Wednesday, October 23, 2019

ZIKIR SEBAGAI PERISAI

Firman Allah Ta’ala yang maksudnya : 

“Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya.” [Al-Ahzab: 41]


Dalam ayat lain, Allah berfirman dengan maksud : 


“… Dan lelaki-lelaki yang menyebut nama Allah dengan banyak serta wanita-wanita yang menyebut nama Allah dengan banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.” [Al-Ahzab: 35]


Firman Allah juga yang maksudnya : 

"(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri, duduk dan semasa mereka berbaring...” [Ali Imran: 191]


Rasulullah ﷺ bersabda : 

“Hendaklah lidahmu sentiasa basah dengan zikir kepada Allah ‘Azza Wa Jalla.” [HR Ahmad]


Daripada Sayyidatina ‘A’ishah رضي الله عنها, katanya : 

"Adalah Rasulullah  sentiasa berzikir kepada Allah dalam setiap keadaannya." [HR Muslim]


Kata al-Rabi’ bin Anas رضى الله عنه, daripada sesetengah para sahabatnya : 

"Tanda seseorang itu cinta kepada Allah ialah dia banyak mengingati Allah, kerana sesungguhnya engkau sekali-kali tidak akan mencintai sesuatu melainkan engkau banyak mengingatinya."


No comments:

Post a Comment