Tuesday, June 28, 2022

BASAHI LIDAH DENGAN ISTIGHFAR

Tidak perlu menunggu banyak dosa baru beristighfar, tapi beristighfarlah selalu kerana pada dasarnya kita sudah terlalu banyak dosa dengan sering melupakan dan meninggalkan Diri-Nya.

Berapa banyak maksiat yang kita lakukan dalam sehari? Yang kadang kita tidak menyedari atau berpura-pura tidak menyedari kemaksiatan yang sudah kita kerjakan. Selalulah memohon ampunan kepada Dzat yang Maha Pengampun yaitu Allah سبحانه وتعالی .

[ Habib Hud Al-Atas ]


Wednesday, March 9, 2022

TANDA CINTA YANG TULUS

Berkata Uwais al-Qarni رضى الله عنه

الدُّعَاءُ بِظَهْرِ الْغَيْبِ أَفْضَلُ مِنَ الزِّيَارَةِ وَاللِّقَاءِ، أَيْ لِأَنَّ الرِّيَاءَ قَدْ يَدْخُلُهُمَا

Mendoakan saudara, kerabat, teman, secara diam-diam (tanpa sepengetahuannya), itu lebih utama dari mengunjunginya atau menemuinya. Sebab bisa saja hal itu (berkunjung dan menemuinya) dirusak oleh riya'.


Saturday, January 29, 2022

PESANAN BAGI ULAMA'

Habib Abdullah bin Alwi Al Haddad رحمة الله تعالى telah berkata di dalam kitab Hikamnya,

"Seorang ulama' yang mengenal Allah سبحانه وتعالى dengan baik, maka sebaiknya ia berbicara kepada orang-orang yang beriman mengenai tiga perkara :

1. Mengingatkan segala kurnia (pemberian) Allah سبحانه وتعالى kepada mereka.

2. Memerintahkan mereka untuk sentiasa berbuat taat kepada Allah سبحانه وتعالى.

3. Memerintahkan mereka agar menjauhi semua perbuatan maksiat.
Apabila setiap ulama' ketika berbicara dengan masyarakat umum tidak berbicara tentang apa yang terdapat di dalam tiga perkara tersebut, maka sungguh ia telah menyesatkan para pendengarnya (umat)."


Saturday, January 15, 2022

ADAB YANG LEBIH MENDEKATKAN KEPADA ALLAH

Diriwayatkan ketika Ibnu Sirin رحمة الله تعالى ditanya,

"Adab mana yang lebih mendekatkan kepada Allah سبحانه وتعالى"

Dia menjawab,

"Ma’rifat mengenal Ketuhanan-Nya, beramal kerana patuh kepada-Nya, dan bersyukur kepada-Nya atas kesejahteraan dari-Nya, serta bersabar dalam menjalani penderitaan."


AIB YANG BESAR

"Tiada aib yang lebih besar daripada seseorang yang menganggap dirinya bersih dari segala dosa dan kesalahan."

[ Hujjatul Islam Al-Imam Al-Ghazali رحمة الله تعالى ]


ISTIREHAT YANG SEBENAR

Imam Ahmad bin Hanbal رحمة الله تعالى pernah ditanya seseorang :

"Wahai Imam, bilakah waktu istirehat itu?"

Beliau lalu menjawab : "(Istirehat yang sesungguhnya ialah) pada saat engkau pertama kali menginjakkan kakimu ke dalam Syurga."


𝗛𝗔𝗕𝗟𝗨 𝗠𝗜𝗡𝗔𝗟𝗟𝗔𝗛, 𝗛𝗔𝗕𝗟𝗨 𝗠𝗜𝗡𝗔𝗡𝗡𝗔𝗦

Hakikat beradab dan berakhlak itu dua. Satu berakhlak dengan Allah سبحانه وتعالى dan satu berakhlak dengan makhluk.

Ada orang akhlaknya dengan Allah سبحانه وتعالى baik, adabnya bagus tetapi dengan manusia dia mengumpat orang, berdusta dan lainnya. Dengan Allah سبحانه وتعالى dia rajin beribadah, membaca Al-Quran 3 hari sekali khatam, tetapi hatinya dengki pada orang.

Itu tidak lagi dianggap berakhlak baik, kerana maksud daripada akhlak yang baik itu, baik kepada Allah سبحانه وتعالى dan baik kepada manusia.

Hakikat seorang yang berakhlak itu, adalah berakhlak kepada Allah سبحانه وتعالى dan juga berakhlak kepada makhluk.

[ Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam AlBanjari AnNadwi AlMaliki حفظه الله ]