Saturday, February 11, 2023

ZIKIR AHLI THARIQAH

“Ahli Zikir Ahlillah”

Kita perlu faham bahawa “Ahli Zikir Ahlillah” bermaksud Ahli Zikir itu Keluarga Allah atau Kekasih Allah. Jadi barang siapa yang berkehendak menjadi atau disifatkan sebagai ahli keluarga Allah atau kekasih Allah maka hendaklah menjadi Ahli Zikir iaitu seorang yang menekuni zikir pada siang dan malam samada secara jihar (terang) atau secara sirr atau khafi (berzikir dalam hati/berzikir nafas).

Adalah keperluan supaya seorang salik itu istiqamah dalam berzikir amalan zikir Thariqah Muktabaroh Sufiyyah dan berzikir panjang iaitu melamakan tempoh masa duduk zikirnya supaya tiga (3) dugaan amal dapat diatasi. Tiga dugaan tersebut yang sepakati oleh para ulamak tasawwuf dan para masyaikh thariqah adalah :

1. “Kasal”​ – Malas beribadat;
2. “Malal”​​ – Jemu beramal zikir; dan
3. “Futur” ​– Lemah cita-cita/lalai.


Tiga (3) perkara inilah antara yang menghalang seseorang salik wusul iaitu sampai kepada Allah iaitu mencapai makrifatullah.


Hadis Riwayat Ibnu Hibban :

“Perbanyakkan zikir kepada Allah sehingga orang mengatakan kamu adalah gila”.

Menurut para ulamak tasawwuf bahawa hendaklah kita memperbanyakkan berzikir sehingga menyebabkan orang mengatakan kita gila kerana asyik berzikir. Namun yang mengatakan atau melabelkan kita sebagai gila kerana berzikir itu hanya golongan munafiq.


“Ahli Zikir itu semajlis dengan Allah” bermaksud dua (2) perkara :

1. Mujalasah atau duduk berserta dengan Allah (bukan seumpama makhluk) tetapi berlaku kerana wukuf qalbi iaitu tetap hati atau hadir hati kepada hadrat Allah; dan

2. Musyahadah dengan Allah.

Hadis Qudsi : Firman Allah Ta'ala; “Aku semajlis dengan orang yang berzikir”.

Jadi orang yang telah hadir hati atau wukuf qalbi telah dapat mujalasah “semajlis’ dengan Allah, cuma belum musyahadah dengan Allah lagi. Sekiranya dikekalkan nescaya dengan rahmat Allah, kekuatan jazbah silsilah thariqah dan ketinggian maqam dan darjat Syeikh akan mengangkat kepada Musyahadah.


No comments:

Post a Comment