Wednesday, November 20, 2019

Bahana Sombong

Terkadang hidayah itu sudah menyapa kita.

Terkadang kita sudah pun melihat perkara baik atau menjumpai sesuatu yang baik.

Terkadang dalil (bukti) sudah dikemukakan.

Tapi kita memilih untuk mengendahkannya. Dan lebih teruk lagi, kita memilih untuk terus hidup dalam kerosakan. Ini sombong dengan kebaikan atau kebenaran namanya, yakni kebaikan atau kebenaran yang telah Allah سبحانه وتعالی berikan kepada kita setelah ia (kebaikan) itu datang kepada kita.

Allah سبحانه وتعالی berfirman:

سَاَصْرِفُ عَنْ اٰيٰتِيَ الَّذِيْنَ يَتَكَبَّرُوْنَ فِى الْاَرْضِ بِغَيْرِ الْحَـقِّ ۗ وَاِ نْ يَّرَوْا كُلَّ اٰيَةٍ لَّا يُؤْمِنُوْا بِهَا ۚ وَاِ نْ يَّرَوْا سَبِيْلَ الرُّشْدِ لَا يَتَّخِذُوْهُ سَبِيْلًا ۚ وَّاِنْ يَّرَوْا سَبِيْلَ الْغَيِّ يَتَّخِذُوْهُ سَبِيْلًا ۗ ذٰلِكَ بِاَ نَّهُمْ كَذَّبُوْا بِاٰيٰتِنَا وَكَا نُوْا عَنْهَا غٰفِلِيْنَ

"Aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takabbur di muka bumi dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayatKu (yang menunjukkan kekuasaanKu); dan mereka (yang bersifat demikian) jika mereka melihat sebarang keterangan (bukti), mereka tidak beriman kepadanya, dan jika mereka melihat jalan yang (membawa kepada) hidayah petunjuk, mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Yang demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya."


[ Surah Al-A'raf 7 : 146 ]


Adab atau Sunnah Terhadap Kanak-Kanak

Di antara perkara yang diajarkan oleh Rasulullah ﷺ ialah agar kita ummatnya menyantuni kanak-kanak dengan memberi salam kepada mereka.

Hal ini sepertimana yang terdapat dalam Hadith :

"Telah menceritakan kepada kami Ali bin al-Ja'd telah mengkhabarkan kepada kami Syu'bah dari Sayyar dari Thabit al-Bunani dari Anas bin Malik رضي الله عنه bahawa dia pernah melewati anak-anak kecil, lalu ia memberi salam kepada mereka dan berkata;

"Nabi ﷺ juga biasa melakukan hal ini."

[ Hadith Riwayat Bukhari ] 



"Dan telah menceritakan kepadaku 'Amru bin 'Ali dan Muhammad bin al-Walid keduanya berkata; Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Ja'far; Telah menceritakan kepada kami Syu'bah dari Sayyar ia berkata;

Aku pernah berjalan bersama Thabit al-Banani, kemudian kami melewati anak-anak kecil. Maka dia (Thabit) memberi salam kepada mereka.

Setelah itu (Thabit) bercerita bahawa dia pernah berjalan bersama Anas, kemudian melewati anak-anak kecil dan dia mengucapkan salam kepada mereka.

Demikian juga Anas bercerita bahawa dia pernah berjalan bersama Rasulullah ﷺ kemudian melewati anak-anak kecil, lalu Baginda ﷺ mengucapkan salam kepada mereka."

[ Hadith riwayat Muslim, at-Tirmidzi, Ahmad, ad-Darimi dan lain-lain ]



Monday, November 4, 2019

PERBANYAKKANLAH SELAWAT PADA HARI JUMAAT

Daripada Abi al Darda’ رضي الله عنه berkata, Rasulullah ﷺ bersabda:

أَكْثِرُوْا مِنَ ٱلصَّلَاةِ عَلَيَّ يَوْمَ ٱلْجُمُعَةِ، فَإِنَّهُ يَوْمٌ مَشْهُوْدٌ، تَشْهَدُهُ ٱلْمَلَائِكَةُ، وَإِنَّ أَحَدًا لَنْ يُصَلِّيَ عَلَيَّ، إِلَّا عُرِضَتْ عَلَيَّ صَلَاتُهُ، حَتَّىٰ يَفْرِغَ مِنْهَا. قُلْتُ: وَبَعْدَ ٱلْمَوْتِ؟ قَالَ: إِنَّ ٱللهَ حَرَّمَ عَلَىٰ ٱلْأَرْضِ أَنْ تَأْكُلَ أَجْسَادَ ٱلْأَنْبِيَاءِ، فَنَبِيُّ ٱللهِ حَيٌّ يُرْزَقُ.

“Perbanyakkanlah ucapan selawat ke atasku pada hari Jumaat kerana ia adalah hari penyaksian yang disaksikannya oleh para malaikat. Sesungguhnya tidaklah seseorang itu mengucapkan selawat ke atasku melainkan selawatnya itu dipersembahkan kepadaku sehingga dia selesai mengucapkannya.” Saya bertanya, ”Adakah ia juga berlaku selepas kewafatanmu?” Baginda ﷺ bersabda, ”Sesungguhnya Allah mengharamkan bumi dari memakan jasad-jasad para Nabi. Maka Nabi Allah itu hidup di dalam kuburnya dalam keadaan dikurniakan rezeki.”
(Riwayat Ibnu Majah, al Tabrani dan Ibnu al Muqri)

[ Al Nafhah al Ilahiyyah fi Solah ’ala Khair al Bariyyah - Syeikh Abu Al Fadhl Abdullah Ibn Muhammad Al Siddiq Al Ghumari Al Hasani, Hlm: 19 ]



Sunday, November 3, 2019

Pintalah Kepada Allah

Berdoalah kepada Allah, meminta segala sesuatu, dari sebesar-besar perkara hingga sekecil-kecil perkara. Allah Ta’ala berfirman:

ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ

“Berdoalah kepada-Ku, Aku akan kabulkan doa kamu. Sungguh orang-orang yang menyombongkan diri kerana enggan beribadah kepada-Ku, akan dimasukkan ke dalam neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.”
(Ghafir: 60).

Dalam sebuah hadis qudsi, Allah Ta’ala berfirman:

يا عبادي ! كلكم جائعٌ إلا من أطعمتُه . فاستطعموني أُطعمكم . يا عبادي ! كلكم عارٍ إلا من كسوتُه . فاستكسوني أكْسُكُم

“Wahai hamba-Ku, kalian semua kelaparan, kecuali orang yang aku berikan makan. Maka mintalah makan kepada-Ku, nescaya aku akan berikan. Wahai hamba-Ku, kalian semua tidak berpakaian, kecuali yang Aku berikan pakaian, Maka mintalah pakaian kepada-Ku, nescaya akan Aku berikan.” (HR. Muslim no. 2577).


Wednesday, October 30, 2019

"EMPAT KESALAHAN"

Aku berfikir bahwa aku mengingat-Nya⁣⁣
bahwa aku mengetahui-Nya⁣⁣
bahwa aku mencintai-Nya⁣⁣
dan bahwa aku mencari-Nya;⁣⁣
⁣⁣
Tetapi ketika aku telah mencapai-Nya,⁣⁣
aku melihat bahwa ingatnya Dia terhadapku mendahului ingatnya aku terhadap-Nya,⁣⁣
dan pengetahuan-Nya mengenai diriku mendahului pengetahuanku mengenai-Nya⁣⁣,
dan cinta-Nya terhadapku lebih dahulu daripada cintaku terhadap-Nya,⁣⁣
dan Dia telah mencariku agar aku mulai mencari-Nya.⁣⁣

[ Sayyidi Syeikh Abu Yazid al-Busthami قدس الله سره ]


BAHAYA DURHAKA KEPADA GURU


Berkata Al-Habib Muhammad bin ‘Alwi al-Maliki رحمة الله تعالى :

أغضب من الطالب الذي لا يحترم أستاذه ولو كان الأستاذ صاحبه 


“Aku marah terhadap murid yang tidak menghormati gurunya, meskipun sang guru adalah temannya.”


Berkata Imam Nawawi 
رحمة الله تعالى :

ينبغى للمتعلم أن يتواضع لمعلمه ويتأدب معه

“Seyogyanya bagi seorang murid harus merendahkan diri kepada gurunya dan beradab baik kepadanya.” 

وإن كان أصغر منه سنا و اقل شهرة ونسبا وصلاحا لتواضعه يدرك العلم

“Meskipun sang guru tersebut lebih muda, tidak popular dan lebih rendah nasab serta keshalehannya dari sang murid. Kerana ilmu bisa diperoleh dengan kerendahan hati dari seorang murid.” 

Beliau juga berkata :

عقوق الوالدين تمحوه التوبة وعقوق الأستاذين لا يمحوه شيئ البتة

“Dosa durhaka kepada kedua orang tua bisa dihapus dengan taubat kepada Allah, sedangkan dosa durhaka kepada guru tidak bisa dihapus oleh sesuatu apapun (kecuali redha dari guru tersebut).” 


Al-Habib ‘Abdullah bin ‘Alwi al-Haddad رحمة الله تعالى berkata :

واضر شيئ على المريد تغير قلب الشيخ عليه

“Paling berbahayanya bagi seorang murid (orang yang ingin sampai kepada keredhaan Allah) adalah berubahnya hati dari seorang guru kepadanya.” 

ولو اجتمع على إصلاحه بعد ذلك مشايخ المشرق والمغرب لم يستطيعوه إلا أن يرضى عنه شيخه

“Jikalau semua guru dari timur dan barat berkumpul untuk memperbaiki keadaan si murid, maka mereka tidak akan mampu kecuali gurunya telah redha kembali kepadanya.”


Taubat Nasuha

Dalam salah satu atsar disebutkan, "Tidak ada suara yang lebih dicintai Allah Ta'ala daripada suara hamba yang bertaubat dari dosanya seraya berucap, "Yaa Rabb..."

Lalu Allah berfirman, "Labbaika... Wahai hamba-KU, mintalah apa yang engkau kehendaki. Di hadapan-KU engkau seperti sebagian malaikat-KU. AKU berada di sebelah kananmu, di sebelah kirimu dan di atasmu.

AKU dekat di lubuk hatimu. Wahai para malaikat-KU, saksikanlah bahwa sesungguhnya AKU telah memberikan ampunan untuknya."

[ Disarikan dari kitab Tanwirul Qulub, hal. 210, Syeikh Muhammad Amin al Kurdi رحمة الله تعالى ]