Saturday, January 15, 2022

π—›π—”π—•π—Ÿπ—¨ π— π—œπ—‘π—”π—Ÿπ—Ÿπ—”π—›, π—›π—”π—•π—Ÿπ—¨ π— π—œπ—‘π—”π—‘π—‘π—”π—¦

Hakikat beradab dan berakhlak itu dua. Satu berakhlak dengan Allah Ψ³Ψ¨Ψ­Ψ§Ω†Ω‡ وΨͺΨΉΨ§Ω„Ω‰ dan satu berakhlak dengan makhluk.

Ada orang akhlaknya dengan Allah Ψ³Ψ¨Ψ­Ψ§Ω†Ω‡ وΨͺΨΉΨ§Ω„Ω‰ baik, adabnya bagus tetapi dengan manusia dia mengumpat orang, berdusta dan lainnya. Dengan Allah Ψ³Ψ¨Ψ­Ψ§Ω†Ω‡ وΨͺΨΉΨ§Ω„Ω‰ dia rajin beribadah, membaca Al-Quran 3 hari sekali khatam, tetapi hatinya dengki pada orang.

Itu tidak lagi dianggap berakhlak baik, kerana maksud daripada akhlak yang baik itu, baik kepada Allah Ψ³Ψ¨Ψ­Ψ§Ω†Ω‡ وΨͺΨΉΨ§Ω„Ω‰ dan baik kepada manusia.

Hakikat seorang yang berakhlak itu, adalah berakhlak kepada Allah Ψ³Ψ¨Ψ­Ψ§Ω†Ω‡ وΨͺΨΉΨ§Ω„Ω‰ dan juga berakhlak kepada makhluk.

[ Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam AlBanjari AnNadwi AlMaliki حفظه Ψ§Ω„Ω„Ω‡ ]


No comments:

Post a Comment