Monday, November 4, 2019

PERBANYAKKANLAH SELAWAT PADA HARI JUMAAT

Daripada Abi al Darda’ رضي الله عنه berkata, Rasulullah ﷺ bersabda:

أَكْثِرُوْا مِنَ ٱلصَّلَاةِ عَلَيَّ يَوْمَ ٱلْجُمُعَةِ، فَإِنَّهُ يَوْمٌ مَشْهُوْدٌ، تَشْهَدُهُ ٱلْمَلَائِكَةُ، وَإِنَّ أَحَدًا لَنْ يُصَلِّيَ عَلَيَّ، إِلَّا عُرِضَتْ عَلَيَّ صَلَاتُهُ، حَتَّىٰ يَفْرِغَ مِنْهَا. قُلْتُ: وَبَعْدَ ٱلْمَوْتِ؟ قَالَ: إِنَّ ٱللهَ حَرَّمَ عَلَىٰ ٱلْأَرْضِ أَنْ تَأْكُلَ أَجْسَادَ ٱلْأَنْبِيَاءِ، فَنَبِيُّ ٱللهِ حَيٌّ يُرْزَقُ.

“Perbanyakkanlah ucapan selawat ke atasku pada hari Jumaat kerana ia adalah hari penyaksian yang disaksikannya oleh para malaikat. Sesungguhnya tidaklah seseorang itu mengucapkan selawat ke atasku melainkan selawatnya itu dipersembahkan kepadaku sehingga dia selesai mengucapkannya.” Saya bertanya, ”Adakah ia juga berlaku selepas kewafatanmu?” Baginda ﷺ bersabda, ”Sesungguhnya Allah mengharamkan bumi dari memakan jasad-jasad para Nabi. Maka Nabi Allah itu hidup di dalam kuburnya dalam keadaan dikurniakan rezeki.”
(Riwayat Ibnu Majah, al Tabrani dan Ibnu al Muqri)

[ Al Nafhah al Ilahiyyah fi Solah ’ala Khair al Bariyyah - Syeikh Abu Al Fadhl Abdullah Ibn Muhammad Al Siddiq Al Ghumari Al Hasani, Hlm: 19 ]



No comments:

Post a Comment