baik, dan memperlakukan manusia dengan rasa kemanusiaan (QS An-Nahl: 125). Dengan dakwah seperti itu, manusia yang mendapatkan dakwahnya dapat melakukan uzlah untuk mencapai tingkat kesempurnaan (uzlah ahlun nihayah).

Mudah-mudahan, dengan beruzlah kita semua bisa mencapai derajat takwa yang juga sempurna. آمِّيْنَ آمِّيْنَ آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ


Wednesday, July 24, 2019

GERAK TUBUH KETIKA ZIKIR

Wasilah peroleh kecergasan dengan syarat dan adab tertentu

"Istilah menari dengan maksud mempamerkan keindahan gerakan badan atau menonjolkan kemahiran pergerakan badan yang bukan menjadi makna dan tujuan dikehendaki ahli sufi yang berzikir dengan menggerakkan badan. Pergerakan badan dalam majlis zikir adalah bentuk penghayatan lumrah seiring lafaz zikir itu dan aplikasi bagi makna zikrullah dalam setiap masa dan keadaan."

Dr Abdullaah Jalil,
Pensyarah Kanan
Fakulti Ekonomi & Muamalat
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)


BUKAN ZIKIR "MENARI", TAPI HADRAH SUFI


"Tidak timbul isu "menari" kerana tarian bermakna pergerakan terlalu bebas dan tidak terkawal sebaliknya hadrah sufiyyah sebenarnya berzikir dalam suatu gerakan tersusun, iaitu ke kiri dan kanan atau depan serta belakang berserta garis panduan."

Raja Ahmad Mukhlis Raja Jamaluddin
Pendakwah

Berita Harian - IBRAH,
Jumaat,
19 Julai 2019 mukasurat 60 - 61

Image may contain: 1 personImage may contain: 1 person