Saturday, February 11, 2023

SIFAT SYUKUR TERHADAP NIKMAT ALLAH سبحانه وتعالى

Sifat syukur berada pada tahap tertinggi kerana tidak ramai yang mampu mencapai tahap syukur di atas semua anugerah diterima di dunia ini melainkan sedikit sekali. Allah mengingatkan kita dalam firman-Nya :

قُلْ هُوَ الَّذِي أَنْشَأَكُمْ وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَالْأَفْئِدَةَ ۖ قَلِيلًا مَا تَشْكُرُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad) : "Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur."
[Surah al-Mulk : 23]


Ibnu Kathir رحمة الله تعالى dalam tafsirnya menyebutkan :

"Sedikit sekali ketiga-tiga nikmat ini iaitu penglihatan, pendengaran dan hati digunakan untuk melaksanakan ketaatan, melaksanakan perintah dan menjauhi larangan Allah سبحانه وتعالى sebagai tanda bersyukur."

Dalam Hilyatul Auliya' menyebutkan :

كل نعمة لا تقرب من الله عز وجل، فهي بلية.

“Setiap nikmat yang tidak digunakan untuk mendekatkan diri kepada Allah عز وجل itu hanyalah musibah."

ALHAMDULILLAH adalah ungkapan ringkas sebagai tanda kesyukuran kepada Allah سبحانه وتعالى terhadap nikmat dan rezeki yang dikurniakan.

Justeru menjadi kewajipan bagi setiap hamba Allah untuk bersyukur atas segala nikmat yang Allah سبحانه وتعالى kurniakan sama ada nikmat pendengaran, penglihatan dan hati agar sentiasa taat dan menjauhi dosa serta maksiat.


No comments:

Post a Comment