Saturday, February 11, 2023

MUSUH IBLIS ADA 20 ORANG

Rasulullah صلى الله عليه وسلم diberitahu Iblis bahawa musuhnya ada 20 orang :

1. Rasulullah 
صلى الله عليه وسلم.

2. Orang alim yang beramal dengan ilmunya.

3. Orang hafal Al-Quran yang beramal dengannya.

4. Juru Azan solat lima waktu kerana Allah.

5. Pencinta orang-orang fakir, miskin & anak yatim.⁣

6. Orang berhati penyayang.

7. Orang yang tawaduk terhadap kebenaran.

8. Pemuda yang tumbuh mentaati Allah 
سبحانه وتعالى
.

9. Orang yang makan yang halal.

10. Dua pemuda yang bersahabat kerana Allah سبحانه وتعالى.

11. Orang yang memelihara solat berjemaah.

12. Orang yang solat malam ketika manusia tidur.

13. Orang yang menahan dirinya dari (bercakap & berbuat) haram.

14. Orang yang menasihati saudara-saudaranya dengan setulus hati.

15. Orang yang sentiasa dalam wudhuk.

16. Orang yang pemurah penderma.

17. Orang yang berakhlak mulia.

18. Orang yang benar-benar meyakini rezeki Allah yang dijamin untuknya.

19. Orang yang berbuat baik kepada janda-janda yang memelihara maruahnya.

20. Orang yang membuat persiapan yang baik untuk mati.


[ Rujuk Kitab نصائح العباد karangan Asy Syeikh Nawawi Al Bantani 
رحمة الله تعالى ]


No comments:

Post a Comment