Saturday, June 27, 2020

RABITAH SYEIKH


Dalam ilmu tasawuf dan kerohanian, khususnya ilmu Thariqah. Rabitah Syeikh adalah sesuatu yang amat digalakkan semasa berzikir dan mempunyai faedah yang sangat besar. Rabitah bermaksud mengikat diri dengan syeikh dengan menghadirkan wajah syeikh semasa berzikir kepada Allah.

Banyak orang orang yang tidak menjalani latihan kerohanian selalunya menyalah anggap bahawa rabitah itu adalah sesuatu yang syirik. Ia bukanlah sesuatu yang syirik. Ia banyak disebutkan oleh ulama-ulama akan faedahnya seperti Imam Al Ghazali dalam Ihya Ulumuddin, Syeikh Daud Al Fathoni dalam kitab Dhiyaul Murid, Syeikh Abdus Samad Falimbani dalam Hidayatus Salikin, Syeikh Abdul Wahab As Sya'rani dalam kitabnya Madarijus Salikin dan banyak lagi ulama Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang menulis dalam kitab mereka. Untuk memahami ini kita perlu memahami cara masuk ke hadrat Allah سبحانه وتعالی.

Tujuan kita beramal adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah, namun untuk masuk terus kepada Allah, kita tidak dapat membayangkan rupa bentuk Allah, pintu masuk kepada Allah adalah melalui Sayyidina Rasulullah ﷺ. Pun begitu kita juga tidak dapat membayangkan wajah Rasulullah 
 kerana tidak pernah berjumpa dengan Baginda Rasulullah . Oleh kerana tidak dapat membayangkan wajah Allah سبحانه وتعالی dan Rasulullah , maka wajah yang boleh dibayangkan yakni dihadirkan rupanya adalah wajah Syeikh Mursyid kita sebagai Warisatul Anbiya' yang menjadi pintu masuk kepada Baginda Rasulullah ﷺ.

Kita tidak boleh melihat wajah Rasulullah 
, maka dihadirkanlah wajah-wajah orang yang dicintai oleh Rasulullah  dari para salihin dan para auliya’, kerana hal itu akan mengingatkan kita kepada Allah, bukan membuat kita syirik tetapi membuat kita semakin taat, hanya saja syaitan tidak suka kerana syaitan terbakar jika melihat wajah-wajah mereka.

Diriwayatkan oleh Sayyidina Abdullah bin Mas’ud 
رضى الله عنه, Rasulullah  bersabda :

عن عبد الله بن مسعود قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :

“إن من الناس مفاتيح لذكر الله إذا رؤوا ذكر الله“

”Sesungguhnya ada daripada golongan manusia yang dijadikan oleh Allah 
سبحانه وتعالی sebagai kunci (pembuka) untuk berdzikir kepada Allah سبحانه وتعالی. Jika wajah mereka dipandang maka seketika akan mengingatkan kepada Allah سبحانه وتعالی... ” 

Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Sayyidina Ibn ‘Abbas رضى الله عنه, bahwasanya seseorang telah bertanya kepada Rasulullah ﷺ :

يا رسول الله من أولياء الله؟ قال: ” الذين إذا رؤوا ذكر الله “

"Wahai Rasulullah 
, siapakah mereka para wali Allah? Maka Baginda  bersabda : " Mereka adalah kaum yang ketika dipandang wajah mereka, maka akan langsung mengingatkan kepada Allah سبحانه وتعالی (dengan pandangan tersebut)."

Dan inilah yang dikatakan usaha sebagai wasilah atau jalan yang mendekatkan diri kepada Allah.

Allah 
سبحانه وتعالی berfirman :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَابْتَغُوا إِلَيْهِ الْوَسِيلَةَ وَجَاهِدُوا فِي سَبِيلِهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

“Hai orang-orang yang beriman bertaqwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan.” [Al-Maa-idah: 35]


No comments:

Post a Comment