Saturday, June 27, 2020

LAKSANAKAN DUA PERKARA INI

Al-Imam Ali bin Muhammad Al Habsyi رحمة الله تعالى berkata :

"Kebanyakan orang sekarang menyangka bahawa amalañ kaum Salaf amat berat untuk diteladani. Jika Allah memudahkan dan menolong, maka amalan mereka pun menjadi ringan dikerjakan. Dan pertolongan Allah akan diberikan bergantung kepada tingkatan kesungguhan seorang hamba dalam menghadap kepada Tuhannya. Inti seluruh persoalan terletak pada amalan batin (rohani).

Ketika aku perhatikan wasiat guruku, Habib Abu Bakar al-Atthas 
رحمة الله تعالى, ternyata beliau tidak menyuruhku untuk banyak beramal. Beliau hanya memerintahkanku untuk melakukan dua perkara sahaja.

Pertama adalah amal zahir, iatu beliau berkata, "Tetapkanlah niat yang baik untuk setiap perbuatan yang akan kau lakukan." Kedua adalah jaga amal batin, iaitu beliau berkata, "Jagalah sirr-mu (nurani) agar selalu mengingat Allah."

[ Majmu' Kalam al-Habib Ali al-Habsyi, m/s 125 ] 

No comments:

Post a Comment