Wednesday, January 23, 2019

JAGALAH PANDANGANMU

"Jika kamu melihat seseorang sedang melakukan dosa di malam hari. Keesokan harinya, janganlah lagi engkau melihat orang itu sepertimana pandanganmu yang semalam."

"Boleh jadi, dia telah bertaubat di waktu subuh, sedangkan engkau tidak mengetahui."

[ Sayyidina Ali Bin Abi Thalib كرم الله وجهه ]



Monday, January 21, 2019

MENJAGA LISAN

Al-Imam Abu Hatim Ibnu Hibban al-Busti رحمه الله تعالى berkata :

"Lisan seorang yang berakal berada di bawah kendali hatinya. Ketika hendak berbicara, maka ia akan bertanya terlebih dahulu kepada hatinya. Apabila perkataan itu bermanfaat bagi dirinya, maka ia akan berbicara, tetapi apabila tidak bermanfaat, maka ia akan diam.

Adapun orang yang bodoh, hatinya berada di bawah kendali lisannya. Ia akan berbicara apa saja yang ingin diucapkan oleh lisannya. Seseorang yang tidak boleh menjaga lidahnya bererti tidak faham terhadap agamanya."

[ Raudhah al-Uqala wa Nazhah al-Fudhala ]



Sunday, January 20, 2019

Balasan untuk orang yang mencela saudaranya yang telah bertaubat dari dosa-dosanya

عن خالد بن معدان عن معاذ بن جبل رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : من عير أخاه بذنب لم يمت حتي يفعله ( رواه الترمذي كتاب صفة القيامة....رقم ٢٥٠٥)

Dari Khalid bin Ma'dan dari Mu'adz bin Jabal رضى الله عنه berkata : "Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda :

"Barang siapa yang mencela dosa saudaranya niscaya dia tidak mati melainkan dia sendiri akan mengerjakan dosa yang sama."
(Sunan At-Tirmidzi hadits no. 2505)

Imam Ahmad bin Hanbal berkata رحمه الله تعالى : Maksudnya adalah mencela dosa yang telah ditaubati.

Imam Hasan Al-Basri رحمه الله تعالى berkata :

كانوا يقولون : من رمى أخاه بذنب قد تاب إلى الله منه لم يمت حتى يبتليه الله به

"Para sahabat Nabi dan pengikutnya (tabi'in) berkata : "Barang siapa yang mencela saudaranya kerana dosa-dosanya yang telah dia taubati kepada Allah Ta'ala, niscaya si pencela itu tidak akan meninggal dunia melainkan dia sendiri akan dijadikan mengerjakan dosa yang sama oleh Allah Ta'ala." 


[ Kitab As-Shumtu oleh Imam Ibnu Abid Dunya رحمه الله تعالى ]


Saturday, January 19, 2019

FIRQAH - FIRQAH DALAM ISLAM

KENAPA KITA BERPECAH. Semua Ahli Kiblat terlibat, pilihlah firqah yang difatwakan dan disepakati. Kita wajib BERLEPAS DIRI DARI FIRQAH-FIRQAH yang tidak selamat dan masuk neraka.

Sukar untuk memahami ini kerana itu kita sesama ahli kiblat, puasa, naik haji tidak dapat bersatu kerana TIDAK FAQIH DALAM BERAGAMA. Jangan bangga dengan ilmu Dr dan Phd belum tentu anda faqih dalam agama, contohnya orientalis lihat ilmu mereka dan apa jadi pada mereka.



FIRQAH -FIRQAH DALAM ISLAM


Dalam sejarah Islam telah tercatat adanya FIRQAH-FIRQAH (golongan) di lingkungan umat Islam, yang antara satu sama lain BERTENTANGAN fahamnya secara tajam dan sulit untuk DIPERDAMAIKAN, apalagi untuk DIPERSATUKAN. Hal ini sudah menjadi FAKTA dalam sejarah yang tidak dapat DIUBAH lagi, dan sudah menjadi ilmu pengetahuan yang TERMAKTUB dalam kitab-kitab agama, terutama dalam kitab-kitab USULUDDIN.


Barangsiapa yang membaca kitab-kitab Usuluddin akan menjumpai di dalamnya perkataan : Syi’ah, Khawarij, Muktazilah, Qadariah, Jabariah, Ahlussunnah Wal Jama’ah (sunni), Mujassimah, Bahaiyah, Ahmadiyah, Wahabiyah dan lain-lain.


Umat Islam, khususnya yang berpengetahuan agama tidak hairan MELIHAT dan MEMBACA hal ini, kerana Nabi Muhammad 
 sudah juga MENGKHABARKAN pada masa hidup beliau.

Banyak terdapat hadits-hadits yang bertalian dengan FIRQAH-FIRQAH yang BERSELISIH FAHAM dalam lingkungan umat Islam.


Di antara hadits-hadits itu adalah :


1. Bersabda Nabi Muhammad  :


Ertinya : "Maka bahawasanya siapa yang hidup (lama) di antaramu nescaya akan melihat perselisihan (faham) yang banyak. Ketika itu pegang teguhlah Sunnahku dan Sunnah Khalifah Rasyidin yang di beri hidayah. Pegang teguhlah itu dan gigitlah dengan gerahammu."

(Hadits riwayat : Imam Abu Daud dll. Lihat Sunan Abu Daud juzuk IV, halaman 201).

Tujuan hadits ini TERANG, bahawa akan ada PERSELISIHAN FAHAM dalam lingkungan umat Islam, dan bahawa Nabi Muhammad  menyuruh umat Islam ketika melihat PERSELISIHAN-PERSELISIHAN itu supaya berpegang teguh dengan Sunnah Nabi dan Sunnah Khalifah Rasyidin (Sayyidina Abu Bakar 
رضى الله عنه, Sayyidina Umar رضى الله عنه, Sayyidina Utsman رضى الله عنهSayyidina Ali كرم الله وجهه).

2. Bersabda Nabi Muhammad  :


Ertinya : "Akan ada di lingkungan UMATKU 30 orang pembohong yang mendakwakan bahawa ia Nabi. Aku adalah Nabi penutup, tidak ada lagi Nabi sesudahku." (H.Riwayat Tarmizi, Lihat Sahih Tarmizi juzuk 9, halaman 63)


3. Bersabda Nabi Muhammad  :


Ertinya : "Akan keluar suatu kaum akhir zaman, orang-orang MUDA yang BODOH fikirannya. Mereka banyak mengucapkan perkataan 'Khairil Bariyyah' (Maksudnya firman-firman Tuhan yang di bawa oleh Nabi) iman mereka tidak melampaui KERONGKONGAN mereka. Mereka keluar dari agama sebagai meluncurnya anak panah dari busurnya. Kalau orang-orang ini BERJUMPA denganmu LAWANLAH mereka." 
(H.Sahih riwayat Imam Bukhari, Lihat Fathul Bari juzuk XV halaman 315).

Terang dalam hadits ini bahawa akan ada menurut Nabi 
 SEKUMPULAN orang-orang MUDA yang suka mengeluarkan FATWA-FATWA agama berdasarkan Al Quran dan Hadits, tetapi KEIMANANNYA keluar dari dirinya SECEPAT keluarnya ANAK PANAH dari BUSURNYA.

4. Bersabda Nabi Muhammad  :


Ertinya : "Ada DUA FIRQAH dari umatku yang pada HAKIKATNYA mereka tidak sangkut paut dengan Islam, iaitu kaum MURJIAH dan kaum QADARIAH." (Hadits riwayat Imam Tarmizi Lihat Sahih Tarmizi juzuk VIII, halaman 316).


Kaum Murjiah dan Qadariah tak ada hubungannya dengan Islam, kata Nabi Muhammad . Na'uzubillah!


5. Dan sabda Nabi ﷺ :


Ertinya : "Dari Huzaifah رضى الله عنه beliau berkata : Bersabda Rasulullah  : Bagi tiap-tiap umat ada Majusinya, dan Majusi umat aku ialah orang yang MENGINGKARI TAKDIR. Kalau mereka mati jangan dihadiri pemakamamnya dan kalau mereka sakit jangan mengunjunginya. Mereka adalah kelompok DAJAL. Memang Tuhan berhak untuk memasukkan mereka ke kelompok DAJAL." (HR. Abu Daud, Sunan Abu Daud juzuk IV, halaman 222).

6. Tersebut dalam kitab hadist begini :


Ertinya : "Dari Abi Hurairah r.a. Beliau berkata, bahawa Nabi Muhammad  bersabda : "Telah BERFIRQAH-FIRQAH orang Yahudi atas 71 firqah dan orang Nasara seperti itu pula dan akan BERFIRQAH UMMATKU atas 73 FIRQAH." (Hadits riwayat Imam Tarmizi, Lihat Sahih Tarmizi juzuk X, halaman 109).

7. Nabi ﷺ bersabda :


Ertinya : "Bahawasanya Bani Israel telah berfirqah-firqah sebanyak 72 millah (firqah) dan akan berfirqah ummatku sebanyak 73 firqah, semuanya masuk neraka KECUALI SATU". Sahabat-sahabat yang mendengar ucapan ini bertanya "Siapakah yang SATU itu Ya Rasulullah?" Nabi ﷺ menjawab : Yang SATU itu ialah orang yang berpegang (beri’tiqad) sebagai PEGANGANKU (I'TIQADKU) dan pegangan SAHABAT-SAHABATKU." (Hadits riwayatkan oleh Imam Tarmizi, Lihat Sahih Tarmizi juzuk X, halaman 109).


8. Tersebut dalam kitab Thabrani, bahawa Nabi ﷺ bersabda :


Ertinya : "Demi Tuhan yang memegang jiwa Muhammad di tangan-Nya, akan BERFIRQAH UMMATKU sebanyak 73 FIRQAH; yang SATU masuk syurga dan yang lain masuk neraka". Bertanya para sahabat : " Siapakah firqah (yang TIDAK masuk neraka) Ya Rasulullah?"

Nabi ﷺ menjawab : "Ahlussunnah Wal Jama’ah." (Hadits ini diriwayatkan oleh Imam Thabrani).

Hadist yang serupa ini ertinya tersebut juga dalam kitab "Al-Milal Wan Nihal" juzuk I halaman 11, karangan Syahrastani رحمة الله تعالى (w.548 H).

9. Nabi Muhammad  bersabda :


Ertinya : "Akan ada segolongan dari UMATKU yang tetap atas KEBENARAN sampai hari kiamat dan mereka TETAP atas KEBENARAN itu." (Hadits Sahih riwayat Bukhari, Lihat Fathul Bari juzuk XVII, halaman 56).


Melihat hadits-hadits yang sahih ini dapat diambil KESIMPULAN :


1. Nabi Muhammad  mengkhabarkan sesuatu yang terjadi dalam lingkungan umat Islam secara mukjizat, iaitu mengkhabarkan hal-hal yang akan terjadi. Khabar ini tentu diterima beliau dari Tuhan.


2. Sesudah Nabi ﷺ wafat akan ada PERSELISIHAN FAHAM yang BANYAK, sampai 73 fahaman (i'tiqad).


3. Ada segolongan orang-orang MUDA pada akhir zaman yang suka MENGELUARKAN DALIL -DALIL-DALIL dari Al Quran, tetapi KEIMANANNYA tidak melewati KERONGKONGAN-NYA


4. Ada 2 golongan yang tidak bersangkut paut dengan Islam, iaitu kaum MURJIAH dan QADARIAH.


5. Ada 30 orang pembohong yang akan mendakwakan bahawa ia Nabi, padahal Nabi Muhammad  tidak ada lagi. Dan ada orang-orang Khawarij yang paling jahat.


6. Di antara yang 73 golongan (firqah-firqah) itu ada SATU yang BENAR, iaitu golongan kaum Ahlussunnah Wal Jama’ah yang selalu berpegang kepada Sunnah Nabi ﷺ dan Sunnah Khalifah Rasyidin.


7. Mereka ini akan selalu MENEMPERTAHAN KEBENARAN i'tiqad sampai hari kiamat.


Dan TERKINI (sekarang), barang siapa yang meneliti SEJARAH perkembangan Islam dari abad-abad PERTAMA, KEDUA dan KETIGA dan sampai kepada zaman sekarang, apa yang dikatakan oleh Nabi Muhammad  sudah NYATA kebenarannya.

Tersebut dalam Kitab 'Bugyatul Mustarsyidin' karangan Mufti Syeikh Sayed Abdurrahman bin Muhammad bin Hussein bin Umar 
رحمة الله تعالى, yang dimasyhurkan dengan gelaran Ba’Alawi, pada halaman 398, cetakan Mathba’ah Amin Abdul Majid Kahirah, bahawa 72 firqah yang sesat itu berpokok pada 7 firqah, iaitu :

1. Kaum Syi’ah - kaum yang BERLEBIH-LEBIHAN memuja Sayyidina Ali كرم الله وجهه. Mereka tidak mengakui Khalifah-khalifah Sayyidina Abu Bakar رضى الله عنه, Sayyidina Umar رضى الله عنه, Sayyidina Utsman رضى الله عنه. Kaum Syi’ah kemudian berpecah menjadi, 22 aliran.

2. Kaum Khawarij - iaitu kaum BERLEBIH-LEBIHAN membenci Sayyidina Ali كرم الله وجهه bahkan ada di antaranya MENGKAFIRKAN Sayyidina Ali كرم الله وجهه. FIRQAH ini berfatwa orang yang membuat dosa besar menjadi kafir.

3. Kaum Muktazilah - iaitu kaum yang berfaham TUHAN tidak mempunyai SIFAT, bahawa manusia membuat pekerjaannya sendiri, bahawa Tuhan tidak dapat dilihat dengan mata dalam syurga, bahawa orang yang mengerjakan dosa besar diletakkan di antara dua tempat dan mi'raj Nabi Muhammad ﷺ hanya dengan roh saja dan lain-lain. Kaum Muktazilah berpecah menjadi 20 aliran.


4. Kaum Murjiah - iaitu kaum yang menfatwakan bahawa membuat maksiat (kederhakaan) tidak memberi mudarat kalau sudah beriman, sebagai keadaannya membuat kebajikan tidak memberi manfaat kalau kafir. 3 aliran.


5. Kaum Najariah - iaitu kaum yang menfatwakan bahawa perbuatan manusia adalah makhluk, yakni dijadikan Tuhan, tetapi mereka berpendapat bahawa sifat Tuhan tidak ada. Kaum Najariah berpecah pada 3 aliran.


6. Kaum Jabariah - iaitu kaum yang menfatwakan bahawa manusia "majbur", ertinya tidak berdaya apa-apa. Kasab atau usaha tidak ada sama sekali. Kaum ini hanya 1 aliaran.


7. Kaum Musyabbihah - iaitu kaum yang menfatwakan bahawa ada KESERUPAAN TUHAN DENGAN MANUSIA, umpamanya bertangan, berkaki, duduk di kerusi, naik tangga dan lain-lainnya. Kaum ini hanya 1 aliran.


Jadi jumlahnya adalah :


1.Kaum Syi’ah - 22 aliran
2.Kaum Khawarij - 20 aliran
3.Kaum Muktazilah - 20 aliran
4.Kaum Murjiah - 3 aliran
5.Kaum Najariah - 5 aliran
6.Kaum Jabariah - 1 aliran
7.Kaum Musyabbihah - 1 aliran
JUMLAH - 72 aliran

Kalau ditambah dengan 1 ALIRAN lagi dengan faham kaum Ahlussunnah Wal Jama’ah, maka cukuplah menjadi 73 firqah, sebagai yang diterangkan oleh Nabi Muhammad ﷺ dalam hadits yang diriwayatkan oleh Imam Tarmizi 
رحمة الله تعالى. Demikian Kitab Bugyatul Mustarsydin.

Faham ini baik-baik, lebih lagi keldai beragama kaum-kaum firqah tidak selamat, ada pun kaum QADARIAH termasuk golongan kaum MUKTAZILAH, kaum BAHAIYAH dan AHMADIYAH termasuk golongan kaum SYI’AH,

dan penting sekali dikenali kaum IBNU TAIMIYAH masuk dalam golongan kaum MUSYABBIHAH dan kaum WAHABI termasuk kaum perlaksanaan dari faham IBNU TAIMIYAH. Firqah ini sedang melanda negara kita. Rakyat Malaysia yang beragama islam sudah mula meninggalkan mazhab dan mengambil Ibnu Taimiyah dan sefaham dengannya sebagai rujukan beragama.

[ Rujukan Kitab : I'tiqad Ahlussunnah Wal Jama’ah, K.H.Siradjuddin Abbas, Cetakan Pustaka Tarbiyah Jakarta, m.s. 3-10 ]


MEMAHAMI HAKIKAT IKHLAS

Di mana-mana forum Islam, ceramah, diskusi, di dalam Majallah bercorak Islam, buku-buku Islam, kita sering mendengar perkataan Ikhlas. Khususnya ketika bicara bab ibadah, para penceramah pasti tidak tertinggal untuk memperingatkan pentingnya "Ikhlas".

Bahkan di dalam perbualan dan hubungan sesama orang Islam, perkataan "ikhlas" sering digunakan ketika menuntut sesuatu daripada orang lain!
Tetapi apakah makna "ikhlas" yang sebenar menurut Islam? Apakah hakikat ikhlas menurut Ilmu Tauhid? Apakah tuntutan Allah terhadap hamba-hamba Nya dari hal "ikhlas"?


Kedudukan Ikhlas di dalam Ibadah dan Amal :

Ikhlas merupakan syarat batin (hati) yang paling utama bagi setiap ibadah.

Firman Allah : وَمَآ أُمِرُواْ إِلاَّ لِيَعْبُدُواْ اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدّينَ

"Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya." [Al-Bayyinah : 5]

Ikhlas adalah pemisah di antara qabul dan tertolaknya amal. Ini bermakna sekalian amal yang tiada ikhlas bersertanya, akan menjadi sia-sia dan tertolak...!

Rasulullah ﷺ bersabda,

"Sesungguhnya Allah tidak akan menerima amal kecuali amal yang dilaksanakan dengan ikhlas dan dilakukan semata-mata untuk mengharap redha Allah." [Abu Daud dan An-Nasa'i]


Hakikat Ikhlas adalah Tauhid :

Berdasarkan keterangan-keterangan Ulama Arif Billah yang mengetahui rahsia-rahsia Ketuhanan dan kehambaan, ikhlas membawa makna yang sangat murni terhadap kehambaan insan dan hakikat Tauhid. Ikhlas merupakan cabang utama Tauhid dan pintu masuk kepada Hadrat Ilahi. Tanpa ikhlas seseorang hamba (insan) tidak akan menemui Tuhannya. Bahkan tidak mungkin dia menjadi hamba Allah!


Pembahagian Tingkatan "Ikhlas" orang beriman :

Para Ulama Arifin, membahagikan ikhlas kepada beberapa peringkat seperti :

1. Ikhlas orang awam
2. Ikhlas orang abrar
3. Ikhlas orang 'Arif


Sebahagian lainnya memberikan perincian lebih halus dengan pembahagian berikut :

1. Ikhlas Orang Awam - 3 tingkatan
2. Ikhlas Salikin - 3 tingkatan
3. Ikhlas 'Arifin - 1 tingkatan


Kita akan cuba memahami satu persatu 3 Tingkatan di atas, Insya Allah.


Tiga tingkatan Ikhlas Orang Awam :

Tingkatan Pertama :

Melakukan amal ibadah dengan qasad (niat) semata-mata kerana Allah, tetapi pada masa yang sama mempunyai cita-cita di dalam hatinya kepada kesenangan-kesenangan syurga berupa bidadari, mahligai indah-indah, segala macam makanan enak dan hiburan syurga.


Tingkatan ke 2 :

Melakukan solat (dan juga ibadah lain) dengan qasad (niat) semata-mata kerana Allah dan tidak mempunyai cita-cita di dalam hatinya (tiada menuntut hatinya) kepada syurga dan segala kesenangannya. Tetapi hamba ini melihat dirinya melakukan amal ibadah (melihat kemampuan dirinya melakukan amal ibadah).


Tingkatan ke 3 :

Melakukan amal ibadah dengan qasad (niat) semata-mata kerana Allah, tidak mempunyai cita-cita kepada kesenangan syurga, tidak melihat dirinya melakukan amal ibadah, tetapi dia merasakan dirinya sudah ikhlas.

Inilah 3 tingkatan ikhlas orang awam, iaitu mereka yang tidak melalui jalan Ma'rifat Ketuhanan. Tingkatan yang ke 3 lebih baik daripada tingkatan ke 2 dan tingkatan pertama.


Pada sisi Fiqh, ketiga-tiga bentuk "ikhlas" ini adalah SAH, yakni sah amal ibadahnya dan terlepas daripada taklif syara' (kewajipan sebagai mukallaf).  Namun apabila direnungi pada sisi Tasawwuf dan Ma'rifat, bentuk-bentuk ikhlas ini masih belum bebas sepenuhnya daripada 'mempersekutukan' Allah. Ini kerana menuntut selain wajah Allah di dalam ibadah adalah suatu bentuk 'penyekutuan' kepada Ketuhanan.

Seseorang yang melakukan sekalian syarat-syarat dan rukun menurut Fiqh dengan sempurna, maka sah ibadahnya pada sisi Fiqh kerana Fiqh hanya melihat pada zahir perbuatan hamba. Ia tidak melihat unsur-unsur dalam hati dan jiwa hamba. Ia tidak membicarakan HAL hati, bagaimana sifatnya, bagaimana hadapnya, bagaimana tuntutannya.

Tetapi Tasawwuf melihat pada sisi hati insan. Bagaimana HAL nya. Tasawwuf / Ma'rifat melihat jauh ke dalam hati sanubari insan dan melakukan pemeriksaan teliti akan niat yang sebenar dengan kehalusan. Ini kerana hati insan sendiri menjadi rahsia Ketuhanan yang akan menjadi perhitungan di akhirat.


يَوْمَ لاَ يَنفَعُ مَالٌ وَلاَ بَنُونَ - إِلاَّ مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ

"Pada hari yang tiada berguna harta dan anak pinak kecuali mereka yang menghadap Allah dengan hati yang sejahtera (daripada syirik)."
 [Asy-syuara : 88-89]


Jika anda bertanya bukankah Allah Ta'ala menceritakan berbagai ni'mat syurga di dalam Al-Qur'an? Bukankah Hadith Nabi ﷺ juga menceritakannya?

Benar!

Semua kejadian selepas kematian dikisahkan di dalam Al-Qur'an dan Hadith Nabi ﷺ. Kesenangan yang akan diperolehi oleh orang-orang beriman berupa syurga juga diceritakan di dalamnya. Tetapi ianya tidak bermaksud seseorang perlu menuntut-nuntut atau mencari-cari segala kesenangan tersebut. Atau dia menjadikannya sebagai matlamat sampingan. Apabila ada suatu selain Allah di sisi niat, maka ketika itu cederalah ikhlasnya.

Jika anda bertanya lagi ;
Apa gunanya kisah-kisah tersebut jika bukan untuk dijadikan impian?

Kita menjawab : Memikirkan dan bercita-cita kepada kesenangan syurga ketika melakukan ibadah adalah sebagai dorongan bagi kanak-kanak yang baru belajar mengenal Islam dan Iman. Atau bagi orang-orang yang baru masuk Islam supaya jinak hatinya kepada Islam. Namun ianya tidak patut terus menerus di dalam keadaan tersebut.

Walau bagaimanapun kita tegaskan kesimpulannya : Tidak salah (pada sisi Fiqh) seseorang mempunyai cita-cita kepada syurga Allah Ta'ala. Tetapi perlulah dididik hati supaya meninggalkan sekalian cita-cita tersebut, berpaling darinya dan tumpukan niat semata-mata bi Wajhillah. (semata-mata kerana Wajah Allah).


Tiga Tingkatan Ikhlas Salikin :

Salikin adalah orang-rang yang menelurusi jalan Ma'rifat Ketuhanan menurut adab dan syarat-syaratnya di bawah bimbingan seorang Syeikh / Mursyid yang telah menerima ijazah dari Gurunya yang mempunyai Silsilah Nabi ﷺ (susur galur penerimaan Ilmu dari guru kepada guru tanpa putus).

Si salik (murid yang berjalan di jalan Ma'rifat Ketuhanan) dibimbing melalui beberapa peringkat zikir, muraqabah (merenung Hakikat Ketuhanan) dan mushahadah (melihat Hakikat Ketuhanan) berperingkat-peringkat sehingga datang pembukaan Allah Ta'ala ke dalam hati mereka kepada pintu-pintu Ma'rifat (dibaca pintu-pintu Tauhid).

Pada peringkat Tauhid ini, si salik tidak lagi bergantung kepada hujjah dan dalil kerana dia sudah melihat kepada Ketuhanan di dalam batinnya. Mereka semata-mata memandang kepada Hakikat Af'al Allah, Asma'Nya dan Sifat Nya yang Maha Tinggi tanpa kaifiyyat (cara) dan tanpa sandaran!

Apa yang kita maksudkan adalah : Allah Ta'ala memasukkan cahaya Rabbaniyyah (Ketuhanan) ke dalam hati-hati mereka sehingga mereka mentauhidkan Allah dengan jiwa raga mereka. Dengan Rahmat Allah, mata hati mereka melihat sekalian yang dijadikan oleh Allah, Asma (Nama-Nya) dan Sifat-Nya Yang Maha Agung. Bukan semata-mata percaya wujud-Nya, tetapi Yaqin akan Wujud-Nya melalui ainul basirah (pandangan matahati).

Si salik yang sampai kepada Tingkatan Af'al Allah melihat sekalian perbuatan Allah ke atas dirinya dan sekalian makhluk ciptaanNya. Dia melihat dengan ainul basirah (matahati) nya setiap ibadahnya sebagai kurnia Allah Ta'ala dan semata-mata Kurnia-Nya tanpa sekutu dengan suatu apa pun.

Ketika dia mengangkat takbiratul ihram untuk solat, dia melihat anugerah Allah kepadanya untuk melakukan solat! Ketika dia ruku', dia melihat anugerah Allah kepadanya untuk ruku' kepada Allah. Ketika sujud dia melihat anugerah Allah kepadanya untuk sujud di hadapan Rabbul Jalil, Tuhan Yang Maha Perkasa Yang Tiada Tuhan Melainkan Dia! Kehebatan dan Keperkasaan Allah mengusai si salik ini sehingga dirinya karam di dalam kehebatan tersebut.

Kata Guru-guru kita Ahli Ma'rifat, inilah tingkatan ikhlas permulaan bagi salikin, iaitu ikhlas pada peringkat mentauhidkan sekalian Af'al Allah. Pada peringkat ini sucilah hatinya daripada sekalian aghyar (selain Allah), bersih hatinya daripada sifat-sifat keji, dan bebas daripada syirik khafi.

Ketika hamba Allah melihat dirinya tiada daya upaya melakukan sesuatu melainkan Allah dengan Kemurahan-Nya, dan tiada lagi cita-cita lain selain Allah ketika melakukan ibadahnya, maka inilah permulaan ikhlas yang benar, tanpa sedikit pun mempersekutukan Allah di dalam niatnya!

Sebagai suatu perbandingan... Jika anda melihat sebelum ini, orang-orang pada tingkatan awam tidak terlepas daripada mempersekutukan Allah di dalam niatnya, samada mempersekutukan kerana menuntut syurga atau kerana melihat dirinya mempunyai daya upaya. Di sini, pada diri orang yang telah disucikan hatinya sehingga terbit Tauhid yang benar, tiada lagi cita-cita selain Allah, tiada lagi melihat dirinya mempunyai daya upaya melainkan hanya Allah Yang Berkuasa di atas setiap sesuatu. Dia melihat dirinya tidak mampu untuk berdiri melainkan dengan anugerah Allah. Ini maqam permulaan kesucian hati, kesucian Tauhid dan kemurnian niat yang ikhlas!

Pada saat anda dikurniakan oleh Allah cahaya Tauhid yang murni di dalam hati, anda tidak lagi memandang wujud upaya diri anda untuk melakukan ibadah. Anda lemah daripada mengakui wujud kemampuan diri untuk melakukan ibadah. Seluruh jiwa dan perasaan anda karam di dalam melihat anugerah Allah kepada anda untuk melakukan ibadah - untuk melakukan takbiratul irham, ruku' dan sujud!

Lalu anda berkata : Tiada ada daya upaya melainkan Allah!

Apabila suasana kesucian ini menyelubungi hati, anda akan merasai ketenangan di dalam ibadah. Suatu ketenangan yang tidak anda merasai sebelumnya.

Maka inilah permulaan ikhlas, tiada lagi penyekutuan di dalam niat mengerjakan amal ibadah..!


Tiga Tingkatan ikhlas para salikin yang kita maksudkan adalah :

1. Ikhlas ketika Cahaya Af'al Allah menguasai si salik
2. Ikhlas ketika Cahaya Asma' Allah menguasai si salik
3. Ikhlas ketika Cahaya Sifat Allah menguasai si salik


Keadaan ikhlas si salik berubah-ubah dari satu tingkatan ke tingkatan yang lebih tinggi. Ada kalanya dia akan turun, masa yang lain dia akan naik kepada peringkat ikhlas lebih tinggi, bergantung kepada keadaan amal dan kesungguhannya di dalam mujahadah!

Kita tidak membincangkan tingkatan-tingkatan ikhlas muridin ini satu persatu di forum terbuka. Memadailah kita katakan, semua tingkatan ikhlas ini adalah pemerasaan jiwa dan pandangan mata hati, bukan lagi pemikiran aqal.

Inilah sebenarnya yang di tuntut ke atas setiap mukallaf, iaitu membebaskan dirinya daripada belenggu mempersekutukan Allah di dalam niatnya, tidak menuntut selain Wajah Allah dan benar-benar mentauhidkan Allah Ta'ala. Maka menepati dia akan tuntutan Allah...


وَمَآ أُمِرُوۤاْ إِلاَّ لِيَعْبُدُواْ ٱللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَ


"Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya."

Dari Tafsir  Ibn Abbas رضى الله عنه ;
Kalam Allah "mukhlisin" (ikhlas) ditafsirkan oleh Ibn Abbas رضى الله عنه dengan makna "Tauhid" yang murni...!

Di sini Ibn Abbas رضى الله عنه telah menunjukkan bahawa yang dimaksudkan dengan "ikhlas" dan yang dituntut oleh Allah adalah panacaran Cahaya "Tauhid" yang hadir di dalam hati hamba-hamba Allah yang suci bersih hatinya!

Maka menepatilah huraian hakikat Ikhlas sepertimana yang diselami dan dikemukakan oleh para Ulama Arifin dengan Tafsiran Ibn Abbas رضى الله عنه !


Kesimpulan :

1. Ibadah yang qabul (diterima) oleh Allah hanyalah ibadah yang berserta "ikhlas" di dalamnya!

2. Ibadah yang dilakukan semata-mata kerana Allah, tetapi masih diselubungi perasaan hati yang mencitakan pahala, syurga dan keindahannya di akhirat SAH di sisi Fiqh / Syari'at zahir, namun pada sisi pandangan Tasawwuf, ianya cedera disebabkan wujudnya cita-cita selain Allah berserta ibadahnya.

3. Hakikat "ikhlas" sebagaimana yang di tuntut oleh Allah adalah "Tauhid" yang murni, ketika hati telah suci dari sekalian kekotoran "maknawiyyah", tiada cita-cita lain selain menuntut Wajah Allah dan semata-mata melihat anugerah Allah kepada diri hamba untuk melakukan Ibadah!

4. Orang yang benar-benar beriman wajib bersusaha sungguh-sungguh mendapat hakikat "ikhlas" sebagaimana dihuraikan di atas, sekurang-kurangnya pada tingkatan Tauhid yang paling rendah, iaitu pada Tauhid Af'al.

5. Ketika seseorang hamba Allah memperoleh hakikat "ikhlas", dia akan merasai kemanisan sekalian ibadahnya, tenang hatinya berserta Allah sepanjang Ibadahnya. Bahkan sepanjang hidupnya akan dipenuhi kebahagiaan!

6. Seseorang belum mencapai "Tauhid" yang sebenar dan belum memperoleh darjat hakikat "ikhlas" (orang awam), hendaklah sentiasa waspada sepanjang Ibadahnya iaitu di permulaan, di pertengahan dan dan di penghujung setiap Ibadahnya agar tidak tergelincir niatnya! Dan dia perlu berbanyak-banyak taubat dan muhabasah disebabkan niat hatinya yang setiasa berubah-ubah, semoga Allah mengampuninya dan menerimanya sebagai hamba Allah!


PAHALA BERSEDEKAH

Al-Imam As-Sayuti رحمة الله تعالى menyebutkan dalam salah satu kitabnya bahwa pahala sedekah itu ada 5 kategori :

أَنَّ ثَوَابَ الصَّدَقَةِ خَمْسَةُ أَنْوَاعٍ : وَاحِدَةٌ بِعَشْرَةٍ وَهِيَ عَلَى صَحِيْحِ الْجِسْمِ ، وَوَاحِدَةٌ بِتِسْعِيْنَ وَهِيَ عَلَى الْأَعْمَى وَالْمُبْتَلَى ، وَوَاحِدَةٌ بِتِسْعِمِائَةٍ وَهِيَ عَلَى ذِي قَرَابَةٍ مُحْتَاجٍ ، وَوَاحِدَةٌ بِمِائَةِ أَلْفٍ وَهِيَ عَلَى الْأَبَوَيْنِ ، وَوَاحِدَةٌ بِتِسْعِمِائَةِ أَلْفٍ وَهِيَ عَلَى عَالِمٍ أَوْ فَقِيْهٍ اهـ

(كتاب بغية المسترشدين)

" Sesungguhnya pahala bersedekah itu ada lima kategori :


1) Satu dibalas sepuluh (1:10) yaitu bersedekah kepada orang yang sihat jasmani.


2) Satu dibalas sembilan puluh (1:90) yaitu bersedekah terhadap orang buta, orang cacat atau yang tertimpa musibah, termasuk anak yatim dan piatu.


3) Satu dibalas sembilan ratus (1:900) yaitu bersedekah kepada kerabat yang sangat memerlukan.


4) Satu dibalas seratus ribu (1: 100000) yaitu hadiah kepada kedua orangtua sendiri.


5) Satu dibalas sembilan ratus ribu (1 : 900000) yaitu bersedekah kepada orang yang 'alim atau ahli fiqih."


[ Kitab Bughyatul Musytarsyidin ]



Monday, January 14, 2019

EMPAT TANDA KEIMANAN

Sebagian ahli hikmah mengatakan : “Tanda-tanda keimanan kepada Allah itu ada empat, yaitu :

1. Takwa
2. Haya’ (rasa malu)
3. Selalu bersyukur dan
4. Sabar.”


Imam Nawawi Al-Bantani رحمة الله تعالى menjelaskan bahwa takwa adalah melaksanakan ketaatan kepada Allah dan menjauhkan diri dari segala macam bentuk kemaksiatan. Ada juga yang mendefenisikan bahwa takwa adalah semua aturan Islam. Ada pula yang mendefenisikan bahwa takwa adalah mengikuti jejak Rasulullah  baik dalam ucapan maupun perbuatan.

Adapun Haya’ (rasa malu) itu ada dua macam, yaitu: 1. Malu naluri (haya’ nafsaniy), yakni rasa malu yang dikaruniakan oleh Allah kepada setiap diri manusia, seperti rasa malu kelihatan auratnya atau malu bersenggama di depan orang lain; 2. Malu imani (malu imaniy), yaitu rasa malu yang bisa mencegah seseorang dari melakukan perbuatan maksiat kerana takut kepada Allah Ta’ala.

Syukur adalah memuji Allah yang selalu memberi kebaikan dengan selalu mengingat kebaikan-Nya.

Sedangkan di antara bentuk sabar adalah tabah dan tidak mengeluh kepada selain Allah ketika mendapat musibah.

Berkaitan dengan pembahasan dalam perkara-perkara ini, sudah seharusnya bagi kita berdo’a dengan do’a yang pernah dibaca oleh Tamim Ad-Dari bin Habib رحمة الله تعالى, yaitu do’a yang diajarkan oleh Nabi Khidir عليه سلم kepadanya sekembalinya Tamim dari suatu tempat akibat dibawa oleh jin.

Lafazh doa’nya sebagai berikut :

اللَّهُمَّ قَنِّعْنَا بِمَا رَزَقْتَنَا وَاعْصِمْنَا مِنْ حَيْثُ نَهَيْتَنَا وَلاَ تُحَوِّجْنَا إِلَى مَنْ أَغْنَيْتَ عَنَّا وَاحْشُرْنَا فِيْ رَمْزَةِ أُمَّةِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ وَ بِكَأْسِهِ فَاسْقِنَا وَ مِنْ مَعَاصِيكَ جَنِّبْنَا وَعَلَى التَّقْوَى أَمِتْنَا وَلِلذِّكْرِ أَلْهِمْنَا مِنْ وَرَثَةِ جَنَّةِ النَّعِيْمِ فَاجْعَلْنَا وَ أَسْعِدْنَا وَلَا تَشُقَّنَا يَا ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ

“Ya Allah, jadikanlah kami merasa puas dengan rezeki yang Engkau berikan kepada kami; peliharalah kami dari apa yang telah Engkau larang; janganlah Engkau menjadikan kami orang yang membutuhkan pertolongan kepada orang yang telah Engkau jadikan dia tidak membutuhkan kami lagi; kumpulkan kami ke dalam golongan umat Muhammad  dan berilah kami minum dari telaganya; jauhkan kami dari perbuatan maksiat; wafatkan kami dalam ketakwaan; berilah kami ilham untuk senantiasa berdzikir kepada-Mu; jadikanlah kami termasuk ahli waris syurga yang penuh kenikmatan; dan bahagiakanlah kami dan jangan Engkau sengsarakan kami, wahai Tuhan Yang mempunyai Keagungan dan Kemuliaan.”


Rasulullah  bersabda :

ذِرْوَةُ الْإِيْمَانِ أَرْبَعٌ خِلَالُ الصَّبْرِ لِلْحُكْمِ وَ الرِّضَا بِالْقَدْرِ وَالْإِخْلَاصِ لِلتَّوَكُّلِ وَالْإِسْتِسْلَامِ لِلرَبِّ

“Puncak kenikmatan itu ada empat, yaitu sabar terhadap hukum, redha terhadap qadhar, ikhlas dalam bertawakkal, dan berserah diri kepada Allah.” (HR. Abu Nu’aim)

[ Kitab Nashaihul Ibad, Imam Nawawi Al-Bantani رحمة الله تعالى ]


Sunday, January 6, 2019

JANGAN LUPA DENGAN ISTIGHFAR SETIAP HARI

Allah Azza Wa Jalla berfirman :

“Dan hendaklah kamu beristighfar (meminta ampun) kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. (jika kamu mengerjakan yang demikian), niscaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus-menerus) kepadamu sampai kepada waktu yang telah ditentukan dan Dia akan memberikan kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan) keutamaannya. Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Aku takut kamu akan ditimpa siksa hari kiamat.” (QS Hud [11]: 3)

“Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia mohon ampun kepada Allah, niscaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS An-Nisa’ [4]: 110)

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda :

“Berbahagialah bagi orang yang mendapati dalam catatan amalnya istighfar yang banyak.” (HR. Al Baihaqi)

Sebagian Ahli Hikmah berkata :

لا ﺗُﻔﻜﺮ ﻛﺜﻴﺮا ﺑﻞ أﺳﺘﻐﻔﺮ ﻛﺜﻴﺮا فاﻟﻠﻪ ﻳﻔﺘﺢ ﺑﺎﻹﺳﺘﻐﻔﺎر أﺑُﻮاﺑﺎ لا ﺗُﻔﺘﺢ ﺑﺎﻟﺘﻔﻜﻴﺮ

“Jangan terlalu banyak berfikir, tapi perbanyaklah beristigfar, kerana Allah akan membuka dengan istighfar pintu-pintu (kemudahan) yang tak terbuka dengan berfikir.”



Saturday, January 5, 2019

SIFAT 'UJUB

'Ujub adalah merasa kagum dengan diri sendiri samada mengenai peribadinya, ilmunya atau amal ibadahnya.

Perasaan 'ujub yang diikuti akan membawa seseorang kepada takabbur dan kesombongan.

قَالَ إِنَّمَآ أُوتِيتُهُ ۥ عَلَىٰ عِلۡمٍ عِندِىٓ‌ۚ أَوَلَمۡ يَعۡلَمۡ أَنَّ ٱللَّهَ قَدۡ أَهۡلَكَ مِن قَبۡلِهِۦ مِنَ ٱلۡقُرُونِ مَنۡ هُوَ أَشَدُّ مِنۡهُ قُوَّةً۬ وَأَڪۡثَرُ جَمۡعً۬ا‌ۚ

“Qarun berkata : “Sesungguhnya aku hanya diberi harta itu, kerana ilmu yang ada padaku.” Dan apakah ia tidak mengetahui, bahwasanya Allah sungguh telah membinasakan umat-umat sebelumnya yang lebih kuat daripadanya, dan lebih banyak mengumpulkan harta?” (QS. Al-Qashshash [28]: 78)

Ia perbuatan yang dicela syarak yang boleh membinasakan pahala ibadah dan kebajikan seseorang.

“Ada tiga perkara yang dapat membinasakan manusia (hamba), iaitu ; sikap bakhil yang dipatuhi, hawa nafsu yang diikuti, dan kekaguman seseorang kepada diri sendiri.” (HR. Thabrani).

Ibnu Mas'ud 
رضى الله عنه berkata ; "Kebinasaan itu terdapat pada dua perkara, iaitu putus asa dengan rahmat Allah dan seseorang yang kagum pada dirinya sendiri."

Kebinasaan ini kerana orang yang 'ujub tidak lagi mencari kebaikan sebab menyangka mereka sudah mempunyai semuanya.

Sayyidatina Aisyah 
رضي الله عنها ditanya ; "Bilakah masanya seseorang itu mengerjakan kejahatan?" Maka beliau menjawab ; "Apabila dia menyangka bahawa dirinya berbuat kebaikan."

Ketahuilah, punca sifat 'ujub itu adalah jahil dan penawarnya adalah ilmu.

Seseorang itu tidak patut merasa 'ujub terhadap dirinya sendiri kerana terjadinya semua perkara tersebut bukanlah semata-mata kerana usahanya tetapi Allah yang mengurniakan segala nikmat itu pada dirinya.

Andai 'ujubnya kerana kecantikan, ingatlah bahawa tidak ada sedikit pun usahanya adanya kecantikan itu wujud pada asal wajahnya dan boleh hilang kecantikannya kerana penyakit.

Andai 'ujubnya atas ilmu dan amal maka perlu dia fikirkan apakah sebab yang memudahkan dirinya untuk menuntut ilmu dan beramal ibadah? Bukankah kerana anggota dan akal. Dan ingatlah bahawa anggota dan akal itu makhluk ciptaan Allah yang dikurniakan kepadanya.

Allah berfirman ;

وَاللَّهُ خَلَقَكُمْ وَمَا تَعْمَلُونَ

"Padahal Allah-lah yang menciptakan kamu dan apa yang kamu perbuat itu." (Surah As Saffat ayat 96)

Allah menegaskan lagi,

وَمَا تَشَاءُونَ إِلَّا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ ۚ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا


"Dan kamu tidak mampu (menempuh jalan itu), kecuali bila dikehendaki Allah. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana." (Al-Insan ayat 30)

Maka orang yang berakal tidak patut berasa ujub dengan limpah kurnia yang Allah kurniakan kepadanya. Dan juga sepatutnya merasa takut Allah mencabut atau menarik balik nikmat tersebut daripadanya. Kemungkinan juga kurniaan itu merupakan istidraj untuk dirinya.

فَلَمَّا نَسُوا مَا ذُكِّرُوا بِهِ فَتَحْنَا عَلَيْهِمْ أَبْوَابَ كُلِّ شَيْءٍ حَتَّىٰ إِذَا فَرِحُوا بِمَا أُوتُوا أَخَذْنَاهُمْ بَغْتَةً فَإِذَا هُمْ مُبْلِسُونَ

"Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami pun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka ; sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka dengan sekonyong-konyong, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa." (Surah al-an'am ayat 44)

Semoga Allah jauhkan diri kita dari sifat yang keji ini. 

Aamiin Ya Robbal 'Alaamiin...

[ Kitab Penawar Bagi Hati ]



"NUR MUHAMMAD"

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞


Keterangan tentang Nur Muhammad sangat masyhur tertulis dalam kitab-kitab para ulama, di antaranya dalam kitab Ni’matul Kubra karya Imam Ibnu Hajar Al-Haitami رضى الله عنه.

Beliau meriwayatkan bahwa ketika sahabat Sayyidina Jabir bin Abdullah رضى الله عنه bertanya kepada Rasulullah ﷺ tentang sesuatu yang pertama kali diciptakan, maka Rasulullah ﷺ menjawab, “Sesungguhnya Allah telah menciptakan Nur Muhammad sebelum segala sesuatu dari pada Nur-Nya.” 


Lalu apa sebetulnya Nur Muhammad tersebut?

Syeikh Yusuf bin Ismail An-Nabhani رضى الله عنه dalam kitabnya, Anwarul Muhammadiyyah mengemukakan bahwa konsep Nur Muhammad itu memiliki dua sisi. Pertama sebagai makhluk yang pertama diciptakan, kemudian segala sesuatu tercipta darinya.

Kedua sebagai hakikat cahaya yang diletakkan pada diri Nabi Adam عليه سلم, kemudian kepada ibunda Hawa, lalu kepada putranya yang menjadi Nabi, yakni Syits عليه سلم. Kemudian terus berpindah kepada para Nabi dan orang-orang suci yang tak lain adalah para leluhur Rasulullah ﷺ, hingga lahirnya Rasulullah ﷺ dengan hakikat Nur Muhammad tersebut.

Kerana Nur Muhammad adalah cahaya suci yang hanya akan tersimpan pada orang-orang suci pula, maka anggapan kaum Wahhabi yang meyakini orang tua Rasulullah ﷺ meninggal dalam kekufuran adalah keyakinan keliru, bahkan jahat kerana keyakinan tersebut sama saja dengan menyakiti hati Baginda Rasulullah ﷺ. Mustahil Allah menyimpan cahaya suci pada orang kafir.

Imam Suyuti رضى الله عنه dalam kitabnya, Khashaish Al-Kubra meriwayatkan dari Sayyidina Ibnu Abbas رضى الله عنه bahwa Rasulullah ﷺ bersabda, "Aku hanya keluar dari pernikahan suci tanpa sedikit pun zina, sejak Nabi Adam hingga aku dilahirkan kedua orang tuaku."

Imam Kalbi رحمة الله تعالى, seorang ulama nasab berkata, "Aku telah menjejaki nasab Rasulullah ﷺ hingga 500 tahun kebelakang, dan aku tidak pernah menemukan zina maupun tradisi Jahiliyah pada Nasab Rasulullah ﷺ."



ﺁﻟﻠّﻬُﻢَ ﺻَﻠّﯿﮱِ ﯛﺳَﻠّﻢْ ﻋَﻠﮱِ ﺳَﻴّﺪﻧَﺂ ﻣُﺤَﻤّﺪْ ﻭَ ﻋَﻠﮱ ﺁﻝِﺳَﻴّﺪﻧَﺂ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ


SEBAHAGIAN DARIPADA ULAMA' SUFI

Ulama' yang berkecimpung dalam arena kesufian adalah ramai. Di antaranya, Imam al Ghazali رضى الله عنه, Imam Abu Nu'aim رضى الله عنه, al Hafiz Ibn al Solah رضى الله عنه, Imam al 'Izuddin ibn Abdul Salam رضى الله عنه, Imam Nawawi رضى الله عنه, Imam Suyuthi رضى الله عنه, Imam al Subki رضى الله عنه dan lain-lain.

Bahkan Abu Nu'aim رضى الله عنه menyebut dalam kitab Al-Hilyah, bahawa imam ahli sufi juga terdiri daripada imam mazhab yang empat iaitu Imam Abu Hanifah رضى الله عنه, Imam Malik رضى الله عنه, Imam Syafi'e رضى الله عنه dan Imam Ahmad ibn Hanbal رضى الله عنه.

Cukuplah mereka sebagai qudwah (ikutan) kaum Muslimin sama ada di timur mahu pun di barat dan pengikut mereka pula adalah dari kalangan Ahli Sunnah Wal Jama'ah.


Pendapat Imam 4 Mazhab Tentang Tasawwuf

Imam Malik ibn Anas رضى الله عنه merupakan salah seorang dari kalangan Imam Ahli Sunnah Wal Jama'ah. Beliau hidup pada kurun ke 2 dan wafat pada tahun 179 Hijrah. Beliau berkata :

"Sesiapa yang belajar ilmu feqah tetapi tidak belajar ilmu tasawwuf, maka ia adalah fasiq. Sesiapa yang belajar ilmu tasawwuf tetapi tidak belajar ilmu feqah maka ia adalah zindiq, dan sesiapa yang mengumpulkan kedua-duanya, maka ia adalah ahli haqiqat."

[ Qawaid al Tasawwuf, karangan Syeikh Ahmad Zarruq al Faasi رضى الله عنه, halaman 3 ].


Orang yang berilmu tetapi tidak mempunyai adab dan keikhlasan, kadang kala akan menyebabkan ia menjadi fasiq. Mempelajari adab dan banyak berzikir tanpa mengetahui ilmu, kadang kala akan menyebabkan seseorang itu menjadi kafir zindiq. Manakala orang yang menghimpunkan di antara ilmu dan adab serta zikir-zikir sahajalah, yang mengetahui haqiqat agama ini.

Sebagaimana yang diperkatakan oleh Imam Syafi'e رضى الله عنه 

"Aku telah mendampingi ahli sufi, maka aku telah mendapat faedah daripada mereka dua kalimah. Mereka menyatakan :
"Waktu itu seperti pedang, sekiranya kamu tidak memotongnya, maka ia akan memotong kamu." 
"Sekiranya diri kamu tidak disibukkan dengan perkara kebenaran, maka ia akan menyibukkan kamu dengan perkara-perkara yang batil."

[ Ta'yid al Haqiqah al 'Aliyyah karangan Imam Suyuti رضى الله عنه, halaman 15 ].

Oleh yang demikian, Syeikh Ali al Masyhur رحمة الله تعالى menyatakan : 
"Tidak mengetahui nilai masa melainkan dua golongan; ahli sufi dan ahli fikir Barat."

Imam Ahmad ibn Hanbal رضى الله عنه mewasiatkan kepada anaknya, Abdullah dengan berkata :
"Wahai anakku! Hendaklah kamu duduk bersama kaum ini (ahli sufi) kerana mereka telah melebihi kami dengan banyaknya ilmu, muraqabah, khasyah (takut kepada Allah), zuhud dan tinggi himmah."

[ Tanwir al Qulub karangan Syeikh Amin al Kurdi رضى الله عنه, halaman 405 ].


PUJIAN DAN PENGIKTIRAFAN PARA ULAMA' TERHADAP TASAWWUF DAN SUFI

1) Imam Abu Hanifah رضى الله عنه (wafat 150 H)

Seorang ahli fikih Hanafi, Imam Al Hasfaki رضى الله عنه penulis kitab al-Durr al-Mukhtar telah mengutip ; Bahawa Syeikh Abu Ali Ad Daqqaq رضى الله عنه berkata : "Saya telah mengambil thariqat ini dari Syeikh Abu al Qasim An Nasr Abadi رضى الله عنه , beliau berkata ; saya mengambilnya dari Syeikh As Syibili رضى الله عنه dari Syeikh As Saqathi رضى الله عنه dari Syeikh Ma'ruf Al Kharkhi رضى الله عنه , dari Syeikh Daud Ath Tho'i رضى الله عنه dan beliau mengambil ilmu sekaligus thariqat dari Imam Abu Hanifah رضى الله عنه . Setiap dari mereka memuji dan mengakui keutamaan Imam Abu Hanifah رضى الله عنه . Kemudian Imam al Hasfaki رضى الله عنه berpendapat :
"Sungguh aneh sekali..! Bukankah para pembesar ulama itu sebagai teladanmu? Apakah mereka diragukan pengakuan kebanggaannya? Sedang mereka adalah para imam Thariqat ini sekaligus tokoh syari'ah (feqah) dan thariqat (tasawwuf), dan tokoh yang datang setelahnya dalam perkara ini adalah para pengikutnya, dan setiap orang yang bertolak belakang dengan apa yang mereka pegang itu ditolak dan dianggap bid'ah."

Imam Abdullah bin Al Mubarak رضى الله عنه berkata :
"Tidak seorangpun yang lebih patut menjadi ikutan selain Imam Abu Hanifah رضى الله عنه kerana beliau sebagai seorang imam yang bertaqwa, bersih, wara', 'alim dan faqih, beliau telah dibukakan kasyaf, faham, kecerdasan dan ketaqwaan yang tidak ada pada orang lain."

Imam nawawi رضى الله عنه mengatakan kepada seorang yang bercerita kepadanya ;
"Aku telah datang dari Imam Abu Hanifah رضى الله عنه, beliau mengatakan : "Engkau telah datang dari penduduk bumi yang sangat ahli ibadah. Daripada sinilah kita dapat mengetahui bahawa para Imam Mujtahid dan ulama yang 'amilin mereka itu sebenarnya adalah orang-orang sufi."
[ Hasyiyah Ibn Abidin m/s 395-396 ]


2) Imam Malik رضى الله عنه (wafat 179H)

Imam Malik رضى الله عنه berkata :
"Barangsiapa yang memahami feqah tanpa bertasawwuf maka fasiq, dan barangsiapa yang bertasawwuf tanpa memahami feqah maka zindiq, dan barangsiapa yang telah menghimpun antara keduanya bererti ia telah merealisasikan kebenaran." 
[ Hasyiyah Allamah al Adawi, Sheikh Ali al Adawi jilid 3 m/s 195 ]


3) Imam Asy Syafie رضى الله عنه (wafat 204H)

Imam Asy Syafi'e رضى الله عنه berkata :

"Saya telah suhbah dengan kaum Sufi selama 10 tahun, kemudian hanya mendapatkan pelajaran dua huruf , dalam satu riwayat tiga ungkapan :

1. Waktu itu umpama pedang, jika engkau tidak menggunakannya maka ia akan menebasmu. 
2. Nafsumu jika tidak kau sibukkan dengan yang haq (benar), maka ia menyibukkanmu dengan bathil (salah). 
3. Rasa ketiadaan daya (merasakan wujud kebesaran Allah) itu keselamatan (terpelihara) dirimu.
[ Tahqiq Haqiqah Aliyah, Sheikh al Hafiz Al Suyuti, m/s 15 ]


Berkata Imam Syafi'e رضى الله عنه lagi :
Aku cinta kepada dunia kalian itu tiga :

1) Tidak berlebih-lebihan (sederhana) 
2) Bergaul kepada orang dengan lemah lembut. 
3) Meneladani cara tokoh-tokoh tasawwuf.
[ Kasyful Khafa', Imam Al Ajluni, jld 1, m/s 341 ]


4) Imam Ahmad bin Hanbal رضى الله عنه (wafat 241H)

Pada awalnya sebelum Imam Ahmad رضى الله عنه bersuhbah (bersahabat) kepada orang sufi beliau berkata kepada puteranya :
"Wahai puteraku berpeganglah kepada Hadith, jauhilah mereka yang menamakan dirinya sufi, kerana boleh salah satu daripada mereka itu seorang yang bodoh terhadap hukum-hukum agama." Namun ketika beliau telah bersuhbah dengan Syeikh Abu Hamzah Al Baghdadi As Sufi رضى الله عنه dan mengetahui keadaan mereka, beliau berkata kepada puteranya : "Wahai puteraku, engkau harus bermujalasah (duduk bersama-sama) dengan kaum sufi, kerana mereka telah menambahkan ilmu, muraqabah, takut kepada Allah, zuhud dan ketinggian semangat kepada kita."
[ Kasyful Khafa', Imam al Ajluni, jld 1, m/s 341 ]


Telah berkata Imam Muhammad as Safaraini al Hanbali رضى الله عنه daripada Ibrahim bin Abdullah al Qalansi رضى الله عنه ; Bahawa Imam Ahmad رضى الله عنه telah berkata tentang kaum Sufi ;
"Aku tidak mengetahui orang yang lebih utama daripada mereka (sufi). Lalu ditanyakan ; "Mereka itu melantunkan nasyid, kemudian saling hanyut diri." Beliau menjawab : "Biarkan mereka bergembira sesaat bersama Allah سبحانه وتعالی ."
[ Manzumatul Adab, jilid 1 m/s 120 ]


5) Imam Abu Abdullah al Harits al Muhasibi رضى الله عنه (wafat 243H)

Dalam kitab Al-Wasaya merupakan salah satu kitab induk ahli tasawwuf yang diakui, beliau berkata tentang pengalaman mujahadahnya yang pahit untuk mendapat hak (Allah) sehingga mendapat petunjuk ke jalan Tasawwuf dan para tokohnya, :
"... Maka Allah menghubungkanku kepada satu golongan hamba-Nya yang aku dapatkan pada mereka tanda-tanda ketaqwaan, wara' dan pengutamaan kehidupan akhirat atas dunia, seta aku mendapatkan bimbingan dan pesan-pesan mereka yang bersesuaian dengan pendapat para Imam umat..."
[Kitab Al-Wasaya, Imam Al-Muhasibi, m/s 27-32 ]


6) Imam 'Izzudin bin Abdus Salam رضى الله عنه (wafat 660H)

Sultan ulama Syeikh 'Izzuddin bin Abdus Salam رضى الله عنه berkata :
"Orang-orang sufi itu telah membangun landasan di atas kaedah syariah yang tidak menghancurkan dunia dan akhirat. Sedangkan selain mereka berdiri di atas rusum (zahir sahaja). Peristiwa karomah serta khwariqul adat yang terjadi di tangan mereka dapat dijadikan sebagai dalil kebenarannya. Hal itu, bahagian dari kedekatan Allah serta redhaNya kepada mereka."

7) Imam an Nawawi رضى الله عنه (wafat 676H)

Imam an Nawawi رضى الله عنه berkata dalam kitabnya Al-Maqasid :
Prinsip asas Thariqat Tasawwuf itu ada lima :

1. Taqwa kepada Allah di saat sendiri dan bersama orang ramai. Untuk merealisasikan ketaqwaan ini adalah dengan menanamkan sifat wara' dan istiqamah.

2. Mengikuti sunnah dalam perkataan dan perbuatan. Untuk merealisasikannya dengan menjaga (sunnah) dan berakhlaq mulia.

3. Berpaling dari makhluk di saat bersama dan berpisah (maksudnya hatinya hanya bergantung kepada Allah dalam susah dan senang). Untuk merealisasikannya dengan menanamkan sabar dan tawakkal.

4. Redha kepada Allah kepada yang sedikit dan banyak. Untuk merealisasikan redha kepada Allah dengan menanamkan akhlaq qana'ah dan menyerah diri (tafwidh).

5. Kembali kepada Allah dalam susah dan senang. Dan merealisasikannnya dengan memanjatkan puja dan puji dan syukur kepada Allah apabila mengalami kesenangan dan sabar serta mengadu kepada Allah apabila dalam kesulitan.

[ Maqasid al Imam an Nawawi fi at Tauhid wa al Ibadah wa Usul at Tasawwuf m/s 20 ]


Faqir Diri Kunci ke Syurga

Bertanya sang murid : “Duhai Guru, siapakah yang utama untuk ke Syurga?”

Berkata Guru : “Orang yang faqir miskin, mereka paling ramai menghuni Syurga.”

Bertanya sang murid : “Apakah yang dimaksudkan faqir miskin duhai Guru, apakah harta benda yang dimaksudkan?”

Berkata Guru : “Mereka bukan faqir dalam harta benda, pangkat, ilmu, amal atau lainnya, tetapi mereka golongan yang faqir jiwanya.”

Bertanya sang murid : “Bagaimana mereka boleh faqir sedangkan tangan mereka miliki segalanya?”

Kata Guru : “Kerana pantulan Jalal Allah telah menghancurkan kesombongannya dirinya, lebur segala pemilikan, tiada diri lantaran terbuka pandangan segalanya adalah milik Allah.”

Bertanya sang murid : “Kenapa sifat faqir tersebut menjadi kunci Syurga?”

Berkata Guru : “Kerana mereka benar-benar mencapai ahli Tauhid hakiki yang dicintai Allah; Zahir (syariat) mereka berpegang pada Muhammad RASULULLAH ﷺ dalam urusan duniawi, hakikat (batin) mereka faqir hancur dalam pandangan (syuhud) segalanya ALLAH...”

Berkata sang murid : “Kalau begitu apakah amal yang utama untuk mencapai faqir?”

Berkata Guru : “Perbanyakkan zikir Laa ilaaha illaLlah pada lisan mu atau isbatkan ismu dzat “ALLAH” atau “HU” atau “HAQ” atau syuhud pada batin mu.

Menyepadukan SYARIAT dan HAKIKAT maka sempurna dirinya hamba. Hamba maksudnya tiada diri dan tiada hak apa jua, dirinya dan apa jua yang dimiliki adalah kurniaan Allah jua. Segala pemilikan milik Allah jua.

Pancung dengan pedang zikrullah dengan bertali energi (Nur) RASULULLAH ﷺ hingga engkau mencapai kesempurnaan FAQIR, ia kunci yang membawa kamu ke Syurga.

Mana-mana ilmu atau amal yang tiada membawa kepada KEFAQIRAN diri adalah binasa, Syurga tidak menerima walau satu zarah jika dalam jiwanya miliki rasa kesombongan (ada rasa milik diri).”

Berkata sang murid : “Terima kasih duhai Guruku!..

Dari Ibnu Abbas رضى الله عنه, bahwa Nabi ﷺ bersabda :

اطلعت في الجنة، فرأيت أكثر أهلها الفقراء

"Aku pernah melihat Syurga, aku lihat kebanyakan penduduknya adalah orang-orang miskin.” (HR. Bukhari dan Muslim)