Tuesday, July 30, 2019

AKHLAK YANG SEMPURNA

"Kami diajarkan bahwa jika seseorang itu ingin merubahkan keadaan sekitarnya, ianya wajib merubah dirinya terlebih dahulu. Kerana kepemimpinan itu di dalam jiwanya sendiri, bukan harta, bukan takhta dan juga bukan senjata."

"Kita berjuang untuk Islam bukan hanya untuk dapat jawatan, pangkat, kerusi atau kuasa politik. Kita berjuang kerana Allah dan Rasul-Nya. Dan mesti mengikut segala-galanya contoh yang diajar oleh Rasulullah ﷺ. Sejarah membuktikan lebih lima puluh peratus orang bukan Islam memeluk agama Islam bukan kerana difahamkan dengan agama tetapi melalui akhlak yang ditonjolkan oleh orang Islam."

"Tertariknya mereka kepada Islam kerana bahasa lemah lembutnya kita. Tapi kalau kita memaki hamun orang. Di mana minat mereka untuk menyertai agama kita. Dakwah itu penting. Dakwah itu bukan sahaja dengan kata-kata tapi dengan tauladan. Dengan lemah lembut sepertimana Allah سبحانه وتعالى meminta Nabi Musa عليه سلم berkata lemah lembut dengan Firaun. Bukan mengejek, mengata orang, mencari salah orang lain. Semuanya adalah dengan cinta. Dakwah dengan cinta dengan kasih sayang."

"Akhlak adalah dakwah yang sempurna. Carilah perhimpunan-perhimpunan yang membawa kepada cinta Allah سبحانه وتعالى dan Rasulullah ﷺ. Hindarilah perhimpuan-perhimpunan yang membawa kepada perpecahan umat. Kita makhluk, jika Allah سبحانه وتعالى tidak turunkan sifat cinta-Nya, maka pasti kita tak ada rasa cinta."

"Kalam Allah سبحانه وتعالى, ambillah cinta dari orang yang aku cinta. Kita merayakan maulid, untuk mendapatkan cinta. Jika kita dah cintai rasul-Nya maka Allah سبحانه وتعالى akan beri kita cinta-Nya itu. Rasulullah ﷺ bersabda, cintailah Allah sebab semuanya nikmat dari Allah, cintailah Rasulullah 
, kerana cinta Allah سبحانه وتعالى itu diberi kepada Nabi ﷺ."

"Kita takkan dapat hidayah Allah سبحانه وتعالى tanpa melalui Nabi 
. Mengikuti Nabi ﷺ untuk merealisasikanya dengan menjaga sunnah Nabi , jaga amalan Nabi , berakhlak dengan akhlak Nabi ﷺ kita dapat menyaksikan kebesaran Allah سبحانه وتعالى. Dengan mengikuti, mencintai kepada Nabi ﷺ."

"Jika kita cinta kepada seseorang, sifat karekter orang itu kita akan cinta. Kita tak akan dapat apa saja dari Allah سبحانه وتعالى tanpa daripada Rasulullah ﷺ. Mengikuti itu mesti sepenuhnya. Kita tahu selesai Khulafa ar-Rasyidin, terjadi fitnah, kemudian, muncul berbagai firqah. Khawarij dan syiah. Islam ini umpama raja agung, jemaah yang selamat ini adalah anak yang sah."

"Yang sesat pula seperti anak yang derhaka kepada raja. Jika nak selamat ikutilah raja itu. Yang mana yang paling majoriti adalah ahlus sunnah wal-jamaah. Yang kerana masalah politik itu dulu terjadi adalah masalah firqah. Kemudian problem seterusnya adalah aqidah pula. Ilmu itu mesti diwarisi, diriwayatkan dan bersanad. Yang jika kita kaji majoriti rantaian sanad adalah daripada ulama-ulama ahlus sunnah wal jamaah."

[ Daripada Sheikh Rohimuddin An-Nawawi Al-Banteni ]



No comments:

Post a Comment