Wednesday, October 23, 2019

DUA JENIS TENTERA

Imam Rabbani Hadhrat Mujaddid Alfu Thani رضى الله عنه telah menulis sesuatu perkara yang lain di dalam Maktubatnya. Beliau berkata, terdapat dua jenis tentera: yang pertama adalah tentera perang dan yang kedua adalah tentera doa.

Tentera perang bertugas di bahagian saf hadapan dan berjuang untuk menegakkan perintah dan syariat Allah di atas muka bumi. Satu lagi adalah tentera doa, mereka adalah orang-orang yang walaupun berada di rumah masing-masing, berada di Madrasah dan Khanqah masing-masing, akan tetapi mereka sentiasa mendoakan saudara-saudaranya pada waktu malam kepada Allah سبحانه وتعالی supaya Allah 
سبحانه وتعالی membantu dan memberi nusrah dan madad kepada saudaranya.

Hadhrat Mujadid Alfu Thani 
رضى الله عنه berkata, bahawa tentera yang kedua yakni tentera doa itu adalah terlebih fadhilatnya berbanding tentera yang berperang, mengapa begitu?

Ini kerana tentera yang berperang mengharapkan usaha dan mujahadahnya, akan tetapi tentera doa disebabkan doanya menyebabkan Allah 
سبحانه وتعالی menghantar bantuan dan nusrah-Nya, dan ini merupakan sesuatu perkara yang A´la, yakni selagi mana hamba tidak mendapat bantuan dan madad Allah, maka hamba tidak akan mendapat apa-apa.


[ Kitab Jawahirul Faqir - M/S 241 ]


No comments:

Post a Comment