Wednesday, September 18, 2019

SYARIAT, THARIQAT, HAKIKAT

DINUKIL DARI

KITAB :

Samir Ash Shibyan
Li ma'rifati furudhil a'yan


TA'LIF : 

Syeikh Hasahuddin Bin Makshum Bin Abu Bakar Ad Dali As Sumatrawi رحمة الله تعالى


Pada akhirnya Risalah Tazkir Al Muridin Fi Suluki Thareqatil Muhtadin.


" Fashlun : Telah dimisalkan mereka itu akan Syariat dengan perahu pada keadaannya sebab menyampaikan kepada maqsud dan dimisalkan akan Thareqah dengan laut pada keadaannya tempat bagi maqsud dan dimisalkan akan Haqiqah dengan mutiara pada mengambil manfaat dengan dia dan pada mulianya atas lainnya.

Maka tiadalah sampai seorang kepada haqiqah yang diserupakan akan dia dengan mutiara melainkan kemudian daripada sampai ia ke laut yang tempat mutiara itu dan tiada pula ia sampai kepadanya melainkan dengan perahu.

Maknanya barangsiapa menghendaki akan Haqiqah maka hendaklah bersifat ia dengan Syariat Dan Thareqah kerana tiada sampai seorang kepada Haqiqah melainkan kemudian daripada bersifat ia dengan keduanya.

Maka yang tiga ini berlazim laziman ia dengan tertib ; pertama Syariat kedua Thareqah ketiga Haqiqah.

Dan barangsiapa meninggalkan akan tertib ini tiadalah sampai ia kepada mutiara Haqiqah kerana bahawasanya Thareqah dan Haqiqah itu terhenti keduanya atas Syariat.

Bermula orang yang mukmin dan jika tinggi pangkatnya dan jadilah ia setengah daripada awliya' sekalipun tiada lah gugur daripadanya segala ibadat yang difardhukan atasnya pada Al Quran Dan Al Hadits.

Dan barangsiapa menyangka bahawasanya telah jadi wali dan telah sampai ia kepada Haqiqah nescaya gugur daripadanya Syariat maka adalah ia daripada orang yang sesat lagi menyesatkan lagi tiada berugama. Kerana tiada gugur ibadat daripada nabi nabi, betapakah gugurnya daripada wali wali.

Dan apabila telah mengetahui oleh as-Salikin akan segala yang tersebut ini maka wajiblah atasnya menghiasi zahirnya dengan mengamalkan Syariat supaya bercahaya hatinya dengan cahaya syariat dan hilang daripadanya gelap gelap maksiat dan dengan yang demikian itu patutlah bertempat thareqah pada hatinya - Kifayatul Atqiya' - pada beberapa tempat... "

No photo description available.

No photo description available.

No photo description available.


No comments:

Post a Comment