Friday, June 26, 2020

DI ANTARA DUA KEMULIAAN

Manakah yang lebih mulia, di antara Malaikat Jibril عليه السلام atau sandal Rasulullah ﷺ?

Malaikat Jibril عليه السلام tentu lebih mulia daripada sandal yang hanya dibuat dari kulit kambing, tapi kerana sandal tersebut dipakai pada kaki Sayyidina Muhammad ﷺ, walaupun terbuat dari kulit kambing bahkan menjadi mulia kerana dikaitkan dengan kaki Rasulullah ﷺ yang mulia.

Demikianlah juga sandal Rasulullah ﷺ itu ikut naik bersama Baginda 
 ke Sidratul Muntaha. Rasulullah ﷺ tidak diperintah Allah Taala untuk membuka kedua sandalnya.

Ini sebagai tanda kepada kita bahawa orang-orang yang terikat hatinya dengan Rasulullah ﷺ sangat dekat dengan Allah ﷻ dan memiliki kemuliaan. Kerana itu Allah ﷻ tidak memerintahkan apa-apa yang bersama Rasul ﷺ untuk dipisahkan, bahkan sandalnya juga tidak diperintah untuk dibuka.

Orang-orang yang mencintai Baginda 
 akan mendapatkan rahsia kemuliaan dari peristiwa isra’ wal mi’raj, dan kita seluruh ummat Baginda  tidak terlepas akan mendapat kemuliaan kerana hati yang terpaut pada Rasul, tidak akan sirna walau dengan apa jua keadaan sekalipun.

Buktinya iaitu saat kita solat, kita mengulangi kembali kalimah di antara Allah dengan Nabi Muhammad ﷺ.

Semoga Allah ﷻ mengurniakan kepada kita hati yang sentiasa terpaut kepada Nabi Muhammad 
.

۞ﺍَﻟﻠّٰﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ۞

[ Habib Husin Baagil ]


No comments:

Post a Comment