Saturday, April 21, 2018

JUJUR MEMBIMBING KE SYURGA

Dari Abdullah رضي الله عه dari Nabi صلى الله عليه وسلم Baginda bersabda :

"Sesungguhnya kejujuran akan membimbing pada kebaikan, dan kebaikan itu akan membimbing ke syurga. Sesungguhnya jika seseorang yang senantiasa berlaku jujur dia akan menjadi orang yang jujur. Dan sesungguhnya bohong itu akan membimbing kepada kejahatan, dan sesungguhnya kejahatan itu akan memandu ke neraka. Dan sesungguhnya jika seseorang yang selalu berbohong maka dia akan menjadi sebagai seorang pembohong."
(HR Bukhari No: 5629) - Hadith Sahih

PENGAJARAN HADIS :

1. Berlaku jujur dan benar adalah suatu yang dituntut dalam Islam.

2. Orang yang bersifat jujur dan benar akan memandu kehidupannya untuk melakukan kebaikan, melaksanakan perintah dan menjauhi larangan.

3. Sifat jujur dan benar akan memandu kita untuk melakukan amal ke syurga.

4. Orang yang istiqamah dan biasa melakukan sesuatu dengan benar dan jujur, dia akan menjadi seorang yang benar dan jujur.

5. Orang yang bohong dan berdusta, akan memandu kehidupannya untuk melakukan keburukan dan maksiat dengan meninggalkan perintah dan melakukan larangan.

6. Sifat bohong dan berdusta akan membimbing seseorang untuk melakukan maksiat dan pelanggaran yang akan memandunya ke neraka.

7. Orang yang biasa berbohong, dia akan kekal menjadi seorang yang pembohong dan pendusta.

Jadilah kita orang yang jujur kerana ia akan membimbing untuk melakukan amal soleh.

Jauhilah sifat bohong kerana sifat tersebut akan mendorong melakukan kemungkaran terhadap Allah.



No comments:

Post a Comment