Thursday, March 14, 2019

5 Hadits tentang Keutamaan Ilmu dan Ulama

1. Ampunan Dosa Kerana Memandang Ulama 

وقال صلى الله عليه وسلم: من نظر إلى وجه العالم نظرة ففرح بها خلق الله تعالى من تلك النظرة ملكا يستغفر له إلى يوم القيامة 

Nabi ﷺ bersabda : “Barangsiapa memandang wajah orang ‘alim dengan pandangan yang menyenangkan maka Allah akan menciptakan malaikat dari pandangan tersebut yang akan memohonkan ampunan kepada orang tersebut di hari kiamat.”


2. Memuliakan Ulama, Syurga Imbalannya

 وقال النبي صلى الله عليه وسلم: من أكرم عالما فقد أكرمني، ومن أكرمني فقد أكرم الله، ومن أكرم الله فمأواه الجنة 

Nabi  bersabda : “Barangsiapa memuliakan orang ‘alim, berarti ia telah memuliakan aku. Barangsiapa memuliakan aku, berarti memuliakan Allah. Barang siapa memuliakan Allah, maka tempat kembalinya adalah syurga.”


3. Keutamaan Tidurnya Ulama

 وقال النبي صلى الله عليه وسلم: نَوْمُ العَالِمِ أَفْضَلُ مِنْ عِبَادَةِ الجَاهِلِ 

Nabi  bersabda : “Tidurnya orang ‘alim adalah lebih utama dari pada ibadahnya orang bodoh.”


4. Belajar Satu Bab Lebih Utama

 وقال النبي صلى الله عليه وسلم: مَنْ تَعَلَّمَ بَابًا مِنَ العِلْمِ، يَعْمَلُ بهِ أوْ لَمْ يَعْمَلْ بهِ كَانَ أَفْضَلَ مِنْ أَنْ يُصَلِّي أَلْفَ رَكْعَةٍ تَطَوُّعًا 

Nabi  bersabda : “Barang siapa belajar ilmu satu bab, diamalkan atau tidak, adalah lebih utama dari pada shalat sunnat 1000 (seribu) rakaat.”


5. Keutamaan Berkunjung Kepada Orang ‘Alim
 

وقال النبي صلى الله عليه وسلم: مَنْ زَارَ عَالِمًا فَكَأَنَمَّا زَارَنِي، وَمَنْ صَافَحَ عَالِمًا فَكَأَنَّما صَافَحَنِي، وَمَنْ جَالَسَ عَالِمًا فَكَأَنَّما جَالَسَنِي في الدُّنْيَا، وَمَنْ جَالَسَنِي في الدُّنْيَا أَجْلَسْتُهُ مَعِيْ يَوْمَ القِيَامَةِ 

Nabi  bersabda : “Barang siapa mengunjungi orang 'alim, maka seolah-olah ia mengunjungiku. Barang siapa berjabat tangan dengan orang 'alim, maka seolah-olah ia berjabat tangan denganku. Barang siapa duduk berdampingan dengan orang 'alim, maka seolah-olah ia duduk berdampingan dengan denganku di dunia. Barang siapa duduk berdampingan denganku di dunia, maka ia akan duduk berdampingan denganku di hari kiamat.”


[ Disarikan dari Tanqihul Qaul Al-Hatsits karya Syeikh Nawawi Al-Bantani 
رحمة الله تعالى, syarah atas Lubabul Hadits karya Imam Jalaluddin As-Suyuthi رحمة الله تعالى.]


No comments:

Post a Comment