Monday, March 6, 2023

PENGHUNI NERAKA

Abdullah bin Umar رضى الله عنه beliau mengatakan :

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنُ عَمْرُ و قَالَ:
لو أن رجلا من أهل النار أخرج إلى الدنيا لمات أهل الدنيا من وحشة منظره ومن ريحه

"Andai ada seseorang dari penghuni neraka dikeluarkan ke dunia, niscaya akan binasa penghuni dunia lantaran rupa dan aroma bau dirinya yang mengerikan."

[ الرقة والبكاء لابن أبي الدنيا ( ١٠٤) ]


PENDENGKI

Berkata Abu Hatim رحمة الله تعالى ;

وَالحَاسِدُ لَا تَهْدَأُ رُوْحُهُ وَلَا يَسْتَرِيْحُ بَدَنُهُ، إِلَّا عِنْدَ رُؤْيَةِ زَوَالِ النِّعْمَةِ عَنْ أَخِيْهِ

"Seorang pendengki tak akan pernah tenang jiwanya, dan tak akan pernah bisa istirehat tubuhnya kecuali dia melihat dengan matanya hilangnya nikmat yang dimiliki oleh saudaranya."

[ روضة العقلاء 133 ]


BEGITU BANYAK JALAN IBADAH

Imam Al-Ghazali رحمة الله تعالى dalam Kitab Ihya' 'Ulumuddin menerangkan bahwa begitu banyak perbedaan jalan ibadah. Hal ini tentu disebabkan oleh perbedaan keadaan batin (ahwal) setiap orang.

Menurut beliau setidaknya terdapat enam golongan yang menempuh jalan akhirat. Mereka adalah 'abid (ahli ibadah), alim (ulama), muta’allim (santri), wali (pejabat/pemimpin), muhtarif (beragam pekerjaan), dan muwahhid mustaghriq bil wahidis-shamad 'an ghayrihi (orang yang tenggelam dalam keesaan Allah sampai tidak ingat selain-Nya).

Imam Al-Ghazali 
رحمة الله تعالى menjelaskan maksud Surat Al-Isra ayat 84. Allah Maha Mengetahui siapa yang lebih benar jalan ibadahnya. Tentu tak sebatas ibadah mahdhah, tapi juga ibadah ghairu-mahdhah yang begitu luas.

Beliau pun menyebut tentang ratusan jalan akhlak mulia.

وقال بعض العلماء الإيمان ثلثمائة وثلاثة عشر خلقا بعدد الرسل فكل مؤمن على خلق منها فهو سالك الطريق إلى الله فإذن الناس وإن اختلفت طرقهم في العبادة فكلهم على الصواب أولئك الذين يدعون يبتغون إلى ربهم الوسيلة أيهم أقرب وإنما يتفاوتون في درجات القرب لا في أصله وأقربهم إلى الله تعالى أعرفهم به وأعرفهم به لا بد وأن يكون أعبدهم له فمن عرفه لم يعبد غيره

“Sejumlah ulama mengatakan, ‘Keimanan mengandung 313 akhlak sebanyak jumlah para rasul. Setiap orang beriman yang meneladani salah satu akhlaknya, maka ia disebut sebagai penempuh jalan (salikut thariq) kepada Allah. Dengan demikian, setiap orang beriman meski jalan ibadah yang ditempuh berbeda tetap berada di atas rel kebenaran sebagaimana firman Allah ‘Orang-orang yang mereka seru itu mencari jalan kepada Allah siapa di antara mereka yang dekat kepada Allah, (Surat Al-Isra ayat 57).’

Mereka hanya berbeda pada tingkat kedekatannya kepada Allah, bukan berbeda secara pokok. Mereka yang paling dekat kepada-Nya adalah mereka paling mengenal-Nya. Mereka yang paling mengenal-Nya tentu adalah orang yang paling hebat menyembah-Nya, karena siapa saja yang mengenal-Nya tak akan menyembah selain-Nya."


Semoga penjelasan dari Imam Al-Ghazali 
رحمة الله تعالى ini dapat menjadi panduan bagi salik yang sedang meniti jalan thariqah. Agar bisa melihat jalan akhlak mulia dalam kehidupan nyata, sehingga tidak saling menyalahkan dan merasa yang paling hebat.


7 Golongan Dinaungi Allah di Akhirat

Tanpa mengira beriman atau kufur, setiap manusia dikurniakan nikmat. Begitulah sifat ar-Rahman Allah سبحانه وتعالی. Namun, berapa ramai manusia yang berfikir mengenainya?

Bagi umat Islam, tiada nikmat yang lebih besar selain nikmat hidayah daripada Allah untuk menerima Islam dan mempraktikkan ajarannya dalam kehidupan seharian.

Firman-Nya bermaksud : “Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.” (Surah al-Maidah, ayat 3).

Sebagai Muslim atau Muslimah, kita wajib menghargai dan memanfaatkan setiap nikmat dikurniakan Allah. Jangan sampai kita lupa diri dan terus hanyut kerana terlalu banyak nikmat diperoleh. Ingatlah, semuanya harus digunakan demi mencapai redha-Nya.

“Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?” (Surah al-An’am, ayat 32).

Menerusi ayat itu Allah melontarkan satu persoalan kepada kita agar sentiasa sedar bahawa kehidupan akhirat adalah bersifat kekal, sedang dunia hanyalah sementara.

Kehidupan akhirat adalah tempat kita menerima ganjaran dan balasan atas setiap perbuatan di dunia. Untuk meraih kebahagiaan di sana, usaha perlu digandakan ketika masih di dunia.

Antara nikmat kurniaan Allah, dua yang kebanyakan daripada kita gagal untuk memanfaatkannya dengan baik, sebagaimana dinyatakan oleh Rasulullah 
صلى الله عليه وسلم dalam sabdanya : “Dua nikmat yang membuatkan kebanyakan manusia tertipu iaitu nikmat sihat dan waktu lapang.” (Hadis riwayat Bukhari).

Berdasarkan hadis ini dapat difahami bahawa kebanyakan manusia tidak memanfaatkan sepenuhnya kedua-dua nikmat berkenaan dalam kehidupan. Ketika masih sihat dan mempunyai masa lapang, kita gagal memperbanyakkan amalan.

Malah, pada kebiasaanya kita hanya tergerak untuk menggandakan amalan ketika usia mulai lanjut. Berapa ramai dalam kalangan kita yang baru belajar ke masjid ketika usia sudah tua?

Meskipun keadaan ini wajar diberi pujian, namun amalan baik ini perlu dimulakan ketika masih muda dan sihat. Ini kerana pada waktu tua macam-macam penyakit pula datang dan ia tentu sekali mengganggu tumpuan untuk beribadat.

Rasulullah 
صلى الله عليه وسلم ada menyatakan bahawa remaja yang membesar dengan memperbanyakkan ibadat kepada Allah akan termasuk dalam salah satu daripada tujuh golongan yang bakal menerima naungan Allah di akhirat kelak.

Begitu juga dengan waktu lapang, perlu dimanfaatkan sebaiknya oleh setiap daripada kita. Ada dalam kalangan kita yang hidupnya sentiasa sibuk dengan urusan dunia sehingga mengabaikan tuntutan agama. Bukankah hal seperti itu merugikan?

Malah, sekiranya kita melengahkan urusan agama seperti solat fardu tanpa sebab dibenarkan, ia menjadi tanda bahawa kita tertipu dengan kehidupan dunia yang bersifat sementara.

Tidak kurang juga yang mempunyai banyak waktu lapang, tetapi memilih untuk mengisinya dengan perbuatan sia-sia. Malah, lebih buruk dan mendukacitakan apabila waktu lapang yang ada itu digunakan untuk melakukan maksiat.

Peringatan Rasulullah 
صلى الله عليه وسلم berkaitan nikmat sihat dan waktu lapang turut dinyatakan dalam satu hadis : “Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara; masa mudamu sebelum kamu tua, masa sihatmu sebelum kamu sakit, masa kayamu sebelum kamu miskin, masa lapangmu sebelum kamu sibuk dan masa hidupmu sebelum kamu mati.” (Hadis riwayat al-Hakim).

Betapa Allah Maha Berkuasa melimpahkan nikmat-Nya kepada kita tatkala kita bersyukur kepadaNya. Bagaimana cara mensyukuri nikmat Allah?

Antaranya ialah memanfaatkan nikmat itu dengan perkara yang dapat mendekatkan diri kita kepada-Nya. Nikmat kesihatan dan waktu lapang perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya dengan melakukan amalan terpuji, sama ada terhadap Tuhan mahupun sesama manusia dan makhluk lain termasuklah alam sekitar.

Firman Allah 
سبحانه وتعالی yang bermaksud : “Dan (ingatlah) tatakala Tuhan kamu memberitahu : Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat-Ku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras.” (Surah Ibrahim, ayat 7).

Semoga kita tergolong dalam kalangan hamba-Nya yang mensyukuri nikmat. Di samping itu, bermohonlah agar Allah terus menambahkan nikmat-Nya kepada kita.



ZIKIR AL-LATIF

Di dalam kitab berjudul "99 Nama Allah (Asmaul Husna) - Pengertian dan Huraian", pengarangnya (Ustaz Azmi Ahmad) telah menukilkan beberapa asrar dan hakikat lafaz "Al-Latif" ;

Syeikh Ahmad Abd Al-Jawwad [رحمه الله] berkata : 

"Makna Al-Latif ialah Tuhan yang Amat Lemah Lembut dan belas kasihan terhadap sekalian makhluk-Nya sama ada mereka mengetahui atau tidak. Allah Amat Halus, tidak terjangkau oleh mata kasar".

Imam Al-Qusyairi [رحمه الله] berkata :

"Al-Latif ialah Tuhan yang mengetahui perkara-perkara yang halus dan samar-samar. Sifat ini merupakan sifat yang wajib bagi-Nya. Dia juga berbuat baik dengan menyampaikan segala yang bermanfaat dengan belas kasihan. Sifat ini merupakan sifat perbuatan yang layak bagi-Nya".

Imam Al-Ghazali [رحمه الله] menjelaskan pengajaran yang dapat diambil daripada nama ini seperti berikut : 

"Manusia mengambil pengajaran daripada sifat ini dengan bersikap lemah lembut terhadap manusia dalam usaha mengajak mereka kepada Allah dan memimpin mereka kearah kebahagiaan akhirat, bukan dengan cara mencela, bersikap kasar, fanatik dan suka bertengkar. Sebaik-baik cara untuk menarik manusia supaya menerima kebenaran adalah dengan teladan yang mulia dan amalan yang baik. Cara ini lebih berkesan dan lebih halus daripada sekadar kata-kata yang berbunga-bunga."

Abuya Sayyid Muhammad bin Alawi Al-Maliki [رحمه الله] di dalam kitabnya "Abwabul Faraj" telah menukilkan kalam para Masyaikh Tarekat Al-Ahmadiah Al-Idrisiah [رضوان الله وعليهم أجمعين] berkenaan keistimewaan lafaz zikir dengan Ismullah Al-Latif, antara kata beliau :

"Guru kami, Syeikh Soleh Al-Ja'fari [غفر الله له ولي وليديه] berkata : "Nama Allah Al-Latif adalah nama yang agung untuk mendapatkan kasih sayang, kemurahan dan rezeki yang melimpah daripada Allah. Kami telah membaca dalam kitab-kitab ulama' Al-Jazair bahawa barangsiapa menginginkan kebaikan hendaknya dia mengucapkan (يا لطيف) dengan menggunakan huruf (يا). Dan apabila dia menginginkan terhindarnya segala bahaya maka hendaknya dia membaca (اللطيف) sahaja tanpa (يا). Guruku Sayyidi Syeikh Muhammad Al-Syarif Al-Idrisi [رضي الله عنه] menggunakan Alif Lam [اللطيف]، ketika menolak pelbagai macam bahaya, dan kami saat itu sedang berzikir bersamanya."


MAKSUD "KEMBALI KEPADA AL-QURAN DAN AL-SUNNAH"

Satu ketika dahulu, saya ada terbaca isi laporan dalam akhbar yang menyatakan lebih kurang begini, "jika anda menghadapi masalah, kembalilah kepada al-Quran dan al-Sunnah".

Apabila kita membaca kenyataan ini sepintas lalu, kata-kata itu amat indah sekali. Cuma maksud sebenar bagi kata-kata itu perlu diperhalusi lagi.

Jika yang dimaksudkan dengan kembali kepada al-Quran dan Sunnah itu ialah membaca sendiri kitab al-Quran dan al-Sunnah tanpa bimbingan daripada para alim ulama, maka pemahaman seperti itu tidak kena pada tempatnya. Hal ini kerana tidak semua tempat di dalam al-Quran dan Sunnah dapat difahami oleh semua orang. Pada ayat atau hadith yang misalnya berkaitan dengan ayat mutasyabihaat, hukum-hakam, nasikh mansukh, tafsiran makna tersirat dan sebagainya tidak semua boleh memahami dengan baik akan hal ini.

Kembali kepada al-Quran dan al-Sunnah mestilah difahami dengan erti kata kembali kepada pemahaman yang sebenar sebagaimana yang diajar oleh para alim ulama, bukannya kembali kepada "pemahaman sendiri atau tafsiran masing-masing terhadap al-Quran dan al-Sunnah, lalu mendakwa itulah maksud kembali kepada al-Quran dan al-Sunnah sebenar, sedangkan dalam masa yang sama menentang ulama dan tidak mempelajari ilmu kepada ulama". Oleh yang demikian, kita sebagai orang awam, amat tidak memadai hanya sekadar melihat terjemahan al-Quran dan al-Sunnah, lalu terus mengamalkannya tanpa mempelajari kepada para alim ulama yang membicarakan mengenainya.

Di dalam al-Quran dan al-Sunnah terdapat ayat yang berbentuk mujmal, muhkam, mutasyabih, nasikh, mansukh, am, khas, muqayyad, dan banyak lagi yang mana sudah tentu untuk memahaminya dengan baik perlu kepada bimbingan para alim ulama. Jika kita tidak merujuk kepada bimbingan ulama, maka ayat yang sebenarnya tidak berlaku pertentangan antara satu sama lain, dikatakan berlaku bertentangan disebabkan pemahaman dan ilmu kita yang dangkal. Misalnya ayat al-Quran yang menyatakan boleh qasar solat ketika dalam situasi peperangan, hanya menyebut dalam situasi peperangan sahaja, tidak menyebut mengenai keadaan musafir yang bukan dalam situasi peperangan. Rukhsah untuk membolehkan qasar solat ketika bermusafir yang bukan dalam situasi peperangan boleh didapati penjelasannya menerusi hadith dan kalam ulama yang membicarakan mengenainya. Jika kita tidak berpandukan kepada pengajaran dan bimbingan daripada alim ulama untuk memahami ayat al-Quran dan hadith, sudah tentu kita tidak dapat beramal dengan wahyu Allah SWT dengan erti kata yang sebenarnya.

Justeru, kembalilah kepada bimbingan para alim ulama untuk memahami al-Quran dan al-Sunnah dengan baik, barulah benar slogan yang mengatakan "Kembali Kepada al-Quran dan al-Sunnah". Jika kita tidak kembali kepada bimbingan para alim ulama untuk memahami al-Quran dan al-Sunnah, maka sebenarnya tanpa sedar kita semakin terpesong dan jauh daripada al-Quran dan Sunnah. Bertambah parah apabila kita mendakwa yang kita lebih memahami daripada ulama, lalu menentang ulama dengan sekeras-kerasnya. Semoga kita sentiasa menjadi insan yang sentiasa dibimbing oleh ulama pewaris para Nabi.

Wallahua'lam
Kredit Dr @Mohd Murshidi


KISAH LIMA PERKARA ANEH

Imam Abu Laits as-Samarqandi رحمة الله تعالى adalah seorang ahli fiqh yang masyhur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.

Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."

Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut.

Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku."

Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.

Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah سبحانه وتعالی bahawa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.

Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Engkau berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."

Maka berkata Allah 
سبحانه وتعالی, "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.