Wednesday, October 16, 2019

CARILAH SAHABAT YANG SOLEH

Berkata Sayyidina Umar bin Khattab رضى الله عنه :

"Tidaklah seorang hamba diberi kenikmatan yang lebih besar setelah keislaman, selain sahabat yang soleh. Maka apabila kalian mendapati teman yang soleh, peganglah ia serat-eratnya."


Berkata Imam Syafi'i رحمة الله تعالى :

"Apabila kalian memiliki teman yang membantumu dalam ketaatan, maka genggam erat tangannya, kerana mendapatkan seorang sahabat itu sulit sedangkan berpisah darinya itu 'mudah'."


Berkata Imam Hasan Al Bashri رحمة الله تعالى :

"Sahabat-sahabat kami lebih kami cintai daripada keluarga dan anak-anak kami, kerana keluarga kami mengingatkan kami pada dunia, sedangkan sahabat-sahabat kami mengingatkan kami pada akhirat. Dan sebagian sifat mereka adalah: itsar (mendahulukan orang lain dalam perkara dunia)."


Berkata Sayyidina Luqman Al Hakim عليه سلم pada anaknya :

"Wahai anakku, hendaknya yang pertama engkau usahakan setelah keimanan kepada Allah adalah mencari sahabat yang jujur. Kerana ia ibarat pohon, bila engkau duduk berteduh di bawahnya, ia akan meneduhimu, bila engkau mengambil buahnya dia akan mengenyangkanmu dan bila ia tidak memberimu manfaat, ia tidak merugikanmu."


Ketika Imam Ahmad رحمة الله تعالى sakit, sampai terbaring di tempat tidurnya, sahabat beliau, Imam Syafi'i رحمة الله تعالى menjenguknya. Maka tatkala Imam Syafi'i melihat sahabatnya sakit kuat, beliau sangat sedih, sehingga menjadi sakit kerananya. 

Maka ketika Imam Ahmad رحمة الله تعالى mengetahui hal ini, beliau menguatkan diri untuk menjenguk Imam Syafi'i رحمة الله تعالى. Ketika beliau melihat Imam Syafi'i beliau berkata :

"Kekasihku sakit, dan aku menjenguknya, maka aku ikut menjadi sakit kerananya. Kekasihku telah sembuh dan ia menjengukku, maka aku menjadi sembuh setelah melihatnya."


Ya Allah berikan kepada kami sahabat-sahabat yang soleh dan solehah.

Aamiin, Aamiin, Aamiin, Ya Robbal A'lamiin.

No comments:

Post a Comment