Sunday, February 5, 2023

KELEBIHAN BERZIKIR

(Siri ٣٤) Terjemahan kepada bahasa melayu rumi

(Faedah) Tersebut didalam Kitab Syarah Mikraj Ghitho bagi Syeikh Qulyubi, tersebut didalam hadith sabda Nabi صلى الله عليه وسلم, "Barang siapa membaca Subhanallah (سبحان الله) 1000 kali pada tiap-tiap hari, maka sesungguhnya telah membebaskan dirinya daripada Allah Taala iaini merdekakan dia daripada api neraka".

Lagi sabda Nabi صلى الله عليه وسلم, "Barang siapa membaca Subhanallah Wa Bihamdih (سبحان الله وبحمده) 100 kali pada tiap-tiap hari, diampunkan dosanya dan jikalau ada ia seumpama buih dilaut sekalipun".

Dan lagi sabda Nabi صلى الله عليه وسلم, "Barang siapa mengucap tasbih (سبحان الله) akan Allah Taala 100 kali pada pagi-pagi dan 100 kali pada petang-petang, adalah seperti mereka yang mengerjakan 100 kali haji. Dan barang siapa mengucap tahmid (الحمدلله) seperti demikian itu iaitu 100 kali pada pagi-pagi dan 100 kali pada petang-petang, adalah ia seperti mereka yang perang sabilillah 100 perang. Dan barang siapa mengucap tahlil (لا اله الا الله) seperti demikian itu iaitu 100 kali pada pagi-pagi dan 100 kali pada petang-petang, adalah seperti mereka yang memerdekakan 100 sahaya. Dan barang siapa mengucap takbir (الله اكبر) seperti demikian itu iaitu 100 kali pada pagi-pagi dan 100 kali pada petang-petang, tiada didatangkan seorang pada hari kiamat dengan seumpamanya barang yang didatangkan dengan dia melainkan mereka yang mengucap seumpamanya atau lebih atasnya".

Dan lagi sabda Nabi صلى الله عليه وسلم, "Barang siapa mengucap La ilaha ilallah (لا اله الا الله) iaitu 70000 kali maka sesungguhnya telah membebaskan dirinya daripada Allah Ta'ala".

Maka iaitulah daripada beberapa hadith ini, bahawa sayugianya dikerjakan sekali perkara yang tersebut itu kerana adalah hikayat daripada seorang muda daripada ahli kasyaf, mati ibunya. Maka ia kerjakan penggalian bagi kematiannya dan dihimpunkan beberapa manusia yang banyak.

Dan adalah daripada mereka itu seorang Syeikh daripada ahli sufi, maka tatkala berhimpun mereka itu, maka hasillah bagi orang muda itu berubah warnanya dan berteriak dan menyesal, maka ditanya oleh orang yang hasillah daripada demikian itu. Maka katanya, "Aku lihat ibuku, sanya telah dibawa ke neraka dan ia seksa didalam neraka".

Dan adalah Syeikh sufi itu mendengar ia akan perkataannya itu dan adalah baginya zikir yang sudah disediakan bagi dirinya 70000, maka berkata ia pada dirinya, "Hai Tuhanku! Bahawasanya telah aku sediakan zikr 70000 bagi diriku dan aku saksi akan Dikau bahawasanya aku berikan zikir itu bagi ibu orang muda ini".

Maka tiada selesai cita hati Syeikh itu dengan demikian hingga berdirilah orang muda tertawa-tawa, maka ditanya orang baginya akan dia, maka berkata ia, "Telah aku lihat ibuku itu dikeluarkan daripada api neraka dibawa ke syurga!"

Maka berkata Syeikh itu, "Maka hasillah bagiku daripada dua faedah, satu; sohih kasyafnya orang muda itu. Dan kedua; sohih hadithnya".

كتاب كفاية المختاج ٢-٣
الشيخ داود بن عبدالله الفطانى

Kitab Kifayatul Muhtaj 2-3
Syeikh Daud Bin Abdullah Al Fathoni


No comments:

Post a Comment