Sunday, February 5, 2023

MASUK DALAM AIR - TIDAK MAHU BASAH

Perumpamaan bagi orang yang tidak mahu diuji atau tidak mahu berdepan dengan dugaan sepanjang hidup di atas muka bumi ini.

Setiap manusia akan diuji, tanpa terkecuali. Orang yang hidup di dunia tetapi tidak mahu dugaan, umpama orang yang masuk ke dalam laut namun tidak mahu basah.

Mampu? Mustahil...
Kerana dunia ini adalah tempat ujian dan dugaan.

[ Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid ]

4 sebab berlakunya suatu musibah / dugaan :

• untuk perolehi kasih sayang-Nya
• untuk diuji kesabaran seseorang
• untuk elakkan musibah yang lebih besar terutamanya yang membabitkan keimanan seseorang
• sebagai penghapusan dosa

Barangsiapa yang ditimpa musibah atau dugaan dan bersangka baik dengan menghadirkan salah satu atau kesemua sebab di atas, maka ketahuilah bahawa kalian dikasihi oleh-Nya.



No comments:

Post a Comment