Saturday, January 5, 2019

APABILA MELIHAT AIB SAUDARA KITA


ابن المبارك قال كان الرجل إذا رأى من أخيه ما يكره أمره في ستر ونهاه في ستر فيؤجر في ستره ويؤجر في نهيه فأما اليوم فإذا رأى أحد من أحد ما يكره أستغضب أخاه وهيتك ستره

"Dahulu seseorang (para sahabat) apabila melihat pada saudaranya terdapat hal yang tidak ia sukai iapun memerintahkannya atau melarangnya dengan sembunyi, sehingga dia diberi pahala atas rahasia dan larangannya (dari sesuatu yang tidak disenangi).

Adapun hari ini, apabila seseorang melihat apa yang ia tidak sukai, ia membuat marah saudaranya dan ia sebarkan aibnya."

[ Roudhotul Uqola' hlm. 197 karangan Imam Abu Hatim Ibnu Hibban رضى الله عنه ]


EMPAT PERKARA

Baginda Rasulullah ﷺ bersabda : Ada 4 (empat) perkara, yang barangsiapa memilikinya, maka Allah سبحانه وتعالی akan membangunkan untuknya rumah di Syurga dan ia dalam naungan cahaya Allah Yang Maha Agung.

Keempat perkara tersebut adalah :

1. Apabila pegangannya adalah
La Ilaha Illallah.

2. Jika memperoleh kebaikan, maka ia
mengucapkan Alhamdulillah.

3. Apabila berbuat salah atau dosa,
maka ia mengucapkan
Astaghfirullah.

4. Apabila ia ditimpa musibah, maka
ia berkata Innalillahi wa Inna Ilaihi
Raji'un'.

[ HR. Ad-Dailami ]



LAHIRIAH ADALAH CERMIN BAGI BATIN

Apa yang disembunyikan hati akan terlihat jejaknya di wajah.
Apa yang tersimpan di kedalaman batin akan tampak pada penampilan lahir.

Makrifat dan cahaya Ilahiah yang ditetapkan Allah di dalam hati seseorang pasti akan muncul pada penampilan lahiriahnya, pada wajah dan anggota tubuh lainnya. Ini adalah tanda untuk mengenali keadaan seorang murid menuju Allah, kerana penampilan lahiriah adalah cermin dari keadaan batin. Bagi orang-orang yang ingin berteman dan berkumpul dengan seorang murid, penampilan lahirnya ini bisa menjadi pertanda.

[ Al-Imam Asy-Syeikh Ibnu 'Athaillah Askandari رضى الله عنه ]


JANGAN MENGGUNAKAN AGAMA UNTUK MENDAPATKAN DUNIA

Berkata Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid, 

Janganlah kamu wahai manusia menggunakan agama itu untuk mendapatkan dunia. Memperjudikan agama untuk mendapatkan habuan daripada dunia. Menggunakan medan agama ini untuk memuaskan hawa nafsu kamu kepada dunia.

Hiduplah kamu di atas muka bumi ini dengan hidupnya seorang hamba. Berjalanlah kamu di atas muka bumi ini dengan menundukkan pandangan dan jangan ada di antara kamu yang mendabik dada kesombongan. Malah aib kamu itupun ditutup oleh Allah سبحانه وتعالى, maka apa perlu kamu banggakan?.

Di akhirat kelak, Allah سبحانه وتعالى berfirman kepada manusia ; "Wahai fulan, apa yang telah engkau lakukan di dunia?" Lalu mereka yang berilmu dan membaca Al-Quran menjawab ; "Aku lakukan ini semua kerana Engkau ya Allah." Lalu Allah سبحانه وتعالى berfirman ; "Engkau dusta!" Malaikat juga berkata ; "Kamu dusta!" Allah سبحانه وتعالى berfirman ; "Engkau membaca kerana mahu orang katakan suaramu sedap dan orang pun sudah kata suaramu sedap. Lalu Allah سبحانه وتعالى perintahkan kepada Malaikat untuk mencampakkan golongan ini ke dalam Neraka.

Kerana Allah سبحانه وتعالى tahu apa yang ada di dalam hati manusia. Apa niat mereka dalam melakukan kebaikkan. Kerana orang pertama yang akan dicampakkan ke dalam Neraka adalah orang 'alim orang yang mengajarkan ilmu dan al-Quran hanya untuk disanjung dan dipuji, bukan kerana Allah سبحانه وتعالى .

Maka lihat semula, apakah kita menggunakan Al-Islam untuk memperolehi nikmat dunia? Menggunakan Allah dan Rasul untuk mendapatkan habuan dunia demi memuaskan hawa nafsu? Maka lihat di mana kedudukan kita dalam melakukan kebaikkan. Lihatlah diri kita ini di dalam sifat kehambaan.

Moga-moga Allah سبحانه وتعالى jauhkan di dalam hati kita sifat riya' bilamana melakukan suatu perkara kerana Allah سبحانه وتعالى dan dijauhkan daripada bala dan fitnah ilmu. Moga-moga Allah سبحانه وتعالى kabulkan permintaan kita.


Aamiin Ya Robbal 'Alaamiin...


HAKIKAT AMALAN HATI DAN BADAN

Al-Imam Harist Al-Muhasibi رحمة الله تعالى mengatakan :

“Di antara sebaik-baik ibadah adalah hati yang diisi dengan rasa cinta kepada ketaatan. Jika hatimu telah dilimpahi oleh perasaan seperti itu maka anggota badan akan beramal sesuai dengan apa yang ia lihat dalam hati.

Sebab, boleh jadi anggota badan sedang sibuk beribadah, sedangkan hati diam menganggur.”

“Lalu bagaimanakah bentuk ibadah hati di luar anggota badan? Bagaimana ibadah yang dilakukan hati akan mengalir menuju anggota badan?”

Beliau menjawab, “Yakni ketika hati menjadi wadah/tempat bagi kerisauan dan kesedihan, rasa papa dan sangat membutuhkan, penyesalan, tawadhu’, dan keterdesakan menuju Allah, sikap tulus kepada-Nya dan cinta pada apa yang Allah cintai, serta benci kepada apa yang Allah benci.

Jika ia menyikapi Allah dengan keadaan hati semacam ini, maka anggota badan akan mengikuti gerak dan bangkit untuk melakukan ketaatan. Keadaan ini akan terwujud jika relung-relung hati telah diisi dengan dzikir kepada Allah dan ingatan terhadap hari Akhirat.

Di sisi lain, hendaknya hati juga diisi dengan mengenali nikmat-nikmat Allah, gembira bersama-Nya, senang beribadah kepada-Nya, rindu kepada-Nya, selalu senang bersyukur kepada-Nya, serta berharap kepada ampunan-Nya.

Jika hati menyikapi Allah dengan keadaan hati seperti ini, maka anggota badannya pun akan melakukan ibadah dan amal kebaikan. Anggota badan akan beramal disertai rasa senang, gembira dan nikmat.”

[ Al-Imam Harist Al-Muhasibi dalam Adab An-Nufus ]



Friday, November 2, 2018

PERUMPAMAAN ORANG YANG BERILMU

Perumpamaan orang yang berilmu itu kepada 3 jenis perumpamaan :

1) Umpama seperti air hujan yang turun membasahi tanah yang subur. Bila hujan yang turun membasahi kepada tanah yang subur maka ia boleh menumbuhkan tumbuhan. Ini adalah orang yang mempunyai dan beramal dengan ilmunya dan memberikan manfaat kepada orang lain.

2) Umpama seperti air hujan yang turun membasahi tanah yang keras yang mana seperti ada kawah. Bila air hujan yang turun ke tanah tersebut ianya akan bertakung di situ. Orang lain dapat ambil air yang berada di dalam takungan kawah tersebut untuk mengambil manfaat tapi tanah yang keras itu tak ada manfaatnya kerana ianya tidak dapat mengambil air itu. Ini perumpamaan orang yang ada ilmu kemudiannya dia sudah menyampaikan kepada orang lain tetapi dia sendiri tak amalkan ilmu yang disampaikannya itu.

3) Umpama seperti air hujan yang turun membasahi tanah yang keras. Yang mana air hujan yang turun itu seperti percikan air hujan yang turun kepada batu memantul-mantul. Yang mana ini adalah umpama orang yang mendapat ilmu tetapi ianya tidak dapat memberikan manfaat pada dirinya sendiri dan juga orang lain.

Semoga Allah سبحانه وتعالى menjadikan kita semua dalam kalangan golongan yang pertama iaitu umpama air hujan yang turun membasahi tanah yang subur yang kemudiannya menghasilkan tanaman yang subur juga.. Mempunyai ilmu dan dapat beramal dengan ilmu yang dimiliki dalam masa yang sama dapat memberikan manfaat pada orang lain. 

Aamiin Ya Robbal 'Alaamiin...



Thursday, July 5, 2018

ISTERI YANG MENUTUP KEMISKINAN SUAMINYA

Ada sebuah kisah, ada seorang suami yang menangis sedikit teresak di sisi sahabatnya.

Lalu sahabatnya bertanya, "Kenapa kau menangis ?"

Suami itu menjawab "Isteri aku sedang demam".

Sahabatnya bertanya lagi "Seberapa hebat sayangnya engkau kepadanya ? Hingga dia demam sahajapun engkau sudah menangis seperti ini".

Suami itu menjawab lagi, "Kau tak kenal isteri aku itu bagaimana..."

Dia pun mula menceritakan,

"Aku ini miskin. Aku ni tak ada kerja tetap. Setiap hari keluarga aku hanya makan kacang, itupun jika aku dapat balik awal..."

"Pernah ketika aku tak dapat balik rumah, isteri aku hanya ada 2 pilihan sahaja sama ada dia akan berpuasa atau minum air putih sepanjang hari..."

"Satu hari, aku sekeluarga dijemput oleh mertua aku ke rumahnya, memang isteri aku dari kalangan keluarga yang agak berada..."

"Masa aku sedang duduk-duduk berbual bersama mertua dengan hidangan yang lazat dan enak, mata aku tak nampak di mana isteri aku berada lalu aku bertanya kepada mertuaku sama ada dia nampak isteri aku ada di mana..."

Ibu mertua aku menjawab,

"Isteri kamu ada di dapur, dia mencari kacang. Katanya dia sudah agak jemu dengan lauk daging, ayam dan semacamnya sehingga dia teringin cuma nak makan kacang..."

Ayah mertuaku yang mendengar terus mencelah,

"Terima kasih banyak-banyak kerana jaga anak kami. Secukupnya diberi nafkah dan seeloknya dijaga sampai ayam dan daging pun dia terasa jemu".

"Saat itu dadaku terasa sesak sekali. Aku seupayanya menahan agar tidak menangis. Sekalipun hati aku sebenarnya tidak dapat menahan tangisan".

"Lalu saat sudah balik ke rumah, setibanya di rumah aku terus memeluk erat isteriku sambil menangis teresak-esak".

"Wahai isteriku. Sebegitu sekali kau menjaga keaiban dan kekurangan suamimu hatta di pandangan ayah ibumu sendiri. Sedangkan kutahu terlalu banyak kekurangan yang ada padaku sehingga dirimu selalu hampir tak makan seharian".

Isteri aku menjawab,

"Kuharus menjalankan tanggungjawabku. Tanggungjawabku adalah menjaga sepenuhnya kehormatanmu wahai suami. Soal tanggungjawabmu kepadaku, aku sentiasa berdoa agar Allah lah yang akan mempermudahkan untukmu melaksanakannya. Kerana aku menjadi isterimu, keranaNya".