Friday, November 2, 2018

PERUMPAMAAN ORANG YANG BERILMU

Perumpamaan orang yang berilmu itu kepada 3 jenis perumpamaan :

1) Umpama seperti air hujan yang turun membasahi tanah yang subur. Bila hujan yang turun membasahi kepada tanah yang subur maka ia boleh menumbuhkan tumbuhan. Ini adalah orang yang mempunyai dan beramal dengan ilmunya dan memberikan manfaat kepada orang lain.

2) Umpama seperti air hujan yang turun membasahi tanah yang keras yang mana seperti ada kawah. Bila air hujan yang turun ke tanah tersebut ianya akan bertakung di situ. Orang lain dapat ambil air yang berada di dalam takungan kawah tersebut untuk mengambil manfaat tapi tanah yang keras itu tak ada manfaatnya kerana ianya tidak dapat mengambil air itu. Ini perumpamaan orang yang ada ilmu kemudiannya dia sudah menyampaikan kepada orang lain tetapi dia sendiri tak amalkan ilmu yang disampaikannya itu.

3) Umpama seperti air hujan yang turun membasahi tanah yang keras. Yang mana air hujan yang turun itu seperti percikan air hujan yang turun kepada batu memantul-mantul. Yang mana ini adalah umpama orang yang mendapat ilmu tetapi ianya tidak dapat memberikan manfaat pada dirinya sendiri dan juga orang lain.

Semoga Allah سبحانه وتعالى menjadikan kita semua dalam kalangan golongan yang pertama iaitu umpama air hujan yang turun membasahi tanah yang subur yang kemudiannya menghasilkan tanaman yang subur juga.. Mempunyai ilmu dan dapat beramal dengan ilmu yang dimiliki dalam masa yang sama dapat memberikan manfaat pada orang lain. 

Aamiin Ya Robbal 'Alaamiin...