Friday, June 5, 2020

HUKUM HADIAH AL-FATIHAH KEPADA ORANG YANG SUDAH MENINGGAL DUNIA


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kami mendapat pertanyaan bagaimana hukum membaca Surah al-Fatihah kepada orang yang sudah meninggal dunia. Apakah ia berasal dari ajaran Islam?

Nabi Muhammad ﷺ membolehkan seseorang melakukan Haji untuk seseorang yang telah meninggal dunia. Melakukan Haji kepada seseorang yang telah meninggal dunia termasuk didalamnya membaca al-Quran. Dan termasuk juga melakukan solat seperti 2 rakaat tawaf (sunat) misalnya. Dan termasuk juga menginfakkan harta benda. Dan termasuk juga membayar pelbagai Kaffarah (denda). Dan termasuk juga berpuasa.

فَمَن لَّمْ يَجِدْ فَصِيَامُ ثَلَٰثَةِ أَيَّامٍ فِى ٱلْحَجِّ وَسَبْعَةٍ إِذَا رَجَعْتُمْ ۗ تِلْكَ عَشَرَةٌ كَامِلَةٌ

Tetapi jika ia tidak menemukan (binatang korban atau tidak mampu), maka wajib berpuasa tiga hari dalam masa haji dan tujuh hari (lagi) apabila kamu telah pulang kembali. Itulah sepuluh (hari) yang sempurna.

Surah al-Baqarah ayat 196

Dalam melakukan ibadah Haji buat orang yang telah meninggal dunia, didalamnya terdapat pelbagai amalan lain, dalam bentuk zikir, doa, membaca al-Quran, Thawaf, Saie, Wukuf, dan semua amal soleh tersebut akan sampai pahalanya kepada orang yang telah meninggal dunia tersebut.

Oleh kerana itu, semua amal kebajikan, apa pun itu pahalanya akan sampai kepada seseorang, yang telah meninggal dunia, melalui sisi doa. Amal soleh, pahalanya akan sampai kepada seseorang yang telah meninggal dunia dan doa merupakan ajaran islam dan Allah telah menegaskan kepada kita semua tentang hal ini.

Sesungguhnya kematian itu bukan kehancuran, akan tetapi perpindahan dari satu kehidupan menuju kehidupan yang lain. Insyaallah kita dapat berjumpa lagi dalam kesempatan yang lain.

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته‬‎

Syaikh Dr. Ali Gomaa Mohamed Abdel Wahab
Mufti Mesir 2003-2013



No comments:

Post a Comment