Saturday, January 19, 2019

FIRQAH - FIRQAH DALAM ISLAM

KENAPA KITA BERPECAH. Semua Ahli Kiblat terlibat, pilihlah firqah yang difatwakan dan disepakati. Kita wajib BERLEPAS DIRI DARI FIRQAH-FIRQAH yang tidak selamat dan masuk neraka.

Sukar untuk memahami ini kerana itu kita sesama ahli kiblat, puasa, naik haji tidak dapat bersatu kerana TIDAK FAQIH DALAM BERAGAMA. Jangan bangga dengan ilmu Dr dan Phd belum tentu anda faqih dalam agama, contohnya orientalis lihat ilmu mereka dan apa jadi pada mereka.



FIRQAH -FIRQAH DALAM ISLAM


Dalam sejarah Islam telah tercatat adanya FIRQAH-FIRQAH (golongan) di lingkungan umat Islam, yang antara satu sama lain BERTENTANGAN fahamnya secara tajam dan sulit untuk DIPERDAMAIKAN, apalagi untuk DIPERSATUKAN. Hal ini sudah menjadi FAKTA dalam sejarah yang tidak dapat DIUBAH lagi, dan sudah menjadi ilmu pengetahuan yang TERMAKTUB dalam kitab-kitab agama, terutama dalam kitab-kitab USULUDDIN.


Barangsiapa yang membaca kitab-kitab Usuluddin akan menjumpai di dalamnya perkataan : Syi’ah, Khawarij, Muktazilah, Qadariah, Jabariah, Ahlussunnah Wal Jama’ah (sunni), Mujassimah, Bahaiyah, Ahmadiyah, Wahabiyah dan lain-lain.


Umat Islam, khususnya yang berpengetahuan agama tidak hairan MELIHAT dan MEMBACA hal ini, kerana Nabi Muhammad 
 sudah juga MENGKHABARKAN pada masa hidup beliau.

Banyak terdapat hadits-hadits yang bertalian dengan FIRQAH-FIRQAH yang BERSELISIH FAHAM dalam lingkungan umat Islam.


Di antara hadits-hadits itu adalah :


1. Bersabda Nabi Muhammad  :


Ertinya : "Maka bahawasanya siapa yang hidup (lama) di antaramu nescaya akan melihat perselisihan (faham) yang banyak. Ketika itu pegang teguhlah Sunnahku dan Sunnah Khalifah Rasyidin yang di beri hidayah. Pegang teguhlah itu dan gigitlah dengan gerahammu."

(Hadits riwayat : Imam Abu Daud dll. Lihat Sunan Abu Daud juzuk IV, halaman 201).

Tujuan hadits ini TERANG, bahawa akan ada PERSELISIHAN FAHAM dalam lingkungan umat Islam, dan bahawa Nabi Muhammad  menyuruh umat Islam ketika melihat PERSELISIHAN-PERSELISIHAN itu supaya berpegang teguh dengan Sunnah Nabi dan Sunnah Khalifah Rasyidin (Sayyidina Abu Bakar 
رضى الله عنه, Sayyidina Umar رضى الله عنه, Sayyidina Utsman رضى الله عنهSayyidina Ali كرم الله وجهه).

2. Bersabda Nabi Muhammad  :


Ertinya : "Akan ada di lingkungan UMATKU 30 orang pembohong yang mendakwakan bahawa ia Nabi. Aku adalah Nabi penutup, tidak ada lagi Nabi sesudahku." (H.Riwayat Tarmizi, Lihat Sahih Tarmizi juzuk 9, halaman 63)


3. Bersabda Nabi Muhammad  :


Ertinya : "Akan keluar suatu kaum akhir zaman, orang-orang MUDA yang BODOH fikirannya. Mereka banyak mengucapkan perkataan 'Khairil Bariyyah' (Maksudnya firman-firman Tuhan yang di bawa oleh Nabi) iman mereka tidak melampaui KERONGKONGAN mereka. Mereka keluar dari agama sebagai meluncurnya anak panah dari busurnya. Kalau orang-orang ini BERJUMPA denganmu LAWANLAH mereka." 
(H.Sahih riwayat Imam Bukhari, Lihat Fathul Bari juzuk XV halaman 315).

Terang dalam hadits ini bahawa akan ada menurut Nabi 
 SEKUMPULAN orang-orang MUDA yang suka mengeluarkan FATWA-FATWA agama berdasarkan Al Quran dan Hadits, tetapi KEIMANANNYA keluar dari dirinya SECEPAT keluarnya ANAK PANAH dari BUSURNYA.

4. Bersabda Nabi Muhammad  :


Ertinya : "Ada DUA FIRQAH dari umatku yang pada HAKIKATNYA mereka tidak sangkut paut dengan Islam, iaitu kaum MURJIAH dan kaum QADARIAH." (Hadits riwayat Imam Tarmizi Lihat Sahih Tarmizi juzuk VIII, halaman 316).


Kaum Murjiah dan Qadariah tak ada hubungannya dengan Islam, kata Nabi Muhammad . Na'uzubillah!


5. Dan sabda Nabi ﷺ :


Ertinya : "Dari Huzaifah رضى الله عنه beliau berkata : Bersabda Rasulullah  : Bagi tiap-tiap umat ada Majusinya, dan Majusi umat aku ialah orang yang MENGINGKARI TAKDIR. Kalau mereka mati jangan dihadiri pemakamamnya dan kalau mereka sakit jangan mengunjunginya. Mereka adalah kelompok DAJAL. Memang Tuhan berhak untuk memasukkan mereka ke kelompok DAJAL." (HR. Abu Daud, Sunan Abu Daud juzuk IV, halaman 222).

6. Tersebut dalam kitab hadist begini :


Ertinya : "Dari Abi Hurairah r.a. Beliau berkata, bahawa Nabi Muhammad  bersabda : "Telah BERFIRQAH-FIRQAH orang Yahudi atas 71 firqah dan orang Nasara seperti itu pula dan akan BERFIRQAH UMMATKU atas 73 FIRQAH." (Hadits riwayat Imam Tarmizi, Lihat Sahih Tarmizi juzuk X, halaman 109).

7. Nabi ﷺ bersabda :


Ertinya : "Bahawasanya Bani Israel telah berfirqah-firqah sebanyak 72 millah (firqah) dan akan berfirqah ummatku sebanyak 73 firqah, semuanya masuk neraka KECUALI SATU". Sahabat-sahabat yang mendengar ucapan ini bertanya "Siapakah yang SATU itu Ya Rasulullah?" Nabi ﷺ menjawab : Yang SATU itu ialah orang yang berpegang (beri’tiqad) sebagai PEGANGANKU (I'TIQADKU) dan pegangan SAHABAT-SAHABATKU." (Hadits riwayatkan oleh Imam Tarmizi, Lihat Sahih Tarmizi juzuk X, halaman 109).


8. Tersebut dalam kitab Thabrani, bahawa Nabi ﷺ bersabda :


Ertinya : "Demi Tuhan yang memegang jiwa Muhammad di tangan-Nya, akan BERFIRQAH UMMATKU sebanyak 73 FIRQAH; yang SATU masuk syurga dan yang lain masuk neraka". Bertanya para sahabat : " Siapakah firqah (yang TIDAK masuk neraka) Ya Rasulullah?"

Nabi ﷺ menjawab : "Ahlussunnah Wal Jama’ah." (Hadits ini diriwayatkan oleh Imam Thabrani).

Hadist yang serupa ini ertinya tersebut juga dalam kitab "Al-Milal Wan Nihal" juzuk I halaman 11, karangan Syahrastani رحمة الله تعالى (w.548 H).

9. Nabi Muhammad  bersabda :


Ertinya : "Akan ada segolongan dari UMATKU yang tetap atas KEBENARAN sampai hari kiamat dan mereka TETAP atas KEBENARAN itu." (Hadits Sahih riwayat Bukhari, Lihat Fathul Bari juzuk XVII, halaman 56).


Melihat hadits-hadits yang sahih ini dapat diambil KESIMPULAN :


1. Nabi Muhammad  mengkhabarkan sesuatu yang terjadi dalam lingkungan umat Islam secara mukjizat, iaitu mengkhabarkan hal-hal yang akan terjadi. Khabar ini tentu diterima beliau dari Tuhan.


2. Sesudah Nabi ﷺ wafat akan ada PERSELISIHAN FAHAM yang BANYAK, sampai 73 fahaman (i'tiqad).


3. Ada segolongan orang-orang MUDA pada akhir zaman yang suka MENGELUARKAN DALIL -DALIL-DALIL dari Al Quran, tetapi KEIMANANNYA tidak melewati KERONGKONGAN-NYA


4. Ada 2 golongan yang tidak bersangkut paut dengan Islam, iaitu kaum MURJIAH dan QADARIAH.


5. Ada 30 orang pembohong yang akan mendakwakan bahawa ia Nabi, padahal Nabi Muhammad  tidak ada lagi. Dan ada orang-orang Khawarij yang paling jahat.


6. Di antara yang 73 golongan (firqah-firqah) itu ada SATU yang BENAR, iaitu golongan kaum Ahlussunnah Wal Jama’ah yang selalu berpegang kepada Sunnah Nabi ﷺ dan Sunnah Khalifah Rasyidin.


7. Mereka ini akan selalu MENEMPERTAHAN KEBENARAN i'tiqad sampai hari kiamat.


Dan TERKINI (sekarang), barang siapa yang meneliti SEJARAH perkembangan Islam dari abad-abad PERTAMA, KEDUA dan KETIGA dan sampai kepada zaman sekarang, apa yang dikatakan oleh Nabi Muhammad  sudah NYATA kebenarannya.

Tersebut dalam Kitab 'Bugyatul Mustarsyidin' karangan Mufti Syeikh Sayed Abdurrahman bin Muhammad bin Hussein bin Umar 
رحمة الله تعالى, yang dimasyhurkan dengan gelaran Ba’Alawi, pada halaman 398, cetakan Mathba’ah Amin Abdul Majid Kahirah, bahawa 72 firqah yang sesat itu berpokok pada 7 firqah, iaitu :

1. Kaum Syi’ah - kaum yang BERLEBIH-LEBIHAN memuja Sayyidina Ali كرم الله وجهه. Mereka tidak mengakui Khalifah-khalifah Sayyidina Abu Bakar رضى الله عنه, Sayyidina Umar رضى الله عنه, Sayyidina Utsman رضى الله عنه. Kaum Syi’ah kemudian berpecah menjadi, 22 aliran.

2. Kaum Khawarij - iaitu kaum BERLEBIH-LEBIHAN membenci Sayyidina Ali كرم الله وجهه bahkan ada di antaranya MENGKAFIRKAN Sayyidina Ali كرم الله وجهه. FIRQAH ini berfatwa orang yang membuat dosa besar menjadi kafir.

3. Kaum Muktazilah - iaitu kaum yang berfaham TUHAN tidak mempunyai SIFAT, bahawa manusia membuat pekerjaannya sendiri, bahawa Tuhan tidak dapat dilihat dengan mata dalam syurga, bahawa orang yang mengerjakan dosa besar diletakkan di antara dua tempat dan mi'raj Nabi Muhammad ﷺ hanya dengan roh saja dan lain-lain. Kaum Muktazilah berpecah menjadi 20 aliran.


4. Kaum Murjiah - iaitu kaum yang menfatwakan bahawa membuat maksiat (kederhakaan) tidak memberi mudarat kalau sudah beriman, sebagai keadaannya membuat kebajikan tidak memberi manfaat kalau kafir. 3 aliran.


5. Kaum Najariah - iaitu kaum yang menfatwakan bahawa perbuatan manusia adalah makhluk, yakni dijadikan Tuhan, tetapi mereka berpendapat bahawa sifat Tuhan tidak ada. Kaum Najariah berpecah pada 3 aliran.


6. Kaum Jabariah - iaitu kaum yang menfatwakan bahawa manusia "majbur", ertinya tidak berdaya apa-apa. Kasab atau usaha tidak ada sama sekali. Kaum ini hanya 1 aliaran.


7. Kaum Musyabbihah - iaitu kaum yang menfatwakan bahawa ada KESERUPAAN TUHAN DENGAN MANUSIA, umpamanya bertangan, berkaki, duduk di kerusi, naik tangga dan lain-lainnya. Kaum ini hanya 1 aliran.


Jadi jumlahnya adalah :


1.Kaum Syi’ah - 22 aliran
2.Kaum Khawarij - 20 aliran
3.Kaum Muktazilah - 20 aliran
4.Kaum Murjiah - 3 aliran
5.Kaum Najariah - 5 aliran
6.Kaum Jabariah - 1 aliran
7.Kaum Musyabbihah - 1 aliran
JUMLAH - 72 aliran

Kalau ditambah dengan 1 ALIRAN lagi dengan faham kaum Ahlussunnah Wal Jama’ah, maka cukuplah menjadi 73 firqah, sebagai yang diterangkan oleh Nabi Muhammad ﷺ dalam hadits yang diriwayatkan oleh Imam Tarmizi 
رحمة الله تعالى. Demikian Kitab Bugyatul Mustarsydin.

Faham ini baik-baik, lebih lagi keldai beragama kaum-kaum firqah tidak selamat, ada pun kaum QADARIAH termasuk golongan kaum MUKTAZILAH, kaum BAHAIYAH dan AHMADIYAH termasuk golongan kaum SYI’AH,

dan penting sekali dikenali kaum IBNU TAIMIYAH masuk dalam golongan kaum MUSYABBIHAH dan kaum WAHABI termasuk kaum perlaksanaan dari faham IBNU TAIMIYAH. Firqah ini sedang melanda negara kita. Rakyat Malaysia yang beragama islam sudah mula meninggalkan mazhab dan mengambil Ibnu Taimiyah dan sefaham dengannya sebagai rujukan beragama.

[ Rujukan Kitab : I'tiqad Ahlussunnah Wal Jama’ah, K.H.Siradjuddin Abbas, Cetakan Pustaka Tarbiyah Jakarta, m.s. 3-10 ]


No comments:

Post a Comment