Saturday, February 11, 2023

11 Golongan Orang Yang Selamat

Habib Abdullah Bin Husein Ben Thohir Ba'alawi رحمة الله تعالى di dalam Kitab Is'adur Rofiq karangannya menyebutkan sejumlah orang yang bernasib baik tanpa hisab di Hari Akhirat :

1. Orang yang diuji kehilangan penglihatan atau ujian lainnya lalu dia bersabar hingga datang kematiannya.

2. Orang yang meninggal di pertengahan jalan sama ada menuju ke Makkah mahupun ketika keberangkatan pulang.

3. Setiap orang penyayang lagi penyabar.

4. Perempuan yang taat pada suaminya.

5. Orang yang berbakti kepada kedua orang tuanya.

6. Orang yang membantu keperluan orang lain.

7. Orang yang mendidik anak kecil mengucapkan kalimah "La ilaha illallah" (لا اله الا الله).

8. Orang yang meninggal pada siang atau malam Hari Jumaat.

9. Orang yang ditimpa musibah pada tubuh badannya atau hartanya lalu dia bersabar.

10. Orang yang membaca surah Al Qodr sebanyak 3 kali selesai sahaja berwudhuk.

11. Orang yang membuat telaga untuk kepentingan orang ramai.


No comments:

Post a Comment