Tuesday, April 10, 2018

Wasiat Imam Hasan Al-Basri رحمة الله تعالى

Berkata Imam Al-Hasan Al-Basri رحمة الله تعالى,

“Wahai anak Adam! Sesungguhnya engkau akan mati bersendirian, dan akan dibangkitkan bersendirian, dan akan dihisab bersendirian.

Wahai anak Adam! Sekiranya manusia semuanya mentaati Allah, dan engkau berbuat maksiat maka ketaatan mereka tidaklah akan bermanfaat bagimu, dan sekiranya mereka bermaksiat kepada Allah sedangkan engkau taat maka kemaksiatan mereka tidak akan memudharatkanmu.

Wahai anak Adam! Jagalah agamamu, jagalah agamamu; kerana agama adalah darah dagingmu, jika selamat agamamu maka selamat pula darah dagingmu, namun jika selain itu, maka berlindunglah kepada Allah darinya; kerana dia (darah dagingmu) menjadi api yang tidak terpadamkan, jasad yang tidak akan lapuk, dan jiwa yang tidak akan pernah mati."

[ Az-Zuhd, Al-Hasan Al-Bashri, 23. ]



No comments:

Post a Comment