Saturday, June 27, 2020

Jangan Tertipu dan Merasa Sombong



Al Habib Alwi Ben Syihab رحمة الله تعالى berkata :


لا احد يغتر بمكانه يقول انا في تريم

شوفوا ادم كان في الجنه بس عصى الله ونزل للارض

Jangan ada di antara anda ada yang tertipu dengan merasa sombong mengatakan, "Aku duduk di Kota Tarim. Cuba engkau lihat Nabi Adam dahulu ada di Syurga akan tetapi akhirnya Allah Ta'ala turunkan ke dunia.


ولا احد يغتر بعلم

شوفوا بلعم بن باعورا كان عالم بس مانفعه علمه

Dan jangan engkau merasa sombong dengan ilmu. Cuba engkau lihat Bal'am bin Ba'uroh dahulu adalah seorang yang sangat alim akan tetapi tidak memberikan manfaat ilmunya.


ولا احد يغتر بنسب

شوفوا ابن نوح هلك مع انه ابن نبي

Dan jangan engkau berasa sombong dengan leluhur keturunan. Cuba engkau lihat anak Nabi Nuh telah celaka dia sedangkan dia adalah anak daripada seorang Nabi.


ولا برويته للصالحين

فابو جهل وابو لهب راو النبي صل الله عليه وسلم ولا نفعهم ذالك

Dan jangan juga engkau sombong kerana pernah melihat orang soleh kerana Abu Jahal dan Abu Lahab dahulu adalah mereka itu selalu melihat Nabi صل الله عليه وسلم.


No comments:

Post a Comment