Wednesday, November 20, 2019

Adab atau Sunnah Terhadap Kanak-Kanak

Di antara perkara yang diajarkan oleh Rasulullah ﷺ ialah agar kita ummatnya menyantuni kanak-kanak dengan memberi salam kepada mereka.

Hal ini sepertimana yang terdapat dalam Hadith :

"Telah menceritakan kepada kami Ali bin al-Ja'd telah mengkhabarkan kepada kami Syu'bah dari Sayyar dari Thabit al-Bunani dari Anas bin Malik رضي الله عنه bahawa dia pernah melewati anak-anak kecil, lalu ia memberi salam kepada mereka dan berkata;

"Nabi ﷺ juga biasa melakukan hal ini."

[ Hadith Riwayat Bukhari ] 



"Dan telah menceritakan kepadaku 'Amru bin 'Ali dan Muhammad bin al-Walid keduanya berkata; Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Ja'far; Telah menceritakan kepada kami Syu'bah dari Sayyar ia berkata;

Aku pernah berjalan bersama Thabit al-Banani, kemudian kami melewati anak-anak kecil. Maka dia (Thabit) memberi salam kepada mereka.

Setelah itu (Thabit) bercerita bahawa dia pernah berjalan bersama Anas, kemudian melewati anak-anak kecil dan dia mengucapkan salam kepada mereka.

Demikian juga Anas bercerita bahawa dia pernah berjalan bersama Rasulullah ﷺ kemudian melewati anak-anak kecil, lalu Baginda ﷺ mengucapkan salam kepada mereka."

[ Hadith riwayat Muslim, at-Tirmidzi, Ahmad, ad-Darimi dan lain-lain ]



No comments:

Post a Comment