Wednesday, February 17, 2021

ZIKIRULLAH MENGGAPAI MA'RIFATULLAH

Kita, sama ada mengetahui atau tidak, mempercayai atau tidak, menyedari atau tidak, sentiasa berhubungan dengan Allah سبحانه وتعالی dengan erti, kita sentiasa tertakluk dengan sifat-sifat ketuhananNya yang Maha Sempurna seperti Qudrat, Iradat, Ilmu dan sebagainya.

Tiada satu makhluk pun, sama ada kecil atau besar, nyata atau tersembunyi, yang terlepas dari taklukan sifat-sifatNya. Hakikat inilah yang perlu diketahui, difahami, diyakini dan disedari oleh setiap mukmin.

Mengetahui, memahami, meyakini, menyedari dan merasai hakikat-hakikat ketuhanan inilah yang dinamakan ma'rifat. Abah (Syeikh Ahmad Sohibul Wafa Tajul Ariffin) menjelaskan, menurut kadar ma'rifat terhadap hakikat-hakikat ketuhanan inilah yang menjadi ukuran tahap hubungan manusia dengan Tuhannya, sama ada dekat atau jauh, bukannya hubungan diri makhluk dengan Dzat Tuhan, kerana Allah 
سبحانه وتعالی itu bersifat "mukhalafah" (bersalahan/tidak menyerupai segala yang baharu).

Menurut Abah, hubungan itu merupakan hubungan iman (kepercayaan), yaqin (keyakinan), mahabbah (kasih/kecintaan), pergantungan hati, kecenderungan hati, kehadiran/ingatan hati, mencari keredhaanNya, mengutamakanNya dari yang lain, dsb.

Ma'rifat inilah yang perlu diusahakan untuk dicapai menerusi pengamalan zikir jahr dan khafi.

[ Ustaz Prof Madya Dr Abdul Manam Mohamad ]


DOA MAKRIFAT DARI AL-IMAM ASY-SYEIKH IBNU ATHA’ILLAH AS-SAKANDARI قدس الله سره

“Ya Rabb, inilah kehinaanku yang nyata di depan-Mu dan inilah keadaanku yang tidak tersembunyi dari-Mu. Kepada-Mu aku memohon agar sampai kepada-Mu. Dengan-Mu aku mencari petunjuk tentang-Mu, maka berilah kepadaku petunjuk dengan cahaya-Mu untuk sampai kepada-Mu. Tegakkanlah aku dalam kesungguhan pengabdian di hadapan-Mu.

Ya Rabb, ajarkanlah kepadaku ilmu-Mu yang masih tersembunyi dalam perbendaharaan-Mu. Periharalah aku dengan rahasia nama-Mu yang tetap terpelihara.

Ya Rabb, berilah kepadaku tingkat hakikat yang diraih orang-orang Muqarrabin (yang dekat kepada-Mu) dan jalankanlah aku di jalan orang-orang yang majdzub (yang ditarik kepada-Mu).

Ya Rabb, puaskanlah aku dengan aturan-Mu daripada aturanku sendiri. Puaskan aku dengan pilihan-Mu daripada dengan pilihanku sendiri. Dudukkanlah aku di tempat-tempat keperluanku yang sesungguhnya.

Ya Rabb, keluarkanlah aku dari kerendahan diriku dan bersihkanlah aku dari keraguan dan syirik sebelum masuk ke lubang kuburku. Hanya kepada-Mu aku meminta bantuan, maka bantulah aku. Kepada-Mu aku berserah diri maka jangan beratkan bebanku. Hanya kurniaan-Mu yang kuharap, maka jangan Engkau menolaknya. Kepada-Mu aku mendekat, maka jangan Engkau menjauhkan aku. Di pintu-Mu aku berdiri, maka jangan Kau usir aku.”

[ Syeikh Ibnu Atha’illah dalam kitab Al-Hikam, dengan syarah oleh Syeikh Abdullah Asy-Syarqawi ]


MENJAGA HATI

"Menjaga hati sama pentingnya dengan menjaga lisan. Sebab seseorang jika hatinya baik, maka akan keluar dari lisannya perkataan baik. Lisan mencerminkan kebersihan hati seseorang."

[ Al-Habib Ali Zainal Abidin bin Abdurrahman Al-Jufri ]


SUNGGUH ALLAH MAHA PENYAYANG, PERBANYAKKANLAH BERTAUBAT

Al-Imam An-Nawawi رحمة الله تعالى berkata ;

"Seandainya dosa itu berulang seratus kali atau seribu kali, bahkan lebih, lantas pelakunya selalu bertaubat setiap kali melakukan dosa, niscaya akan diterima taubatnya. Akan gugur dosa-dosanya. Seandainya ia bertaubat dari semua dosanya dengan satu kali taubat saja setelah semua dosanya; tetap sah taubatnya."⁣

[ Sumber: Syarh Shahih Muslim, Jilid 17, Hlm. 75 ]⁣


LISAN

"Lisan adalah salah satu kurnia istimewa yang Allah berikan kepada manusia.
Meskipun kecil bentuknya, namun sangat besar peranannya.

Dengan lisan, seseorang dapat menyatakan keimanannya.
Namun, dengan lisan pula, seseorang dapat ingkar kepada Allah.

Melalui lisan, seseorang dapat menyeru kepada Allah, dan melalui lisan juga, seseorang boleh menyeru kepada syaitan.

Dengan lisan pula seseorang dapat masuk syurga, dengan lisan pula seseorang dapat terjerumus ke dalam neraka."

[ Al Habib Umar Bin Hafidz ]