Sunday, February 12, 2023

Wasiat Buat Saudara Oleh Al-Imam Al-Habib Tohir bin Husain bin Tohir - semoga Allah merahmatinya - (1241H)


أوصيكم يا معشر الإخوان
Aku mewasiatkan kepada kamu wahai sekalian saudara,

عليكم بطاعة الديان
Hendaklah kamu mentaati tuntutan agama.

إياكم أن تهملوا أوقاتكم
Berjaga-jagalah daripada mensia-siakan waktumu,

فتندموا يوما على ما فاتكم
Kelak pasti suatu hari nanti kamu akan menyesalinya.

وإنما غنيمة الإنسان
Sesungguhnya waktu berharga bagi setiap insan itu adalah,

شبابه والخسر في التواني
Waktu mudanya. Manakala kerugian itu pula ada pada sifat suka menangguh-nangguh.

ما أحسن الطاعات للشبان
Oh Alangkah bagusnya ketaatan itu ada pada diri para pemuda!

فاسعوا لتقوى الله يا إخواني
Majulah untuk bertakwa kepada Allah wahai sekalian saudaraku.

وأعمروا أوقاتكم بالطاعة
Penuhi waktumu itu dengan ketaatan,

والذكر كل لحظة وساعة
Serta berzikir pada setiap saat dan ketika.

فمن تفته ساعة من عمره
Sesiapa yang terlepas satu waktu (untuk ketaatan) daripada umurnya,

تكن عليه حسرة في قبره
Ia akan menjadi satu penyesalan di dalam kuburnya.

ومن يقل إني صغير أصبر
Dan sesiapa yang mengatakan "(Tidak mengapa kerana) sesungguhnya aku masih muda, rileklah dulu,

حتى أخاف الله حين أكبر
Nanti ketika sudah dewasa tua barulah nak takut (beribadah) kepada Allah"

فإن ذاك غره إبليس
Sesungguhnya itu adalah mainan tipu daya iblis,

وقلبه مقفل مطموس
Sedang hatinya terkunci lenyap.

لا خير فيمن لم يتب صغيرا
Tiada ada kebaikan bagi mereka yang tidak bertaubat ketika muda,

ولم يكن بعيبه بصيرا
Juga tiada kebaikan bagi mereka yang tidak melihat keaiban diri sendiri.

وإن أردت سنة النبي
Sekiranya kamu ingin mengamalkan akhlak nabi,

فاجتنبن قرناء السوء
Jauhilah teman-teman yang membawa ke arah keburukan.

واختر من الأصحاب كل مرشد
Dan pilihlah teman-teman dari kalangan yang membimbing ke arah kebaikan,

إن القرين بالقرين يقتدي
Kerana sesungguhnya dengan persahabatan, seseorang akan mencontohi sahabatnya.

فصحبة الأخيار للقلب دوا
Maka bersahabat dengan orang baik merupakan ubat bagi hati,

تزيد للقلب نشاطا وقوى
Menambah bagi hati kesungguhan dan kekuatan (dalam ibadah).

وصحبة الجهال داء وعمى
Manakala bersahabat dengan orang jahil merupakan penyakit dan penyebab buta (akhirat),

تزيد للقلب السقيم سقما
Menambahkan pada hati keperitan kesakitan.

فتب إلى مولاك يا إنسان
Maka bertaubatlah kepada tuhanmu wahai manusia,

من قبل أن يفوتك الزمان
Sebelum waktu meninggalkan kamu.

يا أيها الغافل عن مولاه
Wahai orang-orang yang leka dari mengingati tuhannya,

أنظر بأي عمل تلقاه
Perhatikanlah amalan apakah yang akan engkau tunjukan kepada tuhanmu.

أما علمت الموت يأتي مسرعا
Tidakkah kamu ketahui bahawa kematian itu datang dengan cepatnya,

وليس للإنسان إلا ما سعى
Kerana tiada sesuatu pun yang dibawa oleh manusia melainkan apa yang telah dia usahakannya.

وليس للإنسان من بعد الأجل
Tiadalah bagi manusia selepas kematiannya

إلا الذي قدمه من العمل
Melainkan apa yang telah dia persembahkan daripada amalannya

يا أفلس الناس طويل الأمل
Wahai manusia yang paling muflis, yang panjang angan-angannya,

مضيع العمر كثير الحيل
Suka mengabaikan waktu umur, banyak tipu dayanya.

نهاره أمضاه في بطالة
Siangnya dihabiskan dengan perkara sia-sia,

ونومه بالليل بئس الحالة
Manakala tidurnya di malam hari dalam seburuk-buruk keadaan.

فادع لنا يا سامعا وصيتي
Berdoalah untuk kami (saudara kita) wahai pendengar wasiatku,

بالعفو والختام بالشهادة
Doakanlah keafiatan dan pengakhiran kehidupan dengan syahadah.

والحمد لله لها ختاما
Segala puji bagi Allah, untuk-Nya segala penutup,

ماقام بالصلاة أو أقاما
Seperti yang ada pada solat atau yang seumpama dengannya.

ثم الصلاة على النبي الإمام
Kemudian selawat ke atas Nabi Muhammad sebagai penghulu,

ما ناح طير الأيك والحمام
Umpama kicipan siulan burung unggas dan merpati.

وآله ما انبلج الصباح
Serta kepada ahli keluarga baginda umpama mentari terbit menyinari pagi,

وصحبه ما هبت الرياح
Dan para sahabatnya yang berterbangan di hembus angin pagi.


No comments:

Post a Comment