Friday, February 22, 2019

HIKMAH DI SEBALIK BISMILLAH

Alkisah, ada seorang lelaki Yahudi, jatuh cinta kepada seorang wanita Yahudi. Kerana sangat cintanya, dia seperti orang gila; makan dan minum pun tak diperdulikannya. Oleh hal demikian, dia didatangi Syeikh Atha’ al-Akbar untuk menanyakan keadaannya. Kemudian Syeikh Atha’ menulis "Basmalah" pada secarik kertas. Selesai menulis, Syeikh Atha’ berkata, "Telanlah ini! Mudah-mudahan Allah memberimu kesembuhan dan menyatukan kamu dengannya."

Ketika pemuda itu telah menelan kertas tersebut, dia berkata. "Wahai, Syeikh Atha’! Aku telah merasakan manisnya iman, hatiku telah bersinar, dan aku telah lupa kepada wanita itu. Sampaikan padaku tentang Islam!"

Lalu Syeikh Atha’ pun menyampaikan padanya ajaran Islam, maka pemuda Yahudi itu masuk Islam kerana berkah Basmalah. Ketika wanita Yahudi mendengar bahawa pemuda yang jatuh cinta kepadanya itu telah masuk Islam, maka dia mendatangi Syeikh Atha’ dan berkata, "Wahai, pembimbing orang Muslim! Aku adalah wanita yang diceritakan oleh pemuda Yahudi yang telah masuk Islam itu.

Sesungguhnya malam tadi aku bermimpi ada seseorang yang datang dan mengatakan, ’Jika kamu ingin mengetahui tempat tinggalmu di syurga, maka datangilah Atha’, kerana dia akan menunjukkannya! Sekarang aku telah datang padamu, katakan di mana surga itu?"

Atha’ memberitahu kepada perempuan Yahudi itu, "Jika kamu ingin syurga, pertamanya kamu harus membuka pintunya. Setelah itu, barulah kamu memasukinya."

"Bagaimana cara untuk aku membuka pintunya?" tanya si wanita.

Atha’ menjawab, "Ucapkanlah Bismillaahirrahmaanir-rahiim." maka wanita itupun mengucapkannnya. Kemudian dia berkata, "Wahai Atha’, aku telah menemukan cahaya dalam hatiku, aku juga dapat melihat kerajaan Allah, ajarkanlah padaku tentang Islam." Syeikh Atha’ pun mengajarkan padanya tentang Islam. Lalu dia masuk Islam dengan berkah Basmalah.

Setelah itu, si wanita pulang ke rumahnya, lalu tidur. Dalam tidurnya, dia bermimpi bahawa dia telah memasuki syurga, melihat istana-istananya dan juga kubah-kubahnya. Di antara kubahnya ada yang bertuliskan: "Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah." Dia membaca tulisan tersebut. Tiba-tiba ada suara yang memanggilnya, "Wahai wanita yang membaca tulisan di kubah, demikianlah Allah telah memberimu semua apa yang kamu baca."

Lalu dia terjaga dan terkejut, "Oh Tuhanku, aku berada dalam syurga, tapi Engkau mengeluarkan aku darinya. Ya Allah, keluarkanlah aku dari kegundahan dunia dengan kekuasaan-Mu!"

Selesai berdoa demikian, tiba-tiba rumahnya runtuh. Dia mati syahid tertimbun di bawah runtuhan rumahnya, kerana berkah Bismillaahirrahmaanirrahiim, dan Alhamdulillaahi ’aalamiin.

[ Sumber: Buku Jangan Bersedih! (150 Cerita hikmah penyejuk hati, karya: Mohammad A. Syuropati)].