Tuesday, October 29, 2019

PERINGATAN TUHAN

Allah سبحانه وتعالی berfirman: 

"Wahai anak Adam!

- Betapa banyak lampu telah dipadamkan oleh hembusan hawa nafsu;

- Betapa banyak ahli ibadah yang dirosak oleh sikap ujubnya;

- Betapa banyak orang kaya yang dihancurkan oleh kekayaannya;

- Betapa banyak orang miskin yang dibinasakan oleh kemiskinannya;

- Betapa banyak orang sihat yang dirosak oleh kesihatannya,

- Betapa banyak orang pandai yang dibinasakan oleh ilmunya; serta

- Betapa banyak orang bodoh yang dirosak oleh kebodohannya sendiri.

Jika bukan kerana banyaknya orang tua yang masih melakukan rukuk, pemuda yang beribadah dengan khusyuk, bayi-bayi yang masih menyusu, dan haiwan-haiwan yang digembala, nescaya Aku jadikan langit di atas kalian menjadi besi, bumi menjadi tandus, dan debu menjadi abu. Serta tidak akan Ku-turunkan hujan bagi kalian setitis pun dari langit, tidak akan Ku-tumbuhkan di atas bumi satu benih pun, dan akan Aku timpakan kepada kalian seksaan yang keras."


[ Imam Al-Ghazali رحمة الله تعالى, Kitab Al-Mawaiz Fi Al-Ahadis Al-Qudsiyyah ]


No comments:

Post a Comment