Thursday, April 5, 2018

BERTAUBAT DI PAGI DAN PETANG

Berkata Al-Hafizh Ibnu Rajab رحمة الله تعالى :

Berkata sebahagian kaum Salaf :

"Masuklah di waktu pagi sebagai orang-orang yang bertaubat dan masuklah di waktu petang sebagai orang-orang yang bertaubat!"

Mengisyaratkan bahawa seorang mukmin tidaklah sepatutnya masuk di waktu pagi dan petang melainkan di atas taubat, kerana dia tidaklah mengetahui bilakah dia akan dikejutkan oleh kematian di waktu pagi atau pun petang hari, maka barangsiapa masuk di pagi hari atau petang hari tanpa bertaubat, hakikatnya dia berada di atas sebuah bahaya kerana dia dikhawatirkan akan berjumpa dengan Allah tanpa bertaubat sehingga akan dikumpulkan ke dalam kumpulan orang-orang zalim.

Allah Ta’ala berfirman :

(وَمَنْ لَمْ يَتُبْ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ] (سورة الحجرات 11]

“Dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.”
 [Qs. Al-Hujurat: 11]


[ Lathaif Al-Ma’arif, Ibnu Rajab (1/344) ]


No comments:

Post a Comment