Tuesday, July 30, 2019

Dalil golongan Asya'riyyah Wal Maturidiyyah adalah Golongan Ahli Sunnah Waljama'ah yang benar.

Al Hakim رحمة الله تعالى meriwayatkan dalam al Mustadrak dan Al Hafiz Ibnu Asakir رحمة الله تعالى dalam Tabyin Kazib Al Muftari, ketika turun ayat Surah Al Maidah 5:54 :

فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ .

"Maka nanti Allah akan mendatangkan kepada mereka dengan satu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia..." Ketika itu Rasulullah 
, mengisyaratkan kepada sahabat Baginda, Sayyidina Abu Musa Asy Asya'ri dan bersabda, هم قوم هذا .

Mereka (yang dimaksudkan dalam ayat ini) adalah kaum orang ini (Abu Musa Asy Asya'ri).

Al Imam Qurtubi 
رحمة الله تعالى dalam tafsirnya, Al Jami' li Ahkam Al Quran, menjelaskan: "Al Qusyairi رحمة الله تعالى berkata: Pengikut Abu Hasan Asy Asya'ri (dipanggil al Asya'riyyah) adalah termasuk kaumnya..." .

Al Imam Abu Hasan Asy Asya'ri 
رحمة الله تعالى, imam yang menjadi ikutan golongan Ahlussunnah Waljamaah aliran Asya'riyyah, adalah daripada keturunan Sayyidina Abu Musa Asy Asya'ri رضى الله عنه, sahabat Nabi ﷺ yang disebutkan... Penganut akidah Ahlussunnah Waljamaah aliran Asya'riyyah wal Maturidiyyah telah mendapat pujian daripada Rasulullah , seperti dalam Hadis, "Akan dibuka Kota Konstantinopel, sebaik-baik ketua perang adalah ketua perang (yang mengetuainya) dan sebaik-baik tentera, adalah tentera itu...” . [H.R. Ahmad bin Hanbal Al-Musnad 4/335]

Kota Konstantinopel (Istanbul) dibuka selepas 800 tahun oleh Sultan Muhammad Al Fateh yang berakidah Sunni aliran Imam Abu Hassan Asya'ri... Beliau sukakan sufi yang benar di samping juga bertawassul dengan Nabi 
ﷺ... Mustahil Rasulullah  memuji seseorang yang akidahnya tidak betul atau sesat... Demikian juga Imam Bukhari رحمة الله تعالى menyebutkan di dalam Sahihnya, bab Qudum Asy Asya'riyyah wa Ahl Al Yaman, Abu Musa Asy Asya'ri رضى الله عنه berkata, daripada Rasulullah  bersabda:

'هم مني وانا منهم..'

"Mereka daripadaku dan aku daripada mereka..."


No comments:

Post a Comment