Thursday, April 12, 2018

Makan Dan Minum Orang Mukmin

عَنْ جَابِرٍ وَابْنِ عُمَرَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمُؤْمِنُ يَأْكُلُ فِي مِعًى وَاحِدٍ وَالْكَافِرُ يَأْكُلُ فِي سَبْعَةِ أَمْعَاءٍ

Dari Jabir dan Ibnu Umar رضي الله عنهم, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda :

“Orang mukmin makan dengan satu usus (perut) sedangkan orang kafir makan dengan tujuh usus (perut).” (HR Bukhari No: 3841) Hadis Sahih.

Pengajaran :

1. Orang mukmin makan dan minum dalam kadar yang sederhana mengikut adab dan akhlak.

2. Orang mukmin perlu berbeza dengan orang kafir antaranya dalam bab makan dan minum. Mukmin hanya makan sedikit (satu perut) berbeza dengan orang kafir, makannya berlebihan (untuk tujuh perut).

3. Imam An-Nawawi رحمة الله تعالى :  Maksud hadis ini adalah agar menyedikitkan (kecenderungan) kepada dunia dan motivasi agar sentiasa zuhud dan qana’ah (merasa cukup). Beliau juga menyatakan : Sedikit makan merupakan kemuliaan akhlak seseorang dan banyak makan adalah lawannya.

4. Imam Asy-Syafi’i رحمة الله تعالى : Kekenyangan membuat badan menjadi berat, hati menjadi keras, menghilangkan kecerdasan, membuat sering tidur dan lemah untuk beribadah.


No comments:

Post a Comment