Thursday, April 5, 2018

TERCELANYA BANGGA DIRI

Berkata Al-Imam Sufyan At-Tsauri رحمة الله تعالى :

“Berhati-hatilah dari hal-hal yang akan merosakkan amalanmu kerana yang akan merosakkan amalanmu adalah riya’, dan jika bukan riya’ maka kagum kepada diri sendiri (yang akan merosakkan) sehingga digambarkan dalam benakmu bahawa engkau lebih utama dari saudaramu, padahal boleh jadi engkau tidak mampu melakukan amalan seperti apa yang dia mampu lakukan, dan boleh jadi dia lebih wara’ (berhati-hati) darimu dari perkara-perkara yang telah Allah haramkan, dan lebih suci darimu amalannya.

Dan jika engkau tidak membanggakan dirimu sendiri maka berhati-hatilah dari cinta akan pujian manusia dan sanjungan mereka sehingga menjadikan engkau suka agar mereka memuliakanmu kerana amalanmu, dan agar mereka memandang dirimu kerananya dengan kemuliaan dan kedudukan di dalam dada mereka, atau sebuah hajat yang engkau tuntut dari mereka dalam banyak perkara, namun hendaknya yang engkau inginkan dengan amalanmu hanyalah wajah Allah dan negeri akhirat, bukan menginginkan dengan itu selain-Nya.

Maka cukuplah dengan mengingat kematian menjadikan zuhud di dunia dan mengharapkan negeri akhirat, dan cukuplah dengan panjangnya angan-angan menunjukkan akan sedikitnya rasa takut dan kelancangan terhadap kemaksiatan, dan cukuplah sebagai suatu kerugian dan penyesalan di hari kiamat nanti bagi siapa saja yang berilmu namun dia tidak beramal (dengan ilmunya).”

[ Hilyatul Awliya - 6/391]



No comments:

Post a Comment