Saturday, June 27, 2020

Apa itu Tasawwuf?

Ilmu tasawwuf adalah ilmu untuk mengetahui keadaan hal ahwal jiwa manusia, keadaan yang terpuji mahu pun yang tercela, mengetahui bagaimana cara membersihkannya dari keadaan yang tercela dan menghiasinya dengan sifat-sifat yang terpuji serta untuk mengetahui tata cara/proses perjalanan menuju kepada Allah سبحانه وتعالی.

قال القاضي شيخ الإسلام زكريا الأنصاري رحم الله تعالى ( التصوف علم يعرف به أحوال تزكية النفوس وتصفية الأخلاق وتعمير الظاهر والباطن لنيل السعادة الأبدية ) هامش الرسالة القشيرية

Al-Qadhi Syeikhul Islam Al-Syeikh Zakaria Al-Anshari رحمة الله تعالى berkata : "Ilmu tasawwuf adalah ilmu yang dapat menunjukkan keadaan bersihnya hati seorang manusia, dan penjernihan perilaku, dan menggerakkan zahir dan batin (tubuh dan hati) untuk beribadah kepada Allah 
سبحانه وتعالی, untuk meraih kebahagiaan yang abadi.”


No comments:

Post a Comment