Thursday, October 24, 2024

BARAKAH

Pada suatu hari Syeikh al-Imam Syaqiq al-Balkhi رحمة الله تعالى membeli buah semangka untuk istrinya. Saat disantapnya ternyata buah semangka tersebut terasa hambar. Dan sang isteri pun marah. Syeikh al-Imam Syaqiq menanggapi dengan tenang amarah isterinya itu. Setelah selesai mendengar amarahnya, beliau bertanya dengan halus : "Kepada siapakah kau marah wahai istriku? Kepada pedagang buahnya kah? atau kepada pembelinya? Atau kepada petani yang menanamnya? Ataukah kepada yang Menciptakan buah semangka itu?"

Pertanyaan Syeikh al-Imam Syaqiq membuatkan isteri beliau terdiam. Sembari tersenyum, Syeikh Syaqiq melanjutkan perkataannya : "Seorang pedagang tidak menjual sesuatu kecuali yang terbaik… Seorang pembeli pun pasti membeli sesuatu yang terbaik pula..!

Begitu pula seorang petani, tentu saja ia akan merawat tanamannya agar bisa menghasilkan yang terbaik..! Maka sasaran kemarahanmu berikutnya yang tersisa, tidak lain hanya kepada yang Menciptakan semangka itu..!” Pertanyaan Syeikh al-Imam Syaqiq menembus ke dalam hati sanubari isterinya. Terlihat butiran air mata menetes perlahan di kedua pelupuk matanya.

Syeikh al-Imam Syaqiq al-Balkhi pun melanjutkan ucapannya : ”Bertaqwalah wahai isteriku, terimalah apa yang sudah menjadi Ketetapan-Nya. Agar Allah memberikan keberkahan pada kita”. Mendengar nasehat suaminya itu sang isteri pun sadar, menunduk dan menangis mengakui kesalahannya dan redha dengan apa yang telah Allah Subhanallahu Wa Ta'ala tetapkan."

Pelajaran terpenting buat kita adalah bahwa setiap keluhan yang terucap sama saja kita tidak redha dengan ketetapan Allah سبحانه وتعالی, sehingga barakah Allah jauh dari kita. Karena Barakah bukanlah serba cukup dan mencukupi saja, akan tetapi Barakah ialah bertambahnya ketaatan kita kepada Allah dengan segala keadaan yang ada, baik yang kita sukai atau sebaliknya.

SEMBUNYIKANLAH AMAL MU NAMUN JANGAN SEMBUNYIKAN ILMU MU

Berfirman Allah سبحانه وتعالى :

"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan (ilmu) berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam al kitab, mereka itu dilaknati Allah dan dilaknati (pula) oleh semua (makhluk) yang dapat melaknati."

(Surah Al Baqarah : 159)

Jangan sampai menjadi orang yang dilaknati oleh Allah, karena menyembunyikan ilmu yang dimiliki. Beramal lah dengan ilmu yang sudah kalian miliki, berbagilah dengan mereka-mereka yang belum luas pengetahuanya tentang ilmu karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebaikan.

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda :

"Sesungguhnya Allah Ta'ala menyukai orang-orang yang berbuat kebaikan, bertaqwa dan yang menyembunyikan amalannya. Iaitu orang-orang yang jika tidak hadir mereka tidak dicari, dan jika hadir mereka tidak dikenal. Hati mereka adalah pelita petunjuk. Mereka keluar dari setiap tempat yang gelap."

(HR. Abu Dawud)

Sebagian Ahlul hikmah pernah mengatakan ;

"Menyembunyikan ilmu merupakan kebinasaan, sedangkan menyembunyikan amal merupakan keselamatan."

Semoga Allah memberikan kita taufiq dan hidayahnya agar mendapatkan ilmu yang bermanfa'at.

Aamiin...

Di antara Faidah dari memajang foto-foto para awliya Allah Ta'ala.

Asy-Syaikh Al-Imam As-Sahruwardiy رحمة الله تعالى di dalam kitabnya 'Awariful-Ma'aarif [ juz 1 / hal 394 ] : 

"Memandang kepada orang sholeh (dengan disertai kehadiran hati) maka akan membekas kesholehan orang sholeh tersebut terhadap yang memandang."

Dan memandang gambar-gambar atau foto-foto itu akan membekaskan akhlaq dari akhlaqnya sosok yang ia pandang dalam gambar/foto tersebut.

(Maka jika sering memandang kepada foto-foto awliya Allah Ta'ala, foto para wali quthub, maka cahaya mereka akan membekas terhadap orang yang memandangnya, meskipun hanya foto kuburnya, karena tanah kuburnya terhubung dengan jasadnya, dan jasadnya terhubung dengan ruhnya, dan ruhnya berada di hadapan Allah Ta'ala).

(Dan sebaliknya, memandang kepada gambar/foto orang-orang yang dibenci oleh Allah Ta'ala, maka akan membekas api keburukannya terhadap yang memandangnya). (Kesimpulannya, bahwa foto atau apapun atsar mereka para awliya Allah Ta'ala adalah termasuk hidayah Allah Ta'ala).

Semoga bermanfaat.

ADAKAH HARAM MEMULIAKAN RASULULLAH صلى الله عليه وسلم?

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda yang bermaksud :

"Ketika aku tiba di hadapan kalian, maka kalian jangan berdiri sebagaimana orang ajam (Parsi) selalu berdiri untuk memuliakan rajanya & orang hebat di antara mereka."

Maka disini Rasulullah صلى الله عليه وسلم tidak mahu sahabatnya berdiri memuliakan Baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم .

Hassan bin Thabit bagaimanapun ketika Rasulullah صلى الله عليه وسلم tiba, masih tetap berdiri.

Sahabat yang lain kebingungan dan masih duduk kerana tidak ingin melanggar perintah Baginda.

Apa yang dilakukan Hassan? Apa kamu tidak mahu mematuhi perintah Rasulullah صلى الله عليه وسلم ?

Maka Hassan mengatakan yang bermaksud :

"Berdiri kepada orang mulia (merujuk kepada Rasulullah) adalah kewajiban bagiku dan meninggalkan sesuatu yang wajib itu tidak benar. Aku bingung kepada orang yang memiliki akal yang sempurna, melihat orang seindah Sayyidina Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم tetapi dia tidak mau berdiri."

Maka semua sahabat ketika itu berdiri dan Rasulullah صلى الله عليه وسلم tersenyum atas apa yang dilakukan Hassan bin Thabit.

Hak bagi Rasulullah صلى الله عليه وسلم untuk tawaduk, hak Baginda tidak mau sahabat berdiri ketika ketibaannya (kerana tawaduk).

Tapi hak kita sebagai umatnya adalah untuk memuliakan Baginda صلى الله عليه وسلم.

*Begitu juga apabila seorang guru yang menyuruh muridnya supaya anggap saja dirinya seperti sahabat & tidak mengharapkan layanan istimewa seperti dicium tangan (kerana tawaduk).*

Namun hak bagi murid adalah untuk menjaga adab dengan gurunya dan lebih lagi memuliakannya.

Kalau orang yang berfikir dengan fikiran jernih, maka ketika seorang guru mengatakan kepadanya jangan kau memuliakan aku, dia akan semakin memuliakan gurunya.

Kerana tawaduknya seorang guru kepada muridnya.

Begitu juga Baginda صلى الله عليه وسلم

Rasulullah صلى الله عليه وسلم adalah pemimpin bagi mereka-mereka yang tawaduk.

Rasulullah صلى الله عليه وسلم mengatakan jangan kau puji aku, jangan kau berdiri di hadapanku (sebagai penghormatan).

Akan tetapi para sahabat tetap berdiri, para sahabat tetap memuji.

Baca hadis Bukhari jangan setengah, bab ini kau baca, bab yang lain kau tak baca.

Bahawa sesungguhnya Hassan bin Thabit memuji Rasulullah صلى الله عليه وسلم dengan qasidahnya di dalam masjid Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

Sayyidina Umar Ibnu Khattab رضى الله عنه ketika itu memarahi Hassan bin Thabit : "Apa yang engkau lakukan wahai Hassan?"

Maka jawab Hassan : "Bahawa sesungguhnya ini pernah dilakukannya di zaman Rasulullah صلى الله عليه وسلم."

Zaman sekarang zaman fitnah, ketika seseorang ingin memuliakan Baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم mereka mengatakan itu adalah sesat.

Ketika seseorang ingin membaca maulid rasul, mereka mengatakan ini tidak wajar dan menyimpang serta bidaah.

Mengapa mereka tidak mahu sibuk dalam hal yang lebih utama (solat, zakat dan sebagainya)?

Karena mereka ingin memisahkan kita dengan Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

Alasan mereka kita perlu ikut kepada al-Quran dan sunnah.

Sahabat nabi mereka terlebih dahulu lagi ikut kepada al-Quran dan sunnah, akan tetapi mereka memuliakan Baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم luar biasa.

[ Al Habib Ali Zaenal Abidin Alkaff ]

SYEIKH IZZUDDIN AL-QASSAM IDOLA MUJAHIDIN PADA ERA MUTAKHIR

Oleh : Dr Mohd Khafidz Soroni

NAMA Briged al-Qassam, sayap tentera Hamas diambil sempena nama seorang tokoh pejuang mujahidin Palestin.

Dalam siri perang Palestin-Israel, nama Briged al-Qassam sering muncul dalam medan pertempuran sengit yang berlaku.

Nama Briged al-Qassam yang juga sayap tentera Hamas sebenarnya diambil sempena nama seorang tokoh pejuang mujahidin Palestin yang terkenal bernama Syeikh Izzuddin al-Qassam atau nama penuhnya Syeikh Muhammad Izzuddin bin Abd al-Qadir al-Qassam yang gugur syahid genap 88 tahun lalu bulan ini.

Syeikh 'Izzuddin dilahirkan di Jabalah, Syria pada 1883. Bapanya seorang ahli sufi yang amat soleh dan warak. Pada 1896, ketika Izzuddin berumur 14 tahun, bapanya menghantar beliau untuk belajar di Universiti Al-Azhar, Mesir yang menyediakan peringkat pengajian lebih tinggi pada masa itu. Di Mesir, Izzuddin gigih menimba ilmu daripada guru di Al-Azhar sehinggalah beliau tamat pengajian pada 1904.

Setelah pulang ke tanah air, beliau mempelajari pula ilmu tasawuf daripada bapanya sendiri yang juga pemimpin sebuah tarikat tasawuf. Malah, selepas kewafatan bapanya, beliau mengambil alih tempat bapanya sebagai pemimpin tarikat berkenaan. Syeikh Zaki Mujahid menamakan tarikatnya sebagai Tariqat Syaziliyyah. Kata beliau dalam kitab al-A'lam as-Syarqiyyah (jld 1, hlm. 349): "Syeikh Izzuddin al-Qassam adalah syeikh Zawiyah Syaziliyyah di Jabalah al-Adhamiyyah, utara Syria." Namun, Muhammad Hasan Syurrab dalam bukunya Izzuddin al-Qassam Syaikhul Mujahidin fi Filastin (hlm. 33) menyebutkan, nama tarikat yang dibawa oleh bapa beliau ialah Tariqat Qadiriyyah.

Dalam fasa ini, beliau gemar menelaah kitab tasawuf di samping mengajar dan memberi bimbingan agama sehingga amat disayangi masyarakat sekeliling. Tatkala Perancis menjajah Syria seusai Perang Dunia Pertama pada 1918, beliau bangkit menentang mereka dengan bersungguh-sungguh dan menyeru kepada semua muridnya bahawa hukum berjihad pada saat itu adalah wajib.

Beliau dengan tegas menggesa mereka supaya bangkit melaksanakan kewajipan berjihad. Bersama muridnya, beliau bergabung dengan pejuang yang lain. Penentangan ini membuatkan pihak Perancis berasa terancam, lantas mengeluarkan perintah hukuman mati ke atasnya. Namun, beliau berjaya meloloskan diri dan berhijrah ke Haifa, Palestin pada 1920.

Di Palestin, beliau aktif menyeru masyarakat Islam agar bangkit melaksanakan kewajipan berjihad di samping mengingatkan mereka bahaya gerakan Zionisme yang mula bertapak di Palestin melalui bantuan pihak Inggeris. Seruan jihad yang beliau laungkan bukan semata-mata melibatkan jihad menentang musuh, malah turut menitikberatkan jihad melawan hawa nafsu sebagai proses menyucikan jiwa. Ini kerana jiwa yang bersih pasti tidak akan gentar dengan ujian dan kematian. Beliau cukup terkenal dengan syiar perjuangannya: "Jihad ini adalah menang atau mati syahid."

Dengan segala bantuan kewangan yang ada beliau berusaha membeli senjata untuk murid dan pengikutnya. Beliau bukan seorang menteri atau pemimpin politik, tetapi hanyalah seorang alim yang tidak rela bangsanya dijajah dan dihina.

Pada 20 November 1935, pihak Inggeris dengan kekuatan yang besar berjaya mengepung beliau bersama lapan pengikutnya sehingga berlaku pertempuran hebat yang berlangsung selama berjam-jam. Hingga akhirnya beliau dan tiga pengikutnya gugur syahid dalam pertempuran tersebut. Kesyahidan beliau menjadi inspirasi kepada ramai pejuang yang ikhlas berjuang bagi membebaskan tanah air mereka daripada cengkaman musuh yang membawa kepada tercetusnya revolusi besar di Palestin pada 1936. (Lihat: al-Butulah wa al-Fida' 'inda as-Sufiyyah oleh As'ad al-Khatib, hlm. 225-227)

Syeikh Izzuddin al-Qassam tidak banyak menghasilkan karya penulisan kerana masanya banyak dihabiskan di medan dakwah dan jihad. Namun, antara sumbangannya yang dapat ditelaah ialah kitab An-Naqd wa al-Bayan yang disusun bersama sahabatnya, Syeikh Muhammad Kamil al-Qassab mengenai masalah menyaringkan suara dengan bertahlil, bertakbir dan seumpamanya ketika mengiringi jenazah. Dalam membahaskannya, mereka bukan sahaja merujuk kepada pandangan ulama fiqah, bahkan merujuk juga kepada pandangan ulama sufi seperti Syeikh Ibn Arabi, Imam as-Sya'rani, gurunya Syeikh Ali al-Khawwas dan Syeikh Abd al-Ghani an-Nabulusi. Ini membuktikan betapa luasnya pembacaan mereka dalam masalah yang dibahas.

Demikianlah sekelumit daripada riwayat hidup Syeikh Izzuddin al-Qassam, seorang alim Azhari, bertarikat sufi dan berfahaman Ahlus Sunnah Waljamaah (ASWJ). Maka itu, jelas bahawa Briged al-Qassam yang mengabadikan Syeikh Izzuddin al-Qassam pada nama pasukan mereka adalah kumpulan yang berpegang dengan fahaman ASWJ. Anehnya, entah dari mana muncul tiba-tiba tuduhan bahawa mereka ini berfahaman Syiah. Padahal amat mustahil bagi sesuatu gerakan untuk menjadikan tokoh yang bukan daripada fahaman mereka sebagai idola dan sumber inspirasi.

[ Penulis Ketua Unit Hadis di Institut Kajian Hadis & Akidah (Inhad), Universiti Islam Selangor (UIS) dan Ketua Kluster Hadis, Majlis Akademik ISLAMI ]

Wednesday, October 23, 2024

Tajarrud dan Zuhud

Zuhud iaitu hidupnya soleh dan tidak dikuasai oleh kemahuan dunia.

Tajarrud iaitu mengosongkan hati dari mencintai dunia.

Kita wajib bertajarrud dan berzuhud kerana dua perkara :

1. Supaya ibadat kita mantap, lurus dan banyak. Sebab gemar kepada dunia itu menyebabkan hidup kita SIBUK ZAHIR dan BATIN.

- Zahir sentiasa sibuk siang malam menuntut habuan dunia.
- Batin akan memendam keinginan terhadap dunia hinggakan menjadi tajuk percakapan hati.

(Kedua-duanya ini akan menghalang kita beribadat kerana sesungguhnya diri kita ini satu dan hati pun satu juga).

Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم : 

"Sesiapa yang mencintai dunia, nescaya memudaratkan akhiratnya. Sesiapa yang mencintai akhiratnya, nescaya memudaratkan dunianya, maka hendaklah kamu utamakan yang kekal daripada yang fana'."

2. Supaya akan memperbanyakkan nilai amalan kita serta memperbesarkan kadar kemuliannya.

- Kerana seorang 'alim lagi zuhud hatinya terlebih baik dan terlebih kasih akan Allah سبحانه وتعالی daripada ibadat orang yang tanpa ilmu dan zuhud. Meskipun mereka beribadat selama-lamanya.


DI ANTARA KELEBIHAN BERZUHUR DAN TAJARRUD :

1. Maka apabila kita berzuhud dan bertajarrud nescaya akan mudah bagi kita beribadat dan bahkan anggota-anggota kita akan menolong kita untuk beribadat.

2. Telah berkata Sayyidina Salman al Farisi رضى الله عنه : 

"Sesungguhnya seseorang hamba apabila ia zuhud pada dunia, nescaya hatinya bersinar dengan hikmah dan anggota-anggotanya akan menolong untuk kuat beribadat."

[ Kitab Minhajul Abidin
Imam al Ghazali رحمة الله تعالى ]

DENGKI

Ada seorang lelaki yang setiap hari mengunjungi raja. Setelah bertemu raja, ia selalu berkata, "Orang yang berbuat baik akan mendapat balasan, dan orang yang berbuat buruk, cukup keburukan itu sebagai balasannya."

Ada seseorang yang dengki melihat keakraban lelaki itu dengan raja. "Lelaki itu memiliki kedudukan yang dekat dengan raja, setiap hari ia bertemu raja," Fikir si pendengki dengan perasaan kurang senang. Si pendengki kemudian menemui raja dan berkata, "Lelaki yang setiap hari menemuimu, jika keluar dari sini selalu berbicara buruk tentang kamu. Ia juga berkata bahwa bau mulutmu busuk." Raja terdiam.

Sekeluarnya dari kerajaan, pendengki duduk di tepi jalan yang biasa dilalui oleh lelaki yang akrab dengan raja. Ketika si lelaki itu lewat dalam perjalanannya menemui raja. Ia menghadangnya, "Kemarilah, singgahlah ke rumahku."

Setelah temannya singgah ke rumahnya, si pendengki menawarkan bawang merah dan putih, dan memaksanya agar ia memakannya. Karena dipaksa, ia akhirnya mau juga memakannya untuk melegakan hati orang itu. Bau bawang merah dan putih itu tentu tidak mudah hilang.

Selesai berkunjung ke tempat si pendengki, lelaki itu sebagaimana biasa mengunjungi raja. Sewaktu berjabatan tangan dengan raja, ia menutup mulutnya agar raja tidak mencium bau mulutnya.

"Rupanya benar perkataan orang itu, ia benar-benar menganggap mulutku bau," pikir raja. Sang raja kemudian memikirkan suatu rencana jahat.

Lelaki itu kemudian duduk dan berkata sebagaimana biasa, "Orang yang berbuat baik akan mendapat balasan, dan orang yang berbuat buruk, cukup keburukan itu sebagai balasannya."

Setelah merasa waktu berkunjungnya sudah cukup, ia kemudian pamit kepada raja. Raja berkata, "Bawalah surat ini dan serahkanlah kepada fulan." Surat itu berisi, "Jika sampai kepadamu pembawa surat ini, maka sembelih dan kulitilah dia, kemudian isilah tubuhnya dengan jerami."

Lelaki tadi keluar membawa surat raja. Di tengah jalan ia dihadang oleh si pendengki.

"Apa yang kamu bawa?" tanyanya.

"Surat raja untuk fulan. Surat ini beliau tulis dengan tangannya sendiri. Biasanya beliau tidak pernah menulis surat sendiri, kecuali dalam urusan pembagian hadiah."

"Berikanlah surat itu kepadaku, aku ini sedang butuh uang," pintanya. Ia kemudian menceritakan kesulitan hidupnya. Karena kasihan, surat itu kemudian ia serahkan kepada si pendengki.

Si Pendengki menerimanya dengan senang hati. Setelah sampai di tempat tujuan, ia menyerahkan surat itu kepada teman raja.

"Masuklah ke sini, raja menyuruhku membunuhmu," kata teman raja.

"Yang dimaksud bukan aku, coba tunggulah sebentar biar kujelaskan," katanya ketakutan.

"Perintah raja tak bisa ditunda," kata teman raja.

Ia lalu membunuh, menguliti dan mengisi tubuh si pendengki dengan jerami.

Keesokan harinya, lelaki itu datang sebagaimana biasa dan berkata, "Orang yang berbuat baik akan mendapat balasan, dan orang yang berbuat buruk, cukup keburukan itu sebagai balasannya." Raja heran melihatnya masih hidup. Setelah diselidiki, terbongkarlah keburukan si pendengki.

"Tidak ada sesuatu yang terjadi antara aku dengannya, hanya saja kemarin ia mengundangku kerumahnya dan memaksaku makan bawang merah dan putih. Waktu aku menemuimu kututup mulutku agar kamu tidak mencium bau tidak sedap dari mulutku. Sekeluarnya dari sini, ia menemuiku dan menanyakan titipanmu," Lelaki itu kemudian menceritakan semua yang terjadi.

Mendengar jalannya cerita, tahulah raja bahwa orang itu ternyata dengki kepada sahabatnya. "Benar ucapanmu, orang yang berbuat baik akan mendapat balasan, dan orang yang berbuat buruk, cukup keburukan itu sebagai balasannya."

Kedengkian di hati orang itu telah membunuh dirinya sendiri. Dengki itu merusak amal. Dengki memakan kebaikan seperti api memusnahkan kayu bakar - (HR Ibnu Majah). Kedengkian seseorang hanya akan berakibat buruk bagi orang itu sendiri.

[ Habib Muhammad bin Hadi bin Hasan bin Abdurrahman Asseqaf, Tuhfatul Asyraf, Kisah dan Hikmah]