Wednesday, October 23, 2019

PERANAN ZIKIR

Zikir diibaratkan seperti buah-buahan yang mempunyai bermacam-macam jenis dan menghasilkan bermacam-macam jenis vitamin yang saling menyempurnakan kekuatan bagi jasad. Begitu jugalah roh yang dikuatkan dengan bermacam-macam jenis zikir.

Setiap zikir tidak mempunyai kesan yang sama kepada seseorang yang salik. Berkemungkinan, setelah beramal dengan zikir-zikir dan amalan thariqat, salah satu daripada zikir dan amalan tersebut mendatangkan kesan yang lebih kepada diri dan peningkatan ahwalnya. Maka zikir tersebut dianjurkan supaya dilebihkan daripada zikir-zikir yang lain.

Semuanya ini diketahui daripada percubaan dan zauq murid tersebut. Ada yang lebih berkesan dengan tahlil, ada yang lebih berkesan dengan Azimiah dan ada yang lebih terkesan dengan zikir-zikir yang lain.



Wujudnya kelazatan berzikir di dalam hati, terjadi dengan 2 perkara :

1. Hal roh.

Iaitu kesucian dan kebersihan yang terhasil ketika membaca zikir seperti merasa lazat ketika makan.

2. Waktu yang munasabah seperti cahaya siang ketika membaca buku. 

Sebagaimana ahwal yang mempunyai keadaan yang berbeza-beza, begitulah dengan waktu.


Syeikh Soleh mencadangkan bagi murid yang telah selesai membaca wirid supaya belajar apa yang mudah baginya daripada ilmu al Quran, ilmu fekah untuk memperbaiki ibadahnya dan ilmu tauhid untuk mensohihkan aqidahnya sehingga bertambah kukuh syariatnya yang merupakan paksi bagi ilmu hakikatnya.


No comments:

Post a Comment